Wednesday, May 29, 2013

BeEf VegE SaMOsA BarEfOot CoNtesA StyLE

Assalamualaikum ....(",)


Selamat pagi semua .... hihihi ... Orang da tido tapi aku masih x boleh tido lagi . Why ??? Do no why but mata x mengantuk lagi . So that why walaupun x berapa nak ada mood , aku try untuk update pape yang aku rasa yang perlu . Kang x update kang bersawang pulak blog nie kan ??? Ok untuk this time punya update aku nak story pasal resepi masakan ... kahkahkah !!! Sekali sekala x salah kan ? Hurmmmm lama kan aku x masukkan resepi dalam blog aku .

Lately aku akui aku memang suka giler mengadap chanel astro HD 727 ( Food Network HD ) & kadang2 chanel astro 703 ( Asia Food Channel ) . Antara rancangan yang aku x pernah miss is Food Network Challenge , Chopped , 30 Minute Meal , Cooking For Real , Sugar Dome , Giada At Home , Barefoot Contesa & banyak lagi la . Kang kalau aku senaraikan x cukup ruang pulak .Memang best & berbaloi aku tonton semua rancangan nie coz serba sedikit memberi aku inspirasi dalam menyediakan hidangan istimewa untuk keluargaku yang tercinta .... ala ala .... so sweet .... Memang dalam tiap resepi diorang nie banyak menggunakan daging oink2 tapi kita bole olah ikut citarasa & cara kita ... Emmmm ... so yummy ...

Ok resepi nie aku inspirasikan dari rancangan yang paling aku minat iaitu Barefoot Contesa . Host rancangan nie memang femes iaitu Ina Garten . Dia nie dengan hubby dia so romantik walaupun memasing da agak berusia . Rupa2nya mat saleh nie kalau masak banyak menggunakan cheese & aku baru tau sebenarnya ada bermacam2 jenis cheese dari seluruh dunia . Wowwwww .... What a knowledge !!! Lagi satu menu diorang nie kebanyakkannya menggunakan minyak zaitun . Ok u guys semua jom layan resepi yang boleh katakan ala2 samosa but is so yummy .... Selamat mencuba yer ....


BEEF VEGE SAMOSA


Bahan-bahan :-
1) Daging cincang    1 paket
2) Kulit popia ( dipotong dua )
3) Mix vege    1 paket
4) Lada merah & hijau    2 biji ( potong dadu )
5) Bawang besar    1 ulas ( potong dadu )
6) Cili kisar    1 sudu besar
7) Sos Cili     1 sudu besar
8) tomato saiz sederhana    1 biji ( potong dadu )
9) Daun bawang & daun saleri
10) Minyak untuk menumis
11) Garam & serbuk perasa
12) Sebiji telur ( utk sapu kulit popia )


Cara-cara :-
1) Daging & kulit popia perlu dinyahbeku kemudian daging dicuci bersih dan pastikan daging tidak bergentil then ketepikan .
2) Panaskan minyak then tumiskan bawang & cili hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar & sos cili . tumis hingga naik minyak then masukkan mix vege .
3) Setelah itu masukkan tomato  . Kacau rata kemudian masukkan daging . Gaul rata then masukkan garam & serbuk perasa mengikut citarasa .  Biarkan hingga daging sebati dengan semua bahan then masukkan daun bawang & daun saleri  .
4) Kulit popia yang da dipotong 2 dilapis berselang seli 4 kali supaya sedikit panjang untuk lipatan . Setiap lapisan perlu disapu dengan telur untuk mudah lekat .
5) Sudukan daging  & bentukkan hingga menjadi 3 segi .
6) Panaskan minyak then goreng samosa hingga kuning keemasan then toskan minyak .






No comments:

Post a Comment