Monday, August 30, 2010

riang ria merdeka

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas

Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi

Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu


nukilan :- Md Rz @ mohd rozaimie ogos07

Sunday, August 22, 2010

apa anda akan lakukan ???

* kalau seseorang mengambil kesempatan diatas sikap keterbukaan @ sikap tidak kisah anda ?
- maksudnye anda okey dengan semua orang & boleh bekerjasama tanpa sebarang masalah tapi oleh kerana sikap anda tu ada orang samada pijak kepala @ memperbodohkan anda tanpa anda sedari . kalau anda sedar pun anda wat x kisah jek ( samada takut nk cakap @ takut dicop kuat mengadu )

* kalau niat @ kelakuan anda disalahanggap ?
- maksudnya kalau anda ramah & baik dengan semua orang tapi yang orang nampak anda macam mengedik . kalau anda rapat dengan seseorang dalam kerja yang orang akan katakan contohnya kakak kesayangan la itula inila .... kalau anda tegur sesuatu kesalahan anda akan dikatakan nak tunjuk pandai @ macam bagus ...

* kalau orang taknak kawan dengan anda gara-gara mulut seseorang yang tidak berapa suka dengan anda ?
- maksudnya orang dah pandang negatif tentang anda walaupun sebenarnya diorang tidak kenal lagi hati budi anda . semuanya gara-gara mulut orang yang tidak suka dengan anda yang sudah cakap yang negatif tentang anda . please dont jugde book by cover ....

* kalau sikap tolak ansur anda diperkotak-katikkan ?
- maksudnya anda sedia untuk bertolak ansur tapi bila time anda pulak semuanya jadi tak betul @ SALAH ... kalau orang cakap lepas anda boleh terima tapi bila anda pulak terlepas cakap orang start tarik muka @ anda terus dicop kurang ajar . kalau anda buat salah orang tegur anda boleh terima seadanya walaupun kadang-kadang teguran itu bukan dengan cara yang betul tapi bila orang buat salah & anda cuba tegur orang marah balik ...

* kalau orang yang dianggap kawan baik , berkawan dengan anda macam lalang ?
- maksudnya bila anda ada duit andalah kawan dia . anda sedia jadi pendengar yang setia kalau rakan anda nak luah masalah @ apa sahaja tapi bila anda nk luah masalah anda kat rakan anda rakan anda wat dek aje @ masalah anda dia pegi cerita kat orang lain .


kalau saya jadi anda semua , apa yang diatas tadi saya anggap lumrah dalam sebuah kehidupan kerana kita semua manusia tidak pernah puas tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan pada kita . Allah jadikan kita semua dengan kelebihan dan kekurangan tapi dimata @ diminda kita , kita hanya nampak kelebihan dalam diri kita sendiri dan kekurangan itu kita nampak hanya pada orang lain . Bohonglah kalau saya katakan kita tidak pernah mengata sesama kita tapi mengapa antara kita seakan ada garis halus yang memisahkan ? Kadang-kadang saya merasa pelik dan hairan mengapa kita tidak boleh berkawan seperti biasa tanpa ada sedikit pun perasaan wasangka . Semakin kita matang semakin kita berusia mengapa kita semakin jauh dari haluan diri kita ? Kalaulah anda rasa anda tidak suka dengan seseorang adakah anda rasa semua orang akan suka anda ? Bagi saya itu tidak penting kerana kalau anda tidak suka dengan saya belum tentu saya suka dengan anda & saya tidak kisah kerana tanpa anda pun saya still ada rakan yang lain . Pada saya , semua terpulang pada nawaitu dan diri kita sendiri . Setiap perbuatan kita diperhatikan sentiasa , buat baik berpada-pada buat jahat pasti ada balasannya cuma terpulang pada maha esa bila ....

Saturday, August 14, 2010

today story ...

Rasanya macam sekejap jek puasa tup2 hari nie dah masuk hari ketiga puasa . Masa terasa pantas berlalu walaupun kerja pagi nie aku rasa masa berjalan macam slow jek , mungkin pasal aku kerja pagi kot . Apa aku cakap nie ??? pening2... Hari nie aku kerja syif pagi and yang malangnya hari nie aku datang lewat ke tempat kerja ... hahahaha . Tulah balasannya kalau pas sahur kita tidur balik ...hehehe . Actually hari nie aku bangun pkl 4.30 pg pasal nak masak untuk juadah bersahur . Pung pang pung pang aku masak kul 5.00 pg siap . Pas siap masak aku kejut le hubby & adik aku untuk bangun sahur . Makan sahur bukan lama manapun , sekejap jek . Pas sahur aku tengok le jam ... Tengok2 jam baru pukul 5.20 pg so dalam ati dah terdetik , nie ada chance tidur jap nie ... hehehe . Aku pun apa lagi set le jam kul 6 pg . Sedang aku syok2 tidur tu , aku tersedar ... sedar2 jek aku tengok ke luar tingkap . ALAMAK AKU DAH LEWATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT ... aku bangun kul 7.30 pg beb ... kuikuikui ...

Masa sedar dari tidur tu aku panik pasal aku tak tau nak wat mana satu dulu ... nak mandi dulu ke nak mesage bos dulu .... Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tension ..... Aku duk tenangkan diri dulu pastu aku amik phone tapi aku xtau nak bagi alasan apa aku lewat . Last2 aku message jek la aku gtau aku lewat pasal terlajak tidur , pastu aku pun pergila mandi . Pas mandi nak make up la ... sekali anak yang kecik tu bangun pulak ....eeeeeeeeeee leceh tul la nak kena watkan susu pulak . Dah la aku bangun lambat .

Gerak dari rumah dalam pukul 8 pg so sampai jek airport kul 8.30 pg . Dari level 5 pintu 4 aku nak masuk ke ofis , aku jengah2 tengok kaunter kat ID , apsal tak ganti lagi ... ke mata aku yang bulau nie ... mane budak2 syif aku , ke aku salah syif nie ? Rupa2nya briefing habis lambat pasal TM masuk briefing ... legaaaaaaa .... Akhirnya dapatla aku join kak ija dan kak zue bersama2 ke kaunter satelite . Diorang pun pakat gelakkan aku .... huhuhu .

Kerja kat satelite kaunter nie okey la ... kadang2 bz kadang slow ckit . So far kerja xlah penat mana cuma boring la pasal hari2 menghadap benda yang sama tambah pulak puasa . Kerja dengan kak ija & kak zue setakat nie seronok pasal diorang nie ada banyak cerita tambah2 kak zue , best la ... dalam pkl 11 pg kot aku pun da x ingat .. aku pergi la ronda2 dengan budak baru si nadia dgn sorang ambassador ntah sape nama dia ek .. aku lupa nak tanya la .... ronda punya ronda rupanya ada 1 jam jugak kitorang berjalan . Patut le penat .... puasa pulak tu ... Rupa-rupanya banyak dah perubahan kat satelite building nie , maklum le dah dekat setahun aku kat LCCT kan . Dulu xde sofa2 nie tapi sekarang usahkan sofa tv pun ada banyak . Kalau dulu cuma sport lounge jek sekarang nie news lounge ada ... movies lounge pun ada . Kira x berapa boring la pax kalau transit lama kat KLIA nie . Best2 ...

Dalam pukul 12.30 tghari aku kena masuk ofis kak hin jap pasal nak kena amik uniform . Geli hati pulak pasal dah le aku x pergi ukur tup2 ada pulak uniform aku ... hehehe . Nasib baik muat2 . Pastu lepak jap la kat operator borak2 ckit dengan kak yati maklum le mata boleh tahan jugak ngantuk nie ... Sejak bermulanya puasa aku tengok ramai kawan2 aku yang gigih berniaga , macam2 diorang jual sampai aku nie pun dah x tau nak beli dengan sape ... baju aku dah beli satu , kuih pun aku ada order , kerepek pun ada order gak ... cuma bila kak hin tunjuk brooch tadi aku kenan nak order gak tapi takut lari bajet lak . Kalau aku beli brooch tu leh la aku bagi kat mak dan mak mentua aku .

riang ria bersama flyklia.com

alaihai cik ija , cepatla ckit keluar kaunter tu .. sakit da pinggang i nie tau . dah la berdiri jek .. kang i duk kat pasu belakang nie kang ...

ada sape2 leh gtau saya , nie apa benda nie ??? awat kecik sangat menantang nie ??? muat x kalau i nak naik ?

sempena ramadhan yang mulia ini marilah kita bermaaf-maafan ye tapi pose tetap pose tau ... hehehe

awatla muka aku jadi macam tu , dah rupa orang tertelan putik derian pulak .. kak zue tetap maintain senyum

me & kak ija . kak ija so sweeeeeeeeeeeeeeet .... ayu sopan & santun seakan gadis melayu terakhir .

apa dah jadi pada diriku ... tiang lampu penganti my darling yang ada dirumah ... winduuuuuuu la sayang ....

agak-agak bila la aku dapat bawak balik tiang lampu nie . nie kalau letak kat depan umah aku , cantik nie ... nak2 time dah nak raya nie ... huhuhu ( jangan marah kak badar )

me & kak badariah ( sweet 4-ever ) . no gossip okey ....

yana & new hobby

apalah yang disiram tu yana ... ibu suh basuh kete ...

kereta yang bersih dari pose hadapan .. penat tu cuci kete . cancel hajat nk bukak car wash .... hahaha ....

bersih dari pose belakang . untung dapat anak dan isteri yang rajin macam kitorang nie tau ...

hai kawan2 , meh le kita basuh kete ayah2 kita yang kotor nie ... maklumla diorang tu bz kerja cari duit tuk kita ... cian2 ...

gelagat yana yang boleh tahan x dengar kata . cuba perhati mana dihala paip air tu ???

suka hati awak la yana asalkan awak senang hati ...

untung sape dapat anak yang rajin main air nie , silap2 hari bulan bil air tinggi melambung mengalahkan bil api ...

my dearest yana & mia

apa pesen anak ibu pose nie ???

pose ala2 manja dari my anak dara

ibu ... kakak pose macam nie ok x ?

ibu , kakak macam dah ngantuk la ... bila nak tidur nie ?


yana with damia ..

mia dah pandai naik walker ... tapi lum ok sangat

mia tengok apa tu ??? ibu suh pose tapi nape diam jer nie

jom2 sape nak naik ... mia leh bagi tumpang

mia sedang layan tengok berita nie ... berita jenayah buang baby kot . tu yang tekun tu ...

Friday, August 6, 2010

majlis perpisahan alpha lcct

kue teow goreng tuk hidangan malam perpisahan disediakan oleh chef aizam ... kehkehkeh

nape la shafiq nie suka buli en nuar ... nasib2 ...

kak ani with haziman ... lucu tul la man nie , x sempat nak pose aku dah snap pic dia

eiiiiiii shafiq dah kotor tu jangan le kutip masuk mulut ... tau la awk tu lapar ...

amboi2 kak aida ... makan sorang2 ke buah tu

kuah kari yang masih panas ... hati2 semua ...

nampak sedap jek , x sabar nak makan ...

pecuci mulut yang dibawa oleh kak aida . pandai kak aida pilih buah , nampak sedap jek . haaa ... macam nilah baru leh wat menantu ... hehehe

roti john hasil tangan kak juhanis nie memang marvelous ....


kek coklat yang teramatlah sedap hasil tangan mak kak ani . sedap punya pasal sampai aku tapau bawa balik ... tq kak animas ...

aku dan aku lagi ....



jom main masak-masak

my daugther fev .. labu air tumis ikan bilis

lauk kegemaran aku , ikan keli masak asam pedas ... teringat waktu kat kampung dulu , nenek punya asam pedas sedap giler ....

gandingan sambal tutok , sayur campur dan ayam goreng dari chef lazim ... kuikuikui

sotong tumis sambal ....( resepi dari warung tepi jalan , aku celok ckit2 almaklum le suka makan tapi x brape pandai masak )

paling simple & sedap ... kerang rebus ... hahaha

penat & tension ...

ngantuk giler nie tau .... penat pun iye jugak ...

tunggu turn aku rehat jap lagi nie ...

Hari nie aku kerja pagi pastu sambung malam pulak ... aduhai malasnya nak bangun pagi . Bangun pun tadi lewat ckit , harap jek set jam pkl 6 pg tapi bangun pkl 6.20 pg jugak ... hehehe . Bangun mandi2 pastu siap2 pergi kerja . Macam biasalah hubby aku hantar pergi kerja sementara aku lum ada lesen nie , amik pun x lagi ... Ntah bila nak amik pun x tau mungkin dalam tengah bulan ogos nanti kot ... Nie hubby hantar aku terpaksalah tinggal anak2 kat umah berdua lgpun diorang tengah tidur , cian pulak nak kejut . Hopefully diorang x nangislah pasal aku dah bagi diorang susu . Bye yana bye mia ... ibu pergi kerja dulu .

Sampai klia dalam pkl 7.30 pg , nasib baik sampai awal kalau x nasib akulah kena potong merit ... hehehe . Pas briefing terus masuk kaunter , briefing pun abis lambat pasal En Man ada , cian budak malam balik lambat , sori ... Hari nie kira okeylah kerja pasal kerja dengan kak eja & sofea . Diorang pun sempoi jek ... best2 ... Budak baru pun ramai ditambah dengan staff ambasador arab lagi . Tambah ramailah kat kaunter nie . Pagi nie kerja banyak sangat event . Kalau dah banyak event tu paham2 jeklah kan top2 managment semua turun ... paling manis aku dapat lah menatap wajah Tan Sri Bashir .... hehehehe ( acah jek ) . Lama dah x nampak dia ... situasi kat kaunter kejap ok kejap ko pasal sistem ois ni dah mengong tahap cipan nak beranak tapi yang kuar cuma kentut jek , tension2 ... Dah la semua public phone out of service . Sabar jelah ... Kaunter x berape nak bz lah just ok je . Rehat hari nie x best langsung pasal makan sorang2 xde kawan . Makan pun x abis ... huhuhu . membazir2 ....

Pas makan terus naik kaunter . Hari nie aku kerja attand macam2 orang tapi nape ek hari nie aku rasa macam best jek kerja , kira mood baik laaa ... Dalam pkl 1 lebih aku ada attand 2 orang iran . Diorang nie ada ilang satu beg yang berisi document penting . Beg tu ilang kat L3 dekat area digi centre . So aku tanyalah kat dia dah wat polis report lum . Polis report dah wat tapi biasa lah semuanya atas kertas jek tapi xde apa2 tindakan . Aku call lah balai polis , nak tau apa diorang jawap .... diorang kata kalau nak cari jugak kena contact sec mahb . Bagi aku lah , kalau korang xleh wat pape baik xyah wat polis report kat korang ... baik terus wat report kat sec mahb jek . bonggok tul ... Aku call pulak soc minta kalau2 diorang leh check cctv , HAMPEH .... tapi xpelah pasal yang aku tau nak tgk cctv mane leh suka2 kena ada surat baru diorang leh check betul2 . Lagipun kat AMC tu bukan semua orang boleh masuk . Part yang paling best bila orang iran nie cakap nak bagi reward rm1000 kalau ada sape2 jumpa document tu .... hahaha . Bestnyer kalau aku yang dapat , macam2 aku leh beli ...

Tak sabarnya nk balik ... penat giler lagipun pasni nk pergi HQ pulak . Syukur Alhamdulillah semua urusan dah settel . Odw nak masuk simpang seri ehsan tu tiba2 hubby aku berhenti . Aku ingatkan apa , rupanya hubby aku nak test aku drive ... huhuhu . Best le dapat pegang stereng walaupun ni adalah kali ke3 tapi hubby aku nie asik bebel jek , tension2 ... Dia nak ajar aku bawak kereta tapi bebel macam lah aku nie dah lama bawak kereta . Dah nama pun x pernah bawak mestilah x berapa nak pandai ... bengong ...

Sampai jek umah aku terus masuk salin baju & my beloved hubby wat kejutan lagi ... dia masak siot . Ringan sikit kerja aku ... Aku tidurkan anak2 aku kejap pastu mulalah tugas aku kemas umah , maklum le hubby aku nie x berapa pandai nak kemas umah . Paham2 jeklah yek ... Settel semua kerja dapatlah aku relax dalam sejam sambil tengok tv , hubby aku pulak pergi training volleyball kat kota warisan .

Dalam pukul 7 ptg aku mandikan anak2 aku pasal aku nak bersiap pergi kerja . Aku x mau lah tinggalkan anak2 comot cemot walaupun diorang sebenarnya ngantuk lagi nak tidur ... hahaha . Rasanya tu jek lah untuk hari ini , penat dah jari ini menaip ...

Monday, August 2, 2010

untuk teman-teman....

so cuteeeee ......................

kak ida baca msg dari boifren ker ... kak ani maintain posing k...

amboi2 fiza & kak aida makan kfc x ajak ker ??? nape kak ani tu , jangan le kacau kak ida tu tengah gayut ...

merenung masa depan ....

kak juhanis jangan lupa c&c ...

walaupun tengah attand call sempat jugak dia pose ... cayalah kak juhanis ...

me & hj radzuan ( dalam kenangan )

me & fiza ( dalam kenangan )

all together alpha gang ( sweet memories)


Hari nie hari first day aku di klia ... Semuanye terasa baru dan janggal walaupun aku pernah berada di sini suatu ketika . Semua masih biasa tiada yang berbeza ... mungkin perlu sedikit masa . Kerja ibarat orang baru , banyak yang harus dipelajari .
Tiada lagi marah2 dan bising bingit seperti semalam dan sebelumnye . Terasa rindu seketika pada lcct yang riuh rendah dengan hiruk pikuk manusia , tambah rindu lagi pada teman2 yang teramat sporting tika berkerja . Gurau senda , tawa ria dan usik mengusik bermain2 di fikiran ( Aku menangis dihati sekarang nie ) .
Terkenang senyum dan tawa en nuar dan trend marknye ( tampo kang ) ... hahaha lucu2 . Terbayang gurauan manja kak animas dengan trend marknye ( rotan kang) ... rindu2 . Teringat pulak pada kak juhanis dengan senyuman manis dan trend marknye ( suing kang baru tau ) , rindu pada lily yang manja dan ceria ... shafiq yang suka menyakat dan paling pandai amik hati ( senyum manjang ) ... tidak kulupa pada kak aida , dol dan haziman yang sangat sporting . Senang kate aku rindu kamu semua .... rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



ADAKAH KITA AKAN MASIH SEPERTI DULU ??? Adakah kita masih bisa ingat mengingati tiap kenangan sesama kita ??? Masihkah kalian mengingati aku seperti aku mengingati kalian ??? Oh tuhan mengapa sayu rasa hati aku tika dan waktu ini ???

Buat teman dan sahabat yang teramat aku kasihi , tiap apa yang kita lalui bersama akan kekal dalam sanubari ini . Teman , aku pohon berjuta kemaafan andai pergiku tanpa sepatah kata , andai tinggalku tanpa lambaian , andai keluarku tanpa pelukan . Bukan kutak mahu tapi kutak berdaya .... Aku ingin berkata2 yang indah tapi lidahku kelu terasa berat untuk aku mengucapkan selamat tinggal teman , aku ingin beri satu lambaian tapi kutak sanggup kehilangan kalian dan ingin kudakap erat kalian semua tapi kutakut kulemah dalam perasaan ... maafkan ku teman ... maafkan aku ...

Yang ingin kukatakan berjuta terima kasih pada semua kerana sudi bersama diri ini yang serba kekurangan . Maaf andai gurauanku dan sendaku ada menyakiti sesiapa antara kalian , halalkan tiap minuman dan makanan yang kita selalu kongsi bersama ... Andai kita terserempak dimana2 tegurlah diri ini kerana aku insan yang sentiasa ingat pada teman .