Monday, September 24, 2012

LiRik LAgU TeNtAnG RaSA





Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

* Aku sekarang tengah addicted dengan lagu nie !!! Lama ku tercari2 apa ke nama lagu nie & sape la yang nyanyi nie . First time dengar , memang betul2 touching jiwa sanubari aku sampaikan aku x sedar yang aku menangis ( da la tengah drive balik keje malam )  hahahaha !!!!! Arini hepi sangat coz akhirnya aku berjaya juga tau nama lagu nie & paling best dapat terus download lagu dalam phone ... hahaha .... aku suka sangat !!!! Suka giler !!! Buat aku , maksud dalam lagu nie terlalu mendalam & kalau aku dengar lagu nie , jiwa aku terus macam berada ke alam lain .... Susah la nak cakap .... huhuhu .........

Tuesday, September 18, 2012

10 TerBaiK Di DuNiA


Assalamualaikum semua ... (",)

Untuk kengkawan sekalian , hari nie aku dengan berbesar hati  nak citer pasal 10 airport terbaik di dunia untuk tahun 2012 .... HAHAHAHA ..... boring kan korang tajuk nie  ???? !!!!!  Eleh tau da aku , korang kalau bab ilmu nie kureng cikit kan ???  hehehe ... Ala acah je la ... jangan la marah , aku gurau jek ...   Tapi aku bangga coz tahun nie KLIA , ala ... airport kebanggaan kita tu duk di tangga ke-8 ... curlass x ???? Tahniah pada yang bertugas bertungkus lumus pagi petang siang malam  untuk dapat pengiktirafan nie  . Korang ingat senang ke nak jadi yang terbaik di dunia ??? kalau x caye , pegi la tanya orang2 yang kerja di airport tu ...Tapi tahniah okey ... ;-P Moga2 tahun depan kita berada di tangga teratas lagi ... MALAYSIA BOLEH !!!! MALAYSIA AIRPORTS BOLEH !!!! eh2 excited pulak aku nie ... hahaha ...

Okey la beb , jo kita tengok2 10 lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2012 ... Serba sedikit penerangan tu aku amik dari blog kesinambunganzaman.blogspot.com  ... sharing is caring kan ????


1 . INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT
Lapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan juga sebagai salah satu daripada lapangan terbang tersibuk di dunia. Ia mempunyai penghormatan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia selama tujuh tahun berturut-turut oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa. Bit yang menarik ialah lapangan terbang yang mempunyai padang golf , spa , bilik tidur swasta, taman dan juga muzium. Lapangan terbang yang dimiliki oleh Kerajaan Korea Selatan dan menjadi hub Asiana Airlines , Korean Air dan Kargo Udara Kutub.

2 . SINGAPORE CHANGI AIRPORT
Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Changi dan merupakan lapangan terbang utama di Singapura. Ia terletak kira - kira 17.2 kilometer timur laut dari Changi dan telah dibina di atas kawasan seluas 13 kilometer persegi. Lapangan terbang ini telah berkhidmat kepada lebih daripada 100 syarikat penerbangan yang berbeza dan ia dimiliki oleh kerajaan Singapura. Ia berfungsi sebagai hub kepada Jetstar Asia Airways , Jett8 Airlines , Qantas, lari cepat , Slkair , Singapore Airlines, kargo Singapura Airlins, Tiger Airways dan Valuair.

3 . HONG KONG INTERNATIONAL AIPRORT
 Ia berfungsi sebagai lapangan terbang antarabangsa utama di Hong Kong dan ia juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Chek Lap Kok. Ia telah dibina di pulau Chek Lap Kok. Lapangan terbang memulakan operasi komersial pada tahun 1998 selepas menggantikan Kai Tak. Ini lapangan terbang yang beroperasi di bangunan terminal penumpang terbesar di dunia. Lapangan terbang berfungsi sebagai sumbangan utama kepada ekonomi Hong Kong dan menggaji sekitar 60,000 orang. Ia berfungsi sebagai hab kepada Air Hong Kong, Cathay Pacific, Dragonair, Evergreen International Airlines, Hong Kong Airlines, Hong Kong Express Airways dan UPS Airlines.

4 . SCHIPHOL AMSTERDAM AIRPORT 
Ini adalah lapangan terbang utama antarabangsa di seluruh Belanda dan ia terletak kira-kira 20 kilometer barat daya Amsterdam. Lapangan terbang ini terletak di perbandaran Haarlemmermeer. Lapangan terbang ini dimiliki oleh Kumpulan Schiphol dan ia berfungsi sebagai hab penerbangan termasuk Arkefly, Transavia.com Corendon Belanda Airlines , Delta Air Lines , KLM , Martinair , dan Vueling .Lapangan terbang berada di kedudukan sebagai lapangan terbang keempat paling sibuk di seluruh Eropah manakala ranking global adalah nombor 12 Merujuk kepada jumlah trafik penumpang. 

5 . BEIJING CAPITAL INTERNATIONAL AIRPORT
 Ia berfungsi sebagai lapangan terbang antarabangsa utama di Beijing, China. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 32 kilometer timur laut pusat bandar Beijing. Ia dikelilingi oleh Daerah Shunyi. Lapangan terbang ini cepat naik dalam kedudukan lapangan terbang paling sibuk dan menjelang tahun 2009 , ia telah menjadi paling sibuk di seluruh Asia. Lapangan terbang yang dimiliki oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China dan berkhidmat sebagai hab Air China , China Southern Airlines dan Hainan Airlines. Lapangan terbang terdiri daripada tiga terminal yang berbeza dengan pengangkutan antara terminal yang boleh didapati.
 
6 . FLUGHAFEN MUNCHEN
 Lapangan terbang antarabangsa Munich , Jerman yang terletak di sekitar 28.5 kilometer ke timur laut Munich. Lapangan terbang yang terletak berhampiran bandar Freising dan telah dinamakan dalam memori Franz Josef Strauss. Lapangan terbang yang dimiliki oleh Flughafen Munchen GmbH dan ia berfungsi sebagai hab untuk syarikat penerbangan yang berlainan termasuk Air Berlin , Augsburg Airways , Lufthansa, Air Dolomiti , Air Kemerdekaan , BinAir , Condor , Hamburg International dan TUIfly .Pembinaan lapangan terbang ini yang bermula pada tahun 1980 dan operasi bermula Mei 1992 .

7 . FLUGHAFEN ZURICH 
Ini adalah lapangan terbang antarabangsa Zurich dan juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Kloten. Ia adalah lapangan terbang antarabangsa yang terbesar di Switzerland dan berkhidmat sebagai hab utama untuk Swiss International Air Lines .Lapangan terbang itu sendiri dimiliki oleh Flughafen Zurich AG. Lapangan terbang ini terletak sekitar 13 kilometer ke utara pusat bandar Zurich. Selain dari Air Lines Antarabangsa Switzerland , ia berfungsi sebagai hab untuk Airberlin dan Edelweiss Udara .Ia berkhidmat selama sekitar 24,337,954 penumpang dalam tahun 2011. Ini lapangan terbang tertentu sememangnya hebat apabila ia datang kepada reka bentuk dan seni bina.

8 . KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT ( KLIA )
 Ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan salah satu daripada lapangan terbang utama di rantau Asia Tenggara. Ia terletak kira - kira 50 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur. Lapangan terbang dilengkapi sepenuhnya untuk mengendalikan kira - kira 35 juta penumpang dalam setahun. Ia dikendalikan oleh Malaysia Airports. Lapangan terbang yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia .
 
9 . VANCOUVER INTERNATIONAL AIRPORT
lapangan terbang yang terletak di Laut Island di Richmond , British Columbia, Kanada. Ia sekitar 12 kilometer dari Downtown Vancouver .Pada tahun 2011 , ia berada di kedudukan sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di semua Kanada dengan merujuk kepada pergerakan pesawat. Lapangan terbang telah memenangi pelbagai anugerah dan telah disifatkan sebagai antara lapangan terbang sepuluh selama kira-kira tiga tahun. Lapangan terbang yang dimiliki oleh Pengangkutan Kanada dan ia diuruskan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Ia berfungsi sebagai hab Air Canada , Air Canada Express dan Air Transat

10 . CENTRAL JAPAN INTERNATIONAL AIRPORT
 
lapangan terbang seluruh ini telah dibina di atas sebuah pulau buatan manusia. Ia terletak di Ise Bay, Tokoname City di Aichi Perfecture. Ia adalah 35 kilometer selatan Nagoya di tengah Jepun. Lapangan terbang ini telah diklasifikasikan sebagai lapangan terbang kelas pertama. Ini adalah lapangan terbang kelapan paling sibuk di seluruh negara. Ia berfungsi sebagai hab ke Jepun Airlines. Ia adalah di luar pantai lapangan terbang ketiga di Jepun selepas Lapangan Terbang Nagasaki dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Lapangan terbang kedua telah dibina di atas sebuah pulau buatan manusia.


Saturday, September 15, 2012

AsiK BerTUkaR jE !!!

Assalamualaikum semua & selamat pagi Malaysia .... (",)

Pagi nie actually agak busy tapi sesaje je boleh  update blog ... hehehe ... curlass x ???  Tapi kita bukan curi tulang tau , jangan salah paham la pulak okey kak senah semua !!!  Pepatah dahulu ada menyebut " sambil menyelam , minum air " so sendiri mau ingat la apa maksudnya . Okey stop talking to much !!!   Korang , korang masih ingat x first henpon yang korang pakai ??? HAHAHA !!!! Korang tau nape aku gelak sakan ??? Aku gelak pasal dulu bila dapat pakai henpon je , 3 ari 3 malam x abis2 duk menggodeh ... hehehe ... Tidur pun x lena , asik duk mengodeh tepon je padahal xde sape pun yang call ... hahaha ....

First dapat pegang henpon pas abis SPM , itu pun beli second dari makcik . Gila kau dapat gaji pertama terus beli henpon . Pegi mana2 duk menayang gantung kat leher , padahal tepon nie leh tahan berat gak la ... kehkehkeh !!!! Eleh korang xyah la gelakkan aku sangat2 pasal korang pun pernah gantung henpon kat leher jugak kan ??? Kan ??? Cover henpon rasanya tiap minggu bertukar2 . Tapi bebudak sekarang untung coz dengan RM8.50 da dapat 1 simcard siap ada credit lagi kat dalam , betul x ???  Dulu masa memula nak guna henpon nie , beli simcard RM120  & itu la yang paling MURAH !!!!!!!! Top up pun dulu yang ada paling cikit RM60 & itu la aku guna jimat2 sampai sebulan ... Sekarang !!!! RM5 dah dapat top up da .....

Jom kita scodeng henpon2 yang pernah aku pakai dulu . Actually ada banyak lagi tapi aku da lupa ... just refresh mana2 yang aku ingat jerk ... Aku nie kalau pakai henpon memang x lama pastu tukar baru , maklum la cepat boring . Dulu masa bujang , tiap kali tukar henpon mesti nyorok2 coz takut kena bebel dengan nenek ... hehehe ...  Tapi nenek aku nie macam dapat ' bau ' je kalau aku tukar henpon & start la dia ceramahkan aku ... hahaha !!! Ayat yang aku ingat sampai sekarang  " Daripada tukar2 tepon abis duit tu , kan bagus beli beras ... kenyang jugak perut " Kahkahkah !!!! Love u la nenek !!!

NOKIA 3210
 nie la henpon pertama yang pernah aku pakai . Beli dengan makcik aku dengan harga RM250 .
walaupun henpon second , 3 ari 3 malam aku mengodeh x abis 
excited sangat la tu !!!!

NOKIA 3310
 Dulu henpon nie memang femes giler la !!! sape yang ada henpon nie da kira dasyat la ... kehkehkeh !!!
x lama pas pakai nokia 3210 , aku tukar henpon nie coz terpengaruh dengan iklan yang mengujakan kat tv 
cover tepon tiap2 minggu bertukar !!!

NOKIA BUTTERFLY 8250
 henpon nie special cikit coz ex boifren aku yang hadiahkan ... hihihi ( terimbas kenangan lama lak )
Aku suka sangat henpon coz kecik je saiz pastu skrin dia warna biru 
tapi sayang pas clash dengan ex aku , terus aku jual henpon nie dengan nombor2nya sekali 
huhuhu

SONY ERICSSON Z200
 lepas jual henpon lama teringin lak pakai henpon flip 
so beli la henpon nie ...
mengodeh x abis2 je sampai kena bebel dengan nenek ... sori nenek ;-p
hahaha !!!

SAMSUNG SGH-E330
 lepas pakai sony ericsson setahun lebih , tukar pulak ke samsung coz tengok macam best je tepon nie
tapi memang best pun 
rasanya x abis khatam godeh kot lagi da tukar lain da ...
 
NOKIA E63
 seingat aku ini la henpon yang paling lama aku pakai dalam sejarah ... hahaha !!!
sebelum henpon nie , aku ada pakai model lain tapi x ingat model apa
Henpon nie aku beli masa bertugas di LCCT  & masa tu pas bonus
beli 2 set  hitam untuk myluv hubby & yg merah untuk aku

SAMSUNG GALAXY S2
nie la phone terbaru yang aku pakai sekarang & ini la henpon paling mahal yang pernah aku beli dalam sejarah hidup aku ... hehehe !!!
Setelah termenung memikir berminggu2 & puas memujuk myluv hubby berhari2 baru dapat aku beli 
 sampai sekarang x abis godeh lagi phone nie coz x berapa berani 
tapi henpon nie memang terbaek !!!!!!!!!!!



Friday, September 14, 2012

My DauGtHeR ToP LiSt


Assalamualaikum ... (",)

Untuk hari nie xde apa yang nak citer TAPI aku nk update 10 citer kartun yang menjadi kegilaan anak2 aku .. hehehe ... Aku pun kadang join tengok jugak ... kahkahkah !!! Terpaksa join coz tv kat umah cuma satu je , malas nak berebut dengan anak so join je la tengok ... Bila da selalu join da club tu lelama best lak ... huhuhu ...Almaklum la dulu masa kecik2 yang aku tau kartun doraemon jerk . Sampai sekarang pun kadang layan jugak kartun nie kalau remote tv ditangan aku la ...  Anak2 aku kalau setakat kartun doraemon dengan sinchan memang x layan la ... kehkehkeh !!!!

Boleh dikatakan tiap2 ari kat umah aku memang siaran kartun je la ... Kalau nak tengok siaran lain kena minta izin dengan anak2 ( sian x aku ??? ) , x pun kena tunggu diorang tidur  ( sedey x ???? ) ... Kadang2 aku hangin jugak coz tengah aku syok2 layan citer melayu ker apa ker tetiba yana leh tukar siaran kartun .... cehhhh !!!!  sabar je la ... hurmmmmm ....

Jom tengok list kartun kegemaran anak2 aku .... Mana tau citarasa anak2 kita sama ... (",)


1 . OGY & THE COCKROACHES
kartun nie berada di tangga teratas ... woahooooooooooo !!!!
anak aku sampai da boleh hafal bila time siarannya ... 
kalau time tgh siaran kartun nie , minta ampun la kalau dia bagi tukar siaran lain
remote da siap disorok bawah bantal okey !!!

2 . JAKE AND THE NEVER LAND PIRATES
selain kartun lipas yang nakal tu  , anak2 aku jugak paling minat kartun nie ...
aku minat gak coz kartun nie memang best ... hihihi ...
kartun nie mengisahkan pengembaraan lanun jake & rakan2

3. BOBOIBOY
kartun nie di tangga ke-3 ... yuhooooo !!!
paling  diminat is karektor yaya 
masa memula animasi nie disiarkan di tv3 , ptg je mesti da tunggu depan tv
remote tv for sure da dalam tangan dia la .... hehehe
siap beli 2 helai baju edisi yaya & ying  tau ....
 
4. UPIN & IPIN
Masa yana kecik2 , dia paling minat tengok kartun nie 
sekarang kartun nie da list no 4 coz asik ulang citer yang sama je sampai dia pun da naik boring tapi kalau da tertengok , dia akan terus tengok la
dulu masa dia tgh minat gila ... siap beli CD lg 
ada siar siri baru kat tv9 tapi yana jarang tgk tv9 ...hehehe ..

5 . ROB THE ROBOT
kartun nie biasanya disiarkan waktu petang
pas siap mandi , my daughter 2 beradik tu da siap siaga untuk menonton kartun nie
kartun nie comel2 je wataknya

6 . KAMPUNG BOY
dulu masa xde channel kartun , kartun nie je yang anak aku layan kat siaran astro ceria 611 ...
tapi sekarang da x berapa layan coz dia da pandai pilih channel kartun yang lain
tapi aku suka siri kartun nie ... hihihi ... sayang sangat xde siri baru ...

7 . MICKEY MOUSE CLUBHOUSE
kartun nie pun siaran petang , kadang ulangan di siaran pagi ...
 ntahla aku x ingat sangat ... hehehe ...
anak2 aku kalau tengok kartun nie siap leh nyanyi2 lagi coz siri kartun nie memang menghiburkan 

8 . CHUGGINGTON
siri kartun nie mengisahkan tentang activiti keretapi di chuggington ... ada macam2 karenah dari macam2 jenis keretapi ... 
keretapi nie semua cute2
hihihi ... macam anak2 aku la , penat layan karenah anak2 nie ... huhu

9 . TIMMY TIME
siri kartun nie pun menjadi kesukaan anak2 aku .
mengisahkan tentang karenah timmy & rakan2 di sekolah 
kadang2 timmy nie nakal , kadang2 timmy nie anak kambing yang baik ...
hihihi ...

10 . SPONGEBOB SQUAREPANTS
siri nie dulu pernah menjadi kegilaan anak2 aku tapi sekarang da x berapa minat tapi still boleh layan la ... hihihi ...
walau bagaimana pun ... kalau da terbuka siaran kartun nie pasti  anak2 akan tengok sampai abis ...
kihkihkih !!!


Wednesday, September 12, 2012

iNgaT LaGi X ???

Assalamualaikum ... (",)

Selamat pagi Malaysia !!! Hargailah kedamaian & ketenteraman yang telah dikurniakan ini sebaiknya . Lihat la di sekeliling kita betapa huru hara berlalu dimana-mana . Apabila kedamaian yang dikecapi tidak dihargai sebaiknya , menyesal kemudian tiada berguna . Eceh dah macam nak berucap kat persidangan lak .... hehehehe ... Tu semua ayat pembuka kata ... hihihi ... ;->

Okey ... Sekali lagi aku nak bawak korang kembali ke zaman keriangan kanak2 aku . Aku rasa apa yang pernah aku main nie mesti korang pun pernah main jugak kan ??? Betul x ???!!! Haaaa !!!! tengok tu ramai yang tersengeh2 kan ??? Eleh terkenang la tu ... hehehehe .... Almaklum la zaman kita kecik2 dulu mana la ada segala macam gejet2 canggih macam sekarang nie . 

Kenangan masa kecik paling aku x leh lupa sampai sekarang ialah bila kitorang main masak2 , kitorang masak betul2 tau ... X caye korang ??? Betul kau sampai kan aku sendiri pun x caye ... hehehe ... Petang2 kitorang akan berkumpul la 5 ke 6 orang pastu bagi2 tugas la . Yang sorang kena senyap2 bawak periuk dari umah pastu pulak yang sorang lagi copet beras . Aku lak penakut takut kena rotan so aku amik tugas cari sayur2 buat masak & sayur yang selalu aku kutip x lain x bukan pucuk ubi je ... Nampak mengelat x ??? x kan ???? hahaha !!!  Tahap kitorang paling berani kitorang copet ayam jiran sebelah pastu reramai sembelih then kitorang masak pastu makan !!!! Gila x ??? Mana x gila , da la memasing umur baru dalam 9 ke 10 tahun pastu cuba la korang bayangkan macamana kitorang sembelih ayam tu ??? Ayah kawan aku yang sorang nie memang selalu sembelih ayam so dari situ la dia tiru aksi ayah dia tu . Siap konon2 baca doa tu tapi ntah pape ntah yang dibaca ... KAHKAHKAH !!!! Time kitorang copet ayam nie la segala kegiatan kitorang terbongkar & memasing dapat la hadiah . Dapat hadiah apa , korang sendiri paham la ... haahaha !!! Berbirat kau kat belakang badan ... huhuhu ...

Jom sesama kita imbas permainan yang femes time kita kecik2 dulu . Korang jangan cakap x pernah main ye coz time tu xde gejet2 pelik yang macam zaman sekarang nie .


 main baling selipar nie best . 
paling best kalau kena , sakit dowh !!!!
yang kelakar lak , kalau aku join main selalu selipar aku ilang sebelah 
hihi ...

 nie la batu seremban ... bukan seremban , Negeri sembilan tu tau 
aku agak terror la main nie 
kutip batu yang agak2 cantik kat jalan pastu lambung2 la ... hehehe ...

 One of my faveret game ... main baling tin 
Konon2 macam main boling la ...
budak sekarang tau boling jerk kan ?? kita dulu hebat baling tin
baling guna kelapa tua ... kahkahkah !!!

 anak patung kertas 
aku dulu suka main nie coz leh tukar2 baju & macam2 design 
sanggup tu x makan gara2 nak beli mainan nie

 main ceper pun aku suka !!!!!!! 
pantang jumpa botol yang da kosong , aku la pegumpul penutup cepernya

yang nie aku lupa apa ke namanya 
yang x bestnya main game bila yang pegang tu tinggi2 & yang nak lompat tu rendah2 macam aku
selalu aku jerk yang x lepas ... 

 game nie selalunya budak lelaki je yang main ...
game nie ala2 game bola sepak la tapi kadang aku pun join main gak 
saje je kacau adik lelaki aku main nie ... hihihi !!!

main teng teng 
Nie la yang selalu aku main zaman kecik2 dulu ... 
melompat angkat kaki sebelah dalam petak...kalau teng teng tu besar nasib ar kena lompat jauh2..
kena amik jarak sikitt untuk melompat...kena pakai penanda...amik la ape saje yang berat sebab nak baling lam petak tu..
 
 
- WASSALAM -
 
 

Tuesday, September 11, 2012

TeRiNGat ... tEriMBaU ... TeRsENgeH !!!!!





 Assalamualaikum semua ... (",)

Bila duk termenung2 nie tetiba aku leh tersenyum sendiri  cam kerang busuk teringat zaman kanak2 aku yang amat mengirangkan . Kan best kalau leh balik ke zaman tu .... huhuhu .... Sape sini ada mesin masa , jom kita singgah kejap ke zaman kegembiraan tu !!! hahaha ... Sekejap pun jadi la !!! Bukan sekarang x gembira tapi banyak stress la bila dah dewasa nie !!! huhuhu ... Dulu masa kecik2 x sabar sangat nak cepat besar pastu bila dah nak tua nie leh pulak nak balik ke zaman kanak2  ...  Okey cukup merapu meraban !!! FULL STOP !!!
  
Tetiba lak aku leh teringat zaman kanak2 riang aku dulu . Hurmmm ... apa yang aku teringat tu ek ??? Dulu aku ingat lagi bila balik dari sekolah je mesti  kat bus stop tempat aku tunggu bas tu ada sorang pakcik nie meniaga naik motor . Korang bayangkan la ... hanya dengan  motor kapcai cabuk ,  pakcik nie leh bawak macam2 jenis makanan ( jajan ) kegemaran kitorang . Sarat gila sey motor pakcik nie , kalah poket doremon !!!! kahkahkah !!!!  Korang cakap nak apa semua ada ... dari aiskem malaysia sampai la segala macam gula2 ... kehkehkeh !!!  Kira time kuar kelas je mesti kitorang akan menderu berlari kat pakcik tu . Glemer kan pakcik nie tapi sian aku da lupa sape nama dia ... hehehe ...



 Haa ... yang nie gula2 susu . 
aku kalau beli mesti cari perisa coklat coz tu je yang sedap ... hihihi
sekarang da x pernah nampak da gula2 nie ...

 yang nie aku panggil gula2 asam je ...
dulu kalau beli mesti makan satu2 sambil tunggu bas ... amik feeling takut cepat abis ... kahkahkah !!!
sekarang ada lagi tapi mcm x sesedap dulu

 Nie antara bubble gum yang aku suka 
da x pernah nampak da ...

 yang nie x tau la apa orang panggil tapi suka gak makan 
... huhuhu ...
aku pernah gubah gula2 nie jadi bunga utk buat hantaran 

 bubble gum nie aku suka masa memula masuk mulut je coz manis tapi pas x sampai bape minat terus aku buang 
liat semacam la ...

 yang nie chewing gum tapi x berapa suka makan coz luarnya keras ...
leh patah gigi bebudak ... kehkekeh !!!

 Yang nie memang yang paling aku suka !!!
keenakkan memang x terkata sampai kulit plastik dalamnya pun aku makan sekali... huhuhu ...
x sabar nak makan punya pasal ... korang pun sama kan ???
eleh ngaku je la ... lalalala ...

 Nie antara biskut yang aku suka coz aising atasnya sedap !!!
kalau aku beli nie , aku makan aisingnya je pastu biskutnya aku bagi kat adik aku ... hihi ...
bagus x ???

 yang nie coklat duit , kawan aku yang cakap la ... huhuhu ..
suka beli gak coklat nie pastu takut adik minta je aku sorok dalam beg ... 
kedekut sungguh !!!

 Inilah aiskim malaysia !!! 
membohong la kalau orang kat malaysia x pernah makan lagi2 kat kampung2 memang senang la nak cari  even sekarang pun merata orang jual  ... huhuhu ...
balik sekolah aiskim nie memang yang paling aku cari ... hihihi


 yang nie kitorang panggilan aispop ...
jangan tanya nape coz aku pun x tau ... hihihi
paling best kalau nak makan aiskim nie kena pusing2 sampai la putus penutup atasnya ,
kalau nak share dengan kawan pun putar2 la sampai putus dua ... hihihi


Okey la korang sudah cukup la entry untuk kali nie , hopefully korang pun terimbau gak macam aku .. hehehe ... Penat da menaip nie , otak pun da beku nie .... huahuahua ...  Nie la sebahagian cekedis2 yang aku gemar tika zaman kanak2 aku . Korang macamana pulak ??? Sebenarnya ada banyak lagi tapi tu la , da x ingat da . Tu pasal la kalau ada mesin masa tu aku nak pinjam kejap  ;-P 

BUBAI ... MUAAAHHHH !!!







Monday, September 10, 2012

jaNGaN !!!

JANGAN Dalam Islam :-


1 – JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

2 – JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

3 – JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

4 – JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5 – JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

6 – JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

7 – JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. katanya: “Allah ‘Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368.


8 – JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

9 – JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang  bahagia.

Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdullah menceritakan kepada kami, dari Abu Bakar An Nahsyali, dari Marzuq Abu Bakar, At Taimi, dari Ummi Darda’ dari Abid Darda’ dari Rasulullah SAW bersabda: 
“Barang siapa mencegah (mengumpat) kehormatan saudaranya sesama muslim, maka Allah mencegah mukanya dari api neraka di hari kiamat.” Dalam bab ini terdapat hadis dari Asma’ binti Yazid. Hadis ini adalah hasan.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1996.

10 – JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

11 – JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Sedekah yang paling utama atau yang baik, ialah sedekah ketika mampu. Dan tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta). Dan dahulukan pemberian itu kepada orang yang menjadi tanggungan anda.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0992.

12 – JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

13 – JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

14 – JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti.”
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1168.

15 – JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Waki’ memberitahukan kepada kami dari Ar Rabi’ bin Shabih dari Yazid bin Aban iaitu Ar Raqasyi dari Anas bin Malik berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Barang siapa yang akhirat menjadi cita-citanya, maka Allah menjadikan ia kaya hatinya dan mengumpulkan baginya segala urusannya yang bermacam-macam dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk kepadanya. Dan barang siapa yang dunia menjadi cita-citanya maka Allah menjadikan kefakiran di antara kedua matanya dan memisahkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya melainkan apa yang telah ditentukan baginya”.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2583.

16 – JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw., “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya:’
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0033.

 credit to : wanitahariini.com (",)

Tuesday, September 4, 2012

AdaKaH AnDA SahABat SejATi ???

Sahabat , kawan , teman @ apa saja la panggilannya adalah insan penting dalam penghidupan kita . Mustahil la diantara kita nie yang xde sahabat , betul x ??? Kalau pun xde ramai , mesti ada seorang kan ... Tapi betul ke  sahabat kita tu betul2 sahabat kita ,  @ pun betul ke diri kita nie betul2 sahabat yang baik untuk sahabat kita tu ??? Cuba kita sama2 fikirkan .... Semua sedia maklum , semua sedia tahu ... sahabat @ kawan ketika senang & bersuka ria memang terlalu mudah nak dicari . Kadang x cari pun , dia da ngaku2 jadi kawan kita . Mesti semua pernah mengalaminya kan ??? hehehehe !!! Maklum la kawan untuk beronok2 , memang la senang nak cari !!!  TAPI sahabat @ kawan ketika susah & berduka cita tidak mudah untuk dicari ....

Pernah satu ketika aku rasa aku sudah jumpa sahabat sejati tapi sayang sahabat yang kuharap rupanya cuma sahabat sementara ... Hurmmmm .... susah sungguh nak cari kawan kan ??? Kadang2 hanya kerana mulut2 longkang yang x senang dengan persahabatan kita tu , kita hilang sahabat baik kita tu hanya dengan sekelip mata . Nak2 pulak kalau sahabat baik kita tu hati senang goyah @ mudah percaya dengan cakap2 orang .... Please la jangan terus percaya cakap orang , yang bagus @ betulnya kita semuka @ tanya balik dengan kawan baik kita tu , TAPI jangan pulak kita dah tahu tu kita  pulak jadi batu api bagi diorang pulak bergaduh ... Xmau ok @pun korang memang da memang nak jadi batu api kat neraka sok ???  Kadang orang yang kita rasa bukan sahabat baik kita rupa2nya itulah sahabat baik kita ... hurmmmmm fikir2kan la ... Paling penting jangan la kita jadi kawan yang makan kawan !!! Please la ye coz kat bumi Allah yang luas nie ada banyak benda halal yang korang boleh makan ...




 Jom kita ushar 12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini . Sambil2 tu jom renung balik adakah kita nie seorang sahabat yang baik untuk kita rasa layak  mendapat sahabat yang baik ????  

  1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.