Monday, July 30, 2012

JoM bALik KamPUnG !!!

Assalamualaikum & selamat pagi malaysia !!!!

Pejam celik pejam celik arini da 10 Ramadhan !!! Haissshhhh macam x caye je kan ??? Aku rasa macam baru semalam je aku puasa tup2 arini da 10 Ramadhan ... Dalam sedar x sedar cepat betul masa berlalu .... Memang la kalau kita mengira tu masa macam lambat bergerak tapi bila biarkan masa tu macam kejap betul berjalan tanpa kita sedar . Begitu juga la dengan usia kita nie , aku rasa macam baru semalam je jejak ke umur 20 an tiba2 arini baru sedar diri umur dah jejak ke angka 30 ... Eh2!!! lum lagi ... lum lagi  ... hihihihihi ... Tengok tu masih x sedar diri lagi kan ???  Nie yang marah nie ( dalam ati je ) hahahaha .... Macam baru semalam je kawin tup2 anak da 3 orang .... hahahaha ... Tu la kehebatan masa , ia bergerak mengikut detup yang sama setiap saat tanpa manusia perasan & bila manusia sedar ,  masa itu telah jauh bergerak  & manusia baru juga sedar terlalu banyak perkara sia2 yang mereka lakukan & tika itu je la manusia sedar tapi .... tapi sedar manusia hanya seketika & dalam detik itu jugak la manusia kembali pada perkara2 yang sia2 yang baru mereka sesali .... Mudah2an aku tidak tergolong dalam golongan itu tapi ramai antara kita yang begitu ..... :-/ Hurrmmmmm ... lagi 5 hari mesti lagu raya berkumandang di mana2 kan ??? Mula2 dengar memang la best tapi lelama bohsan gak ... huhuhu ... tapi lagu2 yang evergreen aku memang suka dengar walapun banyak kali dengar cuma lagu2 raya yang baru nie banyak yang mengarut ... Sudah la lirik mengarut2 & ntah pape ntah pastu muzik pun mengarut !!! sori aku x minat lagu raya baru kecuali lagu2 raya baru dari Dato' Siti . Dont know why maybe .... Hurrmmmm ntah la !!!

Ok stop talking about masa & lagu raya coz kalau kita citer pun 3 ari 3 malam x abis ... hahahaha .... but kita kena ingat masa selalu mendahului kita !!!  Sekarang jam di dinding pukul 3.35 pagi & dalam beberapa jam lagi aku akan bersiap2 . Bersiap ke mana ??? Macam serius je bunyinya tu cik kak !!!  Xde la bersiap kemana cuma bersiap nak naik bas balik ke kampung halaman di Batu Pahat , Johor . Ek eleh bikin gempak je ... takat naik bas ke kampung macam la apa sangat .... huhuhuhu ...Gempaknya bukan apa tapi nie la kali pertama aku balik kampung naik bas bersendirian !!! Myluv hubby & anak2 mana ??? Mesti soalan itu yang bermain2 dalam kotak fikiran korang kan ??? Betul x ???? Myluv hubby & anak dah balik dulu 2 hari lepas . Almaklum la aku x dapat cuti ( cuti tinggal cikit ) so aku kena tinggal la ... wuaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Kalau ikutkan myluv hubby balik awal tu pasal dia nak spend time lebih dengan family kat kampung nak2 dalam bulan puasa ni kan , alang2 dia dapat cuti kan ???  So kitorang bincang punya bincang , kitorang deside myluv hubby balik dulu dengan anak2 naik kete ke kampung & aku balik naik bas sendirian ... sedey kan ??? Sedey la sangat !!!! Ramai la orang balik kampung naik bas .... hahahaha ...

The first soalan yg bermain2 dalam otak nie korang tau apa ??? Mana nak tau tiket bas ke Batu Pahat ? Dari station mana ? So aku pun pe lagi terus search google la cari info mana2 bas yang gerak dari station2 bas berdekatan . Cari punya cari dapat la aku laman web Transnasional !!! & yang bestnya station bus terdekatnya Putrajaya central . Wahhhh !!! nie sudah bagus , maknanya aku boleh naik tren transit dari Klia ke Putrajaya so xde la aku pening2 kepala otak nak fikir nak naik bas dari mana kan ??? Sape nak hantar ??? Nak tumpang sape ??? Time2 tu jugak aku book tiket online & aku book tiket pagi pukul 9 pagi . Pagi tadi aku tanya da dengan kawan aku yang duk Putrajaya segala info2 yang penting . Maklum la first time nak naik tren transit pastu first time nak naik bas kan ??? Lantak la kalau korang kata aku nie hulu sangat coz dah memang betul semua tu first time bagi aku so admit je la ... hahahaha ... Mudah2an semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T ... Insya-Allah ... Da rindu sangat ni kat anak2 terutama kat Danial la , si kecik tembam tu ... walaupun baru 2 ari berjauhan tapi rasa macam lama sangat !!! Kat myluv hubby x rindu ker ??? Mesti la rindu kan ... kan ke tu teman tido sekatil ( sebantal xleh x muat ) , makan semeja ( sepinggan xleh coz kat umah banyak pinggan ) & paling penting myluv hubby adalah orang yang paling penyabar dengan karenah aku terutama bebelan aku .... kahkahkah !!! Da memang dia sengaja nak kena bebel kot ... hahahaha !!!

Nasib baik la semalam aku x berseorangan kat umah coz ada jugak kawan yang sudi temankan aku ... hihihihi .... so thank you my dear sweet frenz Tik Azmuni  coz sudi temankan kakak yang penakut nie .. hehehehe ... Ala kalau xde teman pun aku balik je rumah pasal malas nak stay kat epot ... sejuk gilerr beb !!!  Aku bukan takut hantu ( takut sebenarnya ) tapi aku lagi takut dengan orang jahat , maklum la sekarang nie macam2 kes . Balik keje tu sebelum sampai rumah singgah kedai jap tapi nak beli apa ek ??? Borak punya borak dengan Tik , terkeluar la idea nak masak megi goreng udang . Pegi kedai beli la 1 paket ( dalam ada 5 bungkus ) megi goreng pastu beli 10 ekor udang . Aku nie kalau nampak udang yang besar2 memang geram rasa nak beli banyak2 je ... hehehehe ... Balik tu pas bersihkan diri terus aku masak . Srengggg !!! srenggg !!! ( bunyi menggoreng  ) siap 2 pinggan megi goreng udang & 2 mug milo panas . Perrrggghhhhhhhhhhhh sedap la memang layan la  !!! X caye sedap ??? Cer tanya Tik  .... kuikuikui .... Yang kelakar sangat tu kan , Tik tanya aku selalu tido pukul bape ??? Aku pun dengan selamba jawap aku selalu tido lewat tapi lepas je makan & lipat baju aku baring2 la tengok Tv3 , tup2 aku leh terzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz .... kahkahkah !!! Tersedar je aku tengok Tik da dalam bilik da start nak tido . Cam hampeh kan aku ??? Pagi tu bangun sahur pun cuma makan sebiji kurma dengan 1 cawan milo panas je .... Aku nie pagi2 sangat bukan leh masuk makan pun cuma bersahur tu kan dapat pahala walaupun dengan seulas kurma & 1 cawan air masak .... X gitu kawan2 semua ???  So aku amik berkat la di bulan2 puasa nie ...

Ok la my dear all reader ... aku full stop sini je k ... Next time aku update citer2 yang menarik tapi sorry la coz buat masa nie aku xleh la update2 gambar coz entah mana ilang wayar USB aku . Hopefully u all doakan semua urusan aku pagi nie berjalan lancar ye ... See u all soon !!! Bye !!! 

- WASSALAM -

HaNYa Di bULaN RAmaDhAN

KETAHUI FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :-

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T .

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s  menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s .

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah S.W.T  mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah S.W.T  tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah S.W.T  tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada seksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah S.W.T  kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga seboleh mungkin kita dapat menunaikan solat terawih kerana setiap hari ada kelebihannya . Semoga tiap amalan kita di bulan Ramadhan nie diterima Allah S.W.T .... Amin .....

Sunday, July 29, 2012

CAntiK & UniK


10 IKAN UNIK DI DUNIA


10. African Cichlids

Ikan ini dikenali sebagai "Sick-Lids". Ikan ini dijumpai di 3 danau di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria. Spesies yg ada di Danau Victoria jumlahnya kurang beragam dan kurang berwarna-warni . Biasanya ikan ini membesar hingga 6-7 inchi, dengan pengecualian untuk Spesies Frontosoa, yg boleh membesar hingga 12-14 inchi. Ikan2 ini adalah ikan2 air tawar yg boleh dibela di dalam akuarium . Selain di Afrika, ada juga spesies ikan ini yg hidup di perairan Amazon, tapi ukurannya lebih besar dan lebih agresif dari yg di Afrika.

9. Parrotfish

Dinamakan demikian keranana bentuk mulutnya yg mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya yg seperti paruh itu untuk memecah dan memakan invertebrata kecil yg hidup di daerah koral. Biasanya ikan ini akan memakan biji2 bebatuan koral atau pasir2 laut lalu mengunyah invertebrata yg ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa2nya.

8. Regal Tang

Ini ikan yang ada di Finding Nemo . Btw, ikan ini tergolong dalam family Surgeonfish, yg memiliki pisau kecil dari zat kapur yg dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi pemangsa .

7. Coral Beauty

Ikan ini tergolong dalam Angelfish. Ikan2 ini boleh dibela dalam akurium dan dapat bertahan hidup dengan baik di dalam habitatnya (hardy).

6. Flame Angel

Ikan ini memikiki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tapi  tidak 'seteguh' Coral Beauty.

5. Koi

Ada banyak variasi warna dari ikan koi (sekitar 100 warna ). Koi dapat memiliki warna oren , merah, putih, keemasan, atau hitam. Beberapa penggemar koi rela membayar ribuan dolar untuk seekor koi hanya untuk mencari pola warna koi yg menarik .

4. Moorish Idol

Ikan ini tergolong dalam golongan yang susah dipelihara di akuarium , dan juga sangat mahal harganya. Dari sumber yang lain ,  taada keterangan lebih lanjut untuk ikan ini.

3. Lionfish

Ikan ini disebut juga Zebrafish. Tulang belakangnya itu memiliki racun yg sangat menyakitkan dan cukup efektif. Orang yg memeliharanya harus berhati2 jika mahu membersihkan akuariumnya .

2. Discus
http://listverse.files.wordpress.com/2008/08/pompadour-discus-tm.jpg
Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yg mungkin merupakan ikan air tawar yg paling cantik. Harganya juga sangat mahal .  anak ikan  yg panjangnya 3 inchi berharga  antara $50-$80.

1. Mandarinfish

Ada 2 variasi dari spesies ini iaitu Mandarinfish standar dan Psychedelic Mandarin. Yang standar biasanya memiliki pola dan warna yg lebih bagus dibanding Psychedelic. Harganya tidak  lebih dari $20  seekor, tapi yg jadi masalah adalah makanannya. Mereka cuma memakan mikro-invertebrata yg hidup di bebatuan koral. Untuk memeliharanya di akuarium rumah, kita perlu memiliki bebatuan koral yg cukup di dalam akuarium selama sebulan untuk membiarkan si ikan meyesuaikan diri .

Thursday, July 26, 2012

Di bULaN RaMAdHaN Je ....

Assalamualaikum semua (",)

11 AMALAN SUNAT SEMASA BULAN RAMADHAN 


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim

CoRAt coREt !!!

Assalamualaikum ....(",)

First2 sekali aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan ( masih sempat lagi kot ) & Alhamdulillah selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat walau dimana saje korang berada . Syukur pada Allah ... Ramadhan kembali lagi & sekali lagi Alhamdulillah kita di MALAYSIA aman & selamat maka dapatlah kita menunaikan bulan puasa ini sempurnanya .... Insya-Allah ... Kepada negara2 Islam yang sedang bergolak sama2 la kita di negara yang AMAN & TENTERAM nie berdoa semoga mereka semua selamat & dapat menunaikan puasa sebaik & sesempurna yang mungkin ... Insya-Allah ... 

Haaaaa ............ Korang2 nie pose ke tidak ??? Hopefully pose la ye ... jangan pulak bulan2 pose nie ada yg tetiba diserang macam2 penyakit yg kononnya menyebabkan korang xleh pose kannnnn ???? Penyakit yg paling popular di bulan pose sape tau ???? Of course la penyakit gastik kannnnnn ??? So kalau sihat boleh berpose tu , pose la ... Kang nanti kun faya kun tuhan bagi penyakit tu betul2 ... padan muka korang nyesal x suda lepas tu  !!! Cerita banyak pun x guna coz memasing dah akil baligh & confirm dulu2 masa kecik mak ayah da anta sekolah agama & didik sebaik mungkin tentang agama kan ??? Ala setakat pose sebulan dalam setahun xkan x boleh ??? Tuhan bagi 11 bulan makan la puas2 & sebulan je pose , xkan xleh kan ???  Aku nie bukan apa & xde la pulak aku kata aku nie alim sangat tapi aku still beringat & sentiasa mengingat . Aku kadang sedey dengan sesetengah kawan nie ... sudah la ibadah solat entah ke mana pastu bila time ramadhan pose pun tidak . sayang sangat Islam hanya pada nama ... & please la ye pada yang x pose dengan sengaja tu tolong la jangan ajak kawan lain x pose sama ( x tuduh sape2 tapi kalau sape yg terasa tu cepat2 bertaubat ) ... 

Bila cerita bab pose nie ... aku nak story la pasal anak sulung aku Yana , kan tahun nie da 4 tahun ... so tahun nie adalah tahun pertama dia berpose & Alhamdulillah setakat semalam ( 5 ramadhan ) dia berpose penuh . Tahniah sebenarnya pada myluv hubby coz dia yang yakin anak sulungnya tu boleh berpose . Aku memula memang x yakin & risau takut2 dia xleh tapi dengan dorongan & rangsangan ayah tercinta , yana setakat nie berjaya la ... hehehehe ... biasa la  kadang hati ibu nie cepat x sampai ati kan ??? First day yana pose tu memang la dia ada merengek2 minta makan minta susu coz budak mana la tahan kan ??? Tapi myluv hubby la yg duk pujuk2 siap peluk2 usap2 rambut dia suh bertahan . Aku pulak bila tengok dia da merengek2 macam tu suh la berbuka je kalau x tahan kira pose setengah hari la kan .... last2 aku pulak yg kena marah dengan myluv hubby  coz cara aku tu salah katanya . Myluv hubby  marah la sepatutnya aku kena galakkan dia supaya kuat semangat & jangan layan sangat tektik merengek yana tu . Aku bukan apa , kesian ... Setakat semalam yana da xde merengek2 lagi da malah semakin bersemangat nak berpose coz ayah tercinta da berjanji jika yana pose penuh selama 30 hari , ayah akan hadiahkan sebuah basikal !!!!! yeaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! Myluv hubby kata dia xmau bagi duit coz nanti sampai ke besar buat pape nak upah duit je ... Myluv hubby belikan basikal nie sebagai ganjaran kalau yana pose penuh ....

Lebih kurang 3 minggu lagi kita da nak beraya ... korang da buat persiapan lum ??? Hurrrmmmmm .... aku xde la beriya sangat buat persiapan tu tapi lebih kepada untuk anak2 la . Untuk anak2 dara aku yang 2 orang tu aku da tempahkan sorang 2 pasang baju kurung & aku sediakan sorang 2 pasang baju untuk berjalan beserta sorang sepasang kasut . Cukup la tu kan ???  Untuk anak teruna kecik yang comey2 tembam tu aku buatkan sepasang baju melayu ..... hihihihi .... x sabarnya nak tengok dia pakai baju melayu dengan kopiah .... mesti encem kan ???? Encem macam ... emmmmm .... ayah dia !!!! ( myluv hubby jawap ) Uweeeekkkkkkkkkkkksssssssssssssss ( muntah ijau ) perasan !!! hahahaa ..... Cukup la sepasang baju melayu kan bukan nak kemana pun ... huhuhu ... Baju jalan aku nak beli siap 2 pasang dengan kasut sepasang ... Baju kurung dengan baju melayu tu aku da tempah da dengan jiran aku suh buatkan & baju jalan tu aku plan beli kat kampung kot coz ujung bulan nie aku balik kampung kan .... Gitu2 je da abis dekat rm200 tuk baju kurung dengan baju melayu , tu belum beli baju jalan pulak ... mau terbang lagi rm200 lebih tapi xpela coz tu dah memang tanggungjawap kita sebagai ibu bapa kan untuk menyediakan sebaiknya ??? Lagipun bukan tiap2 bulan aku belikan baju baru tuk budak2 tu ...

Untuk anak2 aku da list da apa yg nak dibelikan ... Hurrmmmm ... untuk diri sendiri & myluv hubby xde ker ???? Insya-Allah ada ... actually aku da tempah sepasang baju kurung untuk diri sendiri ( bayar pun sendiri ) & kalau ada rezeki lebih  nak la beli sepasang baju kurung yg da siap ( baju yg ada batu kilat2 tu ) & untuk myluv hubby aku plan nak belikan baju melayu yg da siap je coz murah cikit banding tempah kat tailor .. huhuhu .... Persiapan untuk rumah maybe kalau ikut plan myluv hubby kata nak cat rumah . Nak cat umah bukan semata nak raya tapi pasal da banyak sangat lukisan2 kreatif kat dinding tu sampai comot ... hahaha ... sape pelukisnya ???? Hurmmmm... sape lagi la kalau anak2 bertuah Yana dengan Mia tu .. Untuk kuih2 lak , aku plan nak sediakan 6 jenis je ( pasal bekas kuih ada 6 biji ... hihihi ) tu setiap 1 jenis 1 balang je ... ala buat ada2 je lagipun bukan ada orang datang umah pun .... last2 kuih tu sendiri beli , sendiri isi sendiri makan .... hahaha ... Dalam ati nie ada la berangan2 nak buat kuih tapi x tau la jadi @ tidak bergantung pada keadaan ... hehehe ...

Wokey la beb , xde mood da nak nulis nie ... tetiba je , nape tah .... hurrmmmm .... lagipun kejap2 lagi kat kaunter nie da start busy da ... so please wait for next entry okey ... (",) smile with luv ...

-WASSALAM -

Wednesday, July 18, 2012

JuaRA MCM 2012



Sang juara bersama trofi kemenangan !!!



Saat2 gemilang Dato Fazley ditabalkan sebagai juara MCM 2012







OMeLaN pAGi !!!

Assalamualaikum ... (",)

Hari nie penat memang x terkata ... memang x terkata la coz macam2 nk kena buat . Hurmmmmm ... x baik mengeluh ... huhuhu ... Nanti da elok2 dapat pahala berganda2 terus dapat dosa lak ... Kannn !!!  Aku bukan penat apa pun tapi penat x cukup rehat . Cuma ..... Bukan pasal penat yang nak aku ceritakan @ ngomelkan disini just nak share apa yang best dengan yang x best jer ... Da lama gila rasanya bila keje malam aku x berjaga . Betul !!! X tipu !!! Biasanya kalau keje malam , tiba jer time rehat aku dah selamat da belayar ke mana2 tapi kali nie ... Aku x tido pun , semuanya gara2 aku minum kopi ... hahahaha ... padan dengan muka aku kan ???!!!! Da elok2 myluv hubby buatkan milo panas buh dalam termos , gatai pulak duk melantak kopi ... hahahaha ... Anyway thanks myluv hubby coz bekalkan air milo panas tu ... Uummmmm ... sedap sangat !!!Really appreciate it !!! 

Korang layan x MCM ??? Aku aritu memang layan gila2 tau tapi start bila ek yang dia punya waktu tu tinggal ari ahad dengan isnin je terus aku macam kurang minat cikit ... huhuhu ... Ala waktu tu pun peserta da tinggal bape orang je kan so macam x berapa best la nak layan pasal xde gado2 , xde drama2 , xde touching2 , xde nangis2...hehehehe  ... Tapi aritu masa yang final tu aku tengok & aku sangat2 suprise coz peserta akhir dia tinggal Angah Rajalawak dengan Dato Fazley jer !!! Oh my !!!! Memang aku x expect yang Angah leh pegi final .... Betul2 x percaya ... Kalau Dato Fazley tu memang aku dah boleh agak juga la coz dia memang nampak consistent dari episod ke episod . Aku agak2 Wincci dengan Dato Fazley pegi final tapi Angah !!!! Bukan pulak aku kata angah tu x terror masak cuma banding Wincci dengan dia kan , Wincci macam lagi menyerlah dari dia . Tapi xpe la kan , sekarang dah terbukti orang lelaki memang terror masak & perempuan perlu mengakuinya ... kuikuikui ... Cuma aku memang lega coz Juliza tu x masuk final , kalau tidak tambah bongkak la makcik sorang tu kannnn ??? Bak kata Jehan , kalau da hari2 bagitau terror masak ... bosan jugak nak dengar !!! hahaha ... 

Apa2 pun tahniah kepada kedua2nya coz memasing dapat la menyumbang RM7,500 untuk badan2 kebajikan yang diorang wakili & yang suprisenya lagi Dato Fazley sebagai juara MCM menyumbang lagi RM50,000 ... Wahhhhh !!!! Tahniah !!!! Tahniah juga buat Angah tapi ... Angah malam tu nampak over confident sangat la ... huhuhu .... Dalam duk aku layan2 MCM tu , di hujung2 siaran tu aku terperasan Azwan tapi yang aku amat2 terperanjat beruk mak yek bila si Azwan tu dengan mekap aku x tau la bape inci tebalnya pastu tambah pulak pakai crown !!! Alamak Abang Azwan , awak dah salah majlis ker ???? Bukan aritu kata da kembali ke jalan yang diredhai ker ??? Xmau  cakap pape pun but still selagi tuhan bagi nyawa tu beringat la ... Teringat mula2 nampak Azwan dalam tv , x silap dalam Muzik2 kot memang nampak lelakinya & suka gak kat dia masa tu tapi sekarang  ??? Korang ada mata korang leh nampak , korang ada otak korang fikir la ... Ni bukan mengata @ mengutuk tapi cuma pendapat sahaja so no heart feeling ok !!!  ... Nasib baik la masa dia komen tentang kemenangan Dato Fazley tu dia x pakai crown dia , kalau tidak mau aku tutup tv tu terus & masuk tido lagi bagus . Maybe pihak astro yang suh dia buka kot , kalau x .. x boleh komen pape x boleh kuar tv ... hahahaha ....


Ok la korang ... Rasa macam dah ilang idea la nak tulis apa . Padahal tadi macam2 aku nak tulis ... Maybe pasal badan penat sangat kot tu yang otak jadi penat gak tu ... hehehe ... Bubai !!!

- WASSALAM -




Saturday, July 14, 2012

SimPLe JAwAnise ... JOm !!!

1 ) Kabare ?
maksudnya : Apa khabar ?

2) Manggon Nang di ?
maksudnya : Tinggal di mana ?

3) Umur re pero ?
maksudnya : Umur berapa ?

4) Wong ngendie ?
maksudnya : Orang mana ?

5) Wes mangan urung ?
maksudnya : da makan belum ?

6) Kue arek mareng di ?
maksudnya : Kau nak pegi mana ?

7) Iso melebu opo orah ki ?
maksudnya : Boleh masuk ke tidak  ni ?

8) Kue arep lungo opo orah ki ?
maksudnya : Kau nak pegi ke tidak ni

9) Iki benggie kue kerjo opo orah ?
maksudnya : Malam nie awak keje ke tidak ?

10 ) Kue orep turu opo orah benggie ki ? Gek arep turu , pukul piro ?
maksudnya :  Kau nak tido ke tidak malam nie ? kalau nak , pukul bape ?


* Serba sedikit je yang aku ingat & aku tahu ... hehehehe .... Nie semua soalan . Kalau paham sila2 la jawap .... kalau xde yang jawap , minggu depan aku bagi pulak macamana nak jawap ... hahahaha ... This is just for fun ok dont take it serious ... (",)

Friday, July 13, 2012

GEraM TaPi LayAN jE La ...

Assalamualaikum semua ... (",)

Untuk entry kali nie aku nak lepas geram cikit , actually bukan lepas geram apa pun cuma saje nak citer apa2 yang patut & boleh diciter .... hihihihi ... Hangpa nak dengaq dak ??? Hamboi2 habaq bahasa kedah pulak minah jawa murtad nie ... hahahaha ... Ala aku tau ramai yang duk gelakkan aku kan pasai x reti cakap kedah nak cakap lak .. huhuhuhu ...TAPI !!!! ada aku kesah ko nak gelak ??? gelak la sampai guling2 pun aku  x heran pun .. uweeekkkkssss ... Ok cukup la takat nie aku merapu meraban ye so back on track . Eceh !!!! speaking london la pulak ... Haru biru betul la kan ???? Biasa la kan , kita kan keje kat internasional epot ... hahahahaha.... ( ketawa sambil tahan kentut ) kuikuikuikui .... achaner tu ???? Oiiiii cik kak , nak citer cepat la citer ... apa yg ko membebel pasal kentut2 lak nie !!!! ( bisik hati kecilku ) Sengal betul la ko nie .... :-> Ok2 saya minta maaf !!!!!!!!!!!

Rest day balik dari keje malam aritu aku memang tengah xde mood . Nape xde mood ??? Xyah korang tanya la geng , macam2 masalah berlaku tapi aku cuba la bertahan & bersabar . Insya-Allah semuanya akan kembali normal . Masalah apa ??? Xyah la pulak aku citer , baik aku simpan je elok2 dalam poket hati aku ... hahahaha ... Da la balik aritu kena gesa2 kuar cepat coz nak  passing anak kat parking . Biasa la sebulan sekali ari selasa pagi myluv hubby ada training so nak xnak kena la terima ... hehehe ... Kang nanti kata aku nie x memahami pulak kannn ??? Nasib baik la masa tu keje dgn orang yang sporting & memahami so sharp pukul 8 pg aku da gerak ke parking . Thank you so much buat geng yang sorang tu ye ...hehehe ... Tengah2 duk terkedek2 jalan ke parking tu myluv hubby sms kata dia sampai dalam pukul 8.20 pagi . Cam hampeh kan ??? Sabar jela aku nie .... Bila kita lambat dia tau lak bising tapi bila dia lambat ... bahasa lembut gigi dari lidah ... huh !!!

Turun je dari parking , aku tengok myluv hubby da tunggu da . Eleh baru sampai la tu ... huhuhu ... Lepas amik anak berdesub aku drive , sampai umah dalam pkl 9.15 pg . Pas mandikan anak2 & bagi susu , aku pun capai la toto bentang depan tv coz sambil jaga anak , aku nak TIDO !!!!!!!!! Boleh gitu cik kiah ???? Boleh je coz aku tido pun xde la tido mati just nak restkan mata dalam seminit dua ... hihihihi ... Restkan mata seminit dua konon !!! Dari kata restkan mata terus membongkang lebih dari dua jam , achaner tu ???? Nak buek macamana kalau mata da ngantuk kan ... huhuhu ... Nasib baik la anak2 aku nie walaupun aku tido , diorang main dekat2 toto tu je so xde la takut sangat . Yang kecik biasa la , bila ibu tido ... dia pun tido sama ...

Aku x hingat dalam pukul bape tau tapi aku geram betul dengan anak aku yang sulung nie coz asik kejut aku ajak pegi Tesco . Aku memang ada janji tapi xde la pegi pagi , maybe pegi petang2 cikit tapi dia duk menuntut nak pegi jugak . So aku pun bangun la walaupun masih ngantuk lagi then tengok je jam dah dekat pukul 12.30 tengahari . Patut la Yana da bising , mungkin bosan kot .... hahaha ... Bangun je terus aku mandi & siap2 then tukarkan baju budak2 bertiga tu . Pastu panaskan enjin kete jap sambil tu anak2 dah masuk dalam kete la . Tengah aku terfikir2 apa yang tertinggal tu , hati aku tergerak lak nak tpon kedai tempat aku betulkan rantai Yana . Budak kedai tu kata dalam masa 3 ari so kalau aku anta 7hb should be 10hb aku dah leh amik la kan ??? betul x kawan2 ???  First no aku call bos kedai yang angkat & dia suh aku call no budak yg jaga kedai , so aku call la ...

Aci : Hallo kedai ***** 
Aku :Hello , saya nak tanya .. rantai yang saya anta utk baiki da siap ke ???
Aci : Bila kaka anta ??? 
Aku : 7hb pagi ...
Aci : Boleh bagi resit no x ???
Aku : 3**8
Aci : Sekijap aaaa ... saya check dulu ...

Selepas 5 minit ..........

Aci : Aka sori ... akak punya rantai x siap lagi la ...
Aku : TAK SIAP LAGI !!!! aritu kata dalam 3 ari da boleh siap . Saya da odw nie .
Aci : Aka da bayar lum ???
Aku : Eh awak tengok la kat resit tu ... kan da bayar tu ( dah start hangin nie )
Aci : Oh ok2 ... Tapi kaka punya rantai tu x siap lagi
Aku : Abih bila leh siap ???
Aci : Maybe besok ...
Aku : Besok pulak ??? Lain kali jgn cakap dlm masa 3 ari ... Lagi kali ckp la dalam masa seminggu ke , 3 minggu ke setahun ke ... x pun cakap la dalam masa 2 tahun !!! ( da marah da )
Aci : Ok2 ....

* Aku gelar dia Aci pasal suara macam orang tua tapi kat kedai mengedik x hengat !!! Anyway aku respek dia coz dia relax je walaupun aku da sedikit marah kat dia ... hehehe ...

Walaupun tengah bengang still la aku drive pegi ke Tesco coz anak aku nie da meroyan sangat nak jalan2 so layankan je la . Anak sape ??? Anak aku kan ??? hehehehe  ... Sampai Tesco pusing2 cari barang cikit2 makan2 sampai la pukul 5 petang kot  . Ingat nak terus balik la tapi anak aku ajak lak pegi taman permainan . Hurmmmmm ...... anak2 .... So x jadi la balik , singgah la kat Dataran Nilai . Gumbira x boleh dicerita la anak2 aku nie , maybe diorang bosan kot asik terperap kat umah je .. Layan la diorang main2 kat situ jenguk2 jam da pukul 6 ptg so aku pun ajak la anak2 balik . Nasib baik senang diajak balik mungkin da puas main kot . Itu pun sampai umah dalam pkl 6.40 ptg .... Selamat sampai sebelum magrib . Aku kalau dalam magrib2 masih kat luar rumah ( dalam kete ) memang aku seriau sikit ... hihihi ... pengalaman mendewasakan ... huhuhu ...

Ok semua .... byeeeeeeeeeeeeeeeeee !!! muaaahhhhhhhhhhhhhhhhh !!!

-WASSALAM -


Tuesday, July 10, 2012

cUKup La SEkaLi

Assalamualaikum semua ... (",)

Ok untuk entry kali nie aku nak cerita insiden2 mendebarkan & boleh juga dikatakan lucu yang aku alami sekitar minggu lepas . Hurrrrmmmmm .... apa yg mendebarkan ??? Apa yg lucu ???  Bila aku fikir2 balik terasa takut pulak tapi bagus sebenarnya , at least aku dah rasa da ... Korang tau x yg selama arini aku nie drive time pegi  balik keje jerk ... Tupun ulangalik KLIA dengan umah je  , kira paling jauh pun KLIA la senang citer ... huhuhu ... x caye ??? x caye sudah !!! x kisah pun .... hehehe ..

Tapi dalam minggu lepas itu la first time aku drive sampai Alamanda , Putrajaya !!! X pecaye korang ??? Korang patut pecaya ... hahahaha ... aku pun x caye sebenarnya , rasa macam mimpi pun ada . Sebenarnya macam nie ... Masa baru balik dari keje malam aritu aku terima sms dari kawan aku . Katanya nak jumpa kat Alamanda . Dia nak jumpa dalam pukul 3.30 ptg . Mula aku x tau nak jawap apa coz aku memang xde jawapan !!! Aku minta la jumpa area Klia tapi dia lak x boleh & the best way nak jumpa is Alamanda ... Dalam kepala otak aku ada 2 perkara yang aku fikir . First , myluv hubby bagi ke aku pegi drive sorang ??? Yang kedua aku fikir , kalau myluv hubby bagi green light untuk pegi .. berani ke aku drive sorang2 !!! Aku sebenarnya ada nak bagi barang kat kawan aku tu ... Barang apa yang aku nak bagi kat kawan aku tu biar la RAHSIA ... hehehehe ... Kalau aku bagitau kang , korang pulak minta .. kannnnn ??? hahaha ...

 So balik keje tu aku x bagitau kat myluv hubby lagi coz aku takut dia marah & x bagi aku pegi ... hihihihi ... Cara terbaik nak pujuk myluv hubby nie adalah dengan masak makanan tengahari untuk dia coz dia nak keje petang biasanya bawak bekal ... huhuhu ... Walaupun tengah masak , hati nie terdetap2 macam nak terkeluar fikir apa ayat yang terbaik nak minta keizinan nie ... hahaha ... Pas masak aku suh la dia makan & sempat la bungkuskan bekal untuk dia . Then aku tido la kejap coz mata da start ngantuk . Tido punya tido tup2 dalam pkl 2 ptg myluv hubby kejut coz dia dah nak pegi keje . Dalam aku berdebar2 tu terus aku tanya ...

Aku : Abg , nanti kalau ibu nak pegi alamanda , boleh x ???
Hubby : Buat apa ??? dengan sape ??? budak2 macamane ???
Aku : Ada nak jumpa kawan . Emmmm ... pegi sorang ... Nanti budak2 anta taska la .
Hubby : Xpayah la kalau sorang ... kang jadi pape kan susah . Abg da la keje ...
Aku : Ala boleh la ... ibu pegi kejap je ...
Hubby : Ikut la tapi hati2 

Lepas je myluv hubby pegi keje terus aku siapkan budak2 nak anta pegi taska . Seingat aku dalam pkl 2.30 ptg kot aku gerak ke Putrajaya . Nak ke Putrajaya tu ada 2 jalan ...  1 jalan keluar ke Dengkil dgn 1 jalan lagi ikut ke jalan Kota Warisan . Mula aku memang confius & last aku ikut susur jalan Kota Warisan . Drive slow2 akhirnya sampai la aku ke Putrajaya dengan selamatnya tapi aku ingat2 lupa pulak jalan nak ke Alamanda ... uuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!! Mula tu salah jalan & aku da start panik da tapi nasib baik la jumpa jalan lagi 1 & aku drive ikut signboard . Akhirnya .... YES2!!! YAHUUUUUUUUUUU !!! Aku sampai jugak ke Alamanda .... Alhamdulillah ... Amin ... selamat sampai ...

Pas park kete aku terus masuk Alamanda coz kawan aku sms dia akan sampai dalam pukul 3.30 ptg . Tunggu punya tunggu ... duduk punya duduk ...kawan aku pun sampai . Borak2 kejap & lepas passing barang terus member aku bla . Bukan barang yang bukan2 tau ... Aku mula ingat nak bla gak tapi bila belek jam baru je pukul 4.00 ptg & agak rugi kalau aku balik awal coz dah la 1st time drive sorang ke sini , xkan nak terus balik kot ???? So apa lagi kan orang pompuan kalau x SHOPPING !!!!!!!! Shopping bagi aku pompuan yang sudah bergelar isteri & ibu nie xde lain cari barang dapur & barang anak2 la .... hehehe ...Lagipun duit bukan ada ribu2 pun dalam akaun nak shopping yang bukan2 ... hahahaha ....

Aku kalau kat Alamanda suka pegi Carrefour je ... Dont ask me why coz aku pun x tau !!! Masuk Carrefour terus ke bahagian electical item coz aku nak beli rice cooker . Maklum la periuk nasi aku da berbulan rosak ... hahaha ... Belek2 punya belek last aku beli la 1 , x ingat jenama apa yg penting murah & besar !!!  2.8 LITER TU !!! Bukan aku x utamakan keselamatan tapi as long as selamat digunakan , apa nak risau  ??? Kalau barang tu x selamat , xde la dijual ... kan ??? Pastu aku ronda2 lak bahagian stationary coz aku nak beli pen tup2 aku shopping buku2 untuk anak2 aku pulak ... hehehe ... Kira okey la tu kan ??? Dah sejam ronda2 dalam carrefour tu terus aku ke kaunter pembayaran . Kang makin lama aku ronda , makin banyak la yang aku beli ... hahahaha ... 

Aku keluar dari Alamanda mungkin dalam pukul 5 ptg . Aku sebenarnya x berapa ingat jalan nak keluar dari Putrajaya nie . Pusing2 punya pusing adalah dekat sejam aku stuck kat jalan Putrajaya tu . Dah la time tu hujan , sesat pulak .... huhuhu ... Rasa nak nangis pun ada ... Jalan da la ada banyak lane & serius aku cakap , jangan la ikut sangat signboard tu coz kebanyakkannya mengelirukan . Aku nekad ikut gerak hati aku & kalau x jumpa jalan kuar gak , aku akan call myluv hubby . Pas 1 jam Alhamdulillah jumpa gak aku jalan keluar dari putrajaya ... Tu pun ikut highway apa ntah coz aku follow signboard KLIA .. Giler jauh kau aku drive time tu dekat pukul 7 ptg baru sampai taska & jemput anak balik ... Cukup la sekali aku pegi Putrajaya tu drive sorang2 ... serik aku  !!!!

Sekian , terima kasih ... hihihi 

- WASSALAM -

DUhAi AnAK - ANakKu

n
My first baby ... Dah semakin membesar & petah berkata2 ... Sekarang dah 4 tahun . Nampak sangat menyayangi adik2nya  & sedikit demi sedikit da pandai berdikari . Jangan memain tau , kakak nie sangat melindungi adik2nya ... Awas kaki buli semua ... hahaha ...
Kak Long yg cute & baik hati  ...





Ni pulak anak ke2 yg juga makin besar ... dah pandai cakap tapi hanya aku & myluv hubby je yang paham apa dia cakap ... Nie walaupun masih kecik da pandai jaga adik tau . Dia tau pujuk & main dgn adiknya kalau adiknya nangis
Kak Ngah yg putih melepak & penyayang


 


Satu2 anak teruna idaman ... Semakin hari semakin sihat ... Bakal mengikut jejak myluv hubby yg kuat bersukan . Myluv hubby nak masukkan ke sekolah sukan bila da besar nanti ... kata myluv hubby ler ...
Abg bucuk yang comel & manja





AmiK tAHu X ???

Bila aku tanya  pasal bulan di dalam kalendar , korang semua mesti tahu kan ??? Ala kacang jerk nak jawap tu ... ( korang cakap dalam ati ...) hihihi ... Tapi cuba kalau aku tanya korang nama2 bulan dalam  Islam , mesti korang x ingat kan ??? Paling parah ada diantara kita yang x TAHU !!! Allahuakhbar !!! X terkecuali aku pun x berapa nak ingat ... Tapi aku tahu cuma x ingat turutannya . Ala mengaku jerk la kan yang kau pun x tahu .... huhuhuhu ... sedey betul la ... Mengaku jerk islam tapi perkara2 mudah macam nie pun ramai dari kita x tahu & x amik port  . Bukan la pulak maksud aku kalau TAHU tu da cukup islamnya . Cuba fikir sendiri la kan ... kalau da yang simple macam nie pun x tau @ x ingat , apatah lagi yang lain .... 

 Apa yang ramai antara kita tahu hanyalah  bulan Ramadhan dan bulan Syawal sebab bulan  puasa dan bulan raya , betul x ???  Tapi bila dah dekat2 bulan puasa nie , puasa x lagi tapi memasing da sibuk sembang baju raya buat bape pasang ??? kuih oder ke buat ??? tema raya warna apa ??? banyak x buat kuih ???  Hurmmmm .... Itu la yang paling utama kita borakkan , betul x ???  Dari kita duk borak sembang perkara2 yang kurang sihat nie , kan ada baiknya kita persiapkan diri kita untuk buat perkara2 sunat masa bulan ramadhan nanti . Jadi hari nie disini aku akan bagi senarai bulan-bulan dalam Islam supaya al least kita tahu daripada kita amik tahu segala benda yg kurang berfaedah .... Aku nie xde la alim sangat tapi xdela jahil sangat pulak coz aku kena ingat aku sudah ada tanggungjawap sebagai umat islam & ibu iaitu tanggungjawap mendidik zuriat2ku ke arah Islam.




1. Muharram
2. Safar
3. Rabiul Awwal
4. Rabiul Akhir
5. Jamadil Awwal
6. Jamadil Akhir
7. Rejab
8. Sya'ban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12. Zulhijjah


Ingat mengingatilah kita sesama islam ... AMIN ... 

- WASSALAM - 

Monday, July 9, 2012

KiTa wAjiB TaHU !!!

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar



 Baru2 nie myluv hubby rajin upload video yg berunsur keislaman . aku tanya la kenapa ???Tujuannya untuk mendidik anak2 kecilku mengenali islam . Korang tau la kanak2 umur mcm anak2 aku nie , diorang kan suka dengar muzik pastu klu video tu ada unsur2 macam kartun ada warna warni lagi la diorang suka ... Iyela daripada budak2 nie tonton video2 yg bukan2 ada baiknya diorang tengok @ dengar video muzik yg berfaedah . Yang suprisenya ... anak sulung aku walaupun umur baru 4 tahun da boleh hafal rukun islam & rukun iman .... Alhamdulillah .... (",) 

Kalau aku buka tab myluv hubby memang banyak dia upload video2 keagamaan , belajar ABC , belajar math pastu mewarna ...Game2 pun banyak untuk budak2 belajar ... Ala belajar asaS macam kat taska tu . Kalau korang x caya cuba la korang buat untuk anak2 korang , diorang mesti suka punya . Daripada diorang main game yg x berfaedah baik kita suh diorang belajar melalui muzik @ video yg berfaedah . Sape yang untung ??? Korang jugak kan ???? 

- WASSALAM _

Friday, July 6, 2012

AkU & rUtIN ...

Assalamualaikum semua ... (",)

Pernah x korang rasa hidup yang korang lalui sekarang nie agak membosankan ??? Hari2 tu jerk yang korang buat , hari2 tu je yang korang lalui ... Pernah ??? Haaa .... x pernah !!! Hurmmmmm ... korang x paham bosan macamane ????!!! Okey .... aku bagi contoh rutin harian korang sebagai seorang isteri , ibu dan dalam masa yang sama korang bekerja . Apa !!! korang x paham !!! Senang contohnya aku la yerk .... Macam aku sebelum masuk kerja petang pukul 2 , pagi tu aku bangun macam biasa la sebagai mukmin bangun awal untuk solat subuh & aku kadang tido balik kejap  ... hihihihi ... Then pkl 8 @ 9 pagi aku bangun balik  buat sarapan untuk suami & anak2 , x kisah la kan sarapan apa pagi tu tapi still kena wat gak coz time tu myluv hubby baru balik dari keje syift malam . Kalau x buat kang merajuk pulak . Biasanya kalau xde pape dalam pkl 8.30 pg dia sampai la rumah . Lepas buat sarapan aku kena mandikan anak2 pulak . Lepas anak2 mandi , aku bagi diorang sarapan . Sementara diorang tengah sarapan , aku kena pegi kedai untuk beli bahan2 untuk meniaga ( meniaga kecik2 jerk .... hihihihi ) . Then balik terus siapkan bahan2 nak masak pulak ( bergantung pada menu aritu la ... ) . Bila tengok jam dah start pukul 10 pg terus anta anak sulung aku pegi mengaji ( isnin - khamis ) pulak .  Kadang2 kalau nasib baik myluv hubby x penat , dia anta la anak pegi mengaji , kalau x ... aku la yang kena hantar ... huhuhuhu ...

Balik dari hantar anak mengaji terus la masak untuk meniaga petang . Sementara tu anak2 myluv hubby jaga coz dia da ada kat umah da masa tu kan . Masak2 ...goreng2 ... & kalau tengok jam dah pukul 11 pagi kena stop kejap coz nak kena jemput anak balik ngaji pulak . So balik amik anak sambung balik masak2 ... bungkus2 ... asing2 ... Bila semua keje tu dah siap kena bagi anak2 makan pulak . Masa nie myluv hubby da tido da coz bila petang aku keje , turn dia pulak jaga anak ... hahahaha ... Lepas bagi anak2 makan & tengok la kalau baby aku nak tido ... kena la tido kan ... Jenguk jam dah pukul 1.20 petang terus bersiap pulak pegi keje . Masa nie anak2 aku Yana & Mia memasing akan main sendiri , x pun tenggok tv coz diorang dah kenyang kan ... Pukul 2 petang myluv hubby akan bangun coz aku dah nak gerak pegi keje . 

Penat kat tempat keje as usual la kan x payah citer penat @ tidak . Walaupun keje aku nie x memerlukan aku membanting tulang tapi still penat . Penat dari segi otak & mulut ... kuikuikuikui .... Penat mulut coz kena bercakap je manjang , penat otak coz kena perah otak maklum la banyak yg perlu diingat & perlu dihafal .... Balik kerja pukul 9 malam terus singgah kedai untuk beli bahan nak masak nasi lemak pulak . Then sampai umah dalam pukul 10 tengok anak2 kejap . Lepas tu terus siapkan untuk masak sambal nasi lemak , goreng ikan bilis dengan kacang . Gedebak gedebuk gedebak gedebuk aku masak siap la dalam pukul 12.30 pagi . Masa tu myluv hubby & anak2 da selamat berlayar daaaa .... Pas siap kemas2 sapu2 so tido la aku dalam pukul 12.45 pagi  . Then tik tok tik tok tik tok alarm pun bunyi pada jam 4.45 pagi .Krrrriiiiiiiiiigggggggggggg !!!!  Maka bangun la untuk masa nasi lemak , goreng ayam & goreng telur . Siap masak , bungkus lak pastu asing2 tengok2 jam dah pukul 6.30 pg . Mandi & bersiap pergi keje ....

Keje la aku dari 8 pg sampai la pukul 3 petang . Balik keje petang singgah kedai lagi untuk beli bahan2 untuk meniaga malam . Balik sampai umah dalam pukul 4 petang macam biasa la rehat kejap dalam 10 minit untuk tanya activiti anak2 coz masa aku keje , myluv hubby lak jaga anak . Kadang kalau myluv hubby tu rajin , dia masak la tengahari untuk dia & anak2 makan . Kalau x kena la tunggu aku masak ... hehehehehe ... Selepas menghilangkan penat tu terus siapkan bahan & masak ...Sometimes mylubby hubby menolong but mostly dia tolong jaga anak2 la .... huhuhuhu .... Lepas siap masak untuk bungkus membungkus biasanya myluv hubby akan tolong sebab sementara aku tengah masak tu , dalam pukul 6 petang myluv hubby akan mandikan anak2 pastu dia akan sediakan anak2 makan . Bila dah siap bungkus membungkus , pukul 7.30 petang mandi2 siap2 lak nak pegi keje malam . Malam tu keje la aku dari pukul 9 malam sampai la 8 pagi esoknya .... Hurrrmmmmmmmmmmmmmmm penattttttttttttttttttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Esoknya balik keje kadang x sempat rehat aku terus masak coz myluv hubby keje petang . Biasanya aku sampai umah dalam pukul 9 pagi . Sebelum nie memang kalau balik keje tu aku terus beli sarapan untuk myluv hubby & anak2 tapi bila da tiap kali sarapan beli kat luar , myluv hubby jemu pulak . Kadang dia x makan pun coz dia kata dia nak makan makanan yang isteri dia masak ... aku la tu !!! hahahaha ... Myluv hubby kata , x kisah la sesimple mana pun aku masak ... yang penting ISTERI dia yang masak ... Biasanya aku siap masak dalam pukul 11 pg & lepas dah hidang atas meja & bungkuskan bekal untuk myluv hubby , aku terus masuk bilik & tido coz dalam pukul 2 petang  turn aku pulak jaga anak . 

Pukul 2 petang aku bangun coz myluv hubby nak pegi keje & kadang kalau xde apa nk buat aku sambung tido balik dengan anak2 sampai tu kadang pukul 6 petang baru kitorang bangun . Bangun mandikan anak & then bagi makan pastu pukul 8 mlm sampai la 10 malam , ajar anak pulak . Just ajar basic ABC , basic math & ajar mewarna . Anak sulung aku da 4 tahun & tahun depan da start tadika so aku ajar la cikit2 dari sekarang . Daripada dia abiskan masa tengok kartun & main je , baik aku suh dia belajar .... Yang penting aku tengok setakat nie dia suka belajar . Pukul 9.30 malam biasanya myluv hubby da sampai rumah da , balik dari keje petang . Kalau xde apa2 , pas tidokan anak2 ... aku pun tido ... Esoknya bangun dalam 6.50 pagi untuk solat subuh & tengok myluv hubby nak keje pagi . Lepas myluv hubby pegi keje ... aku pun sambung la tido & bangun balik dalam pukul 9 pg . Bangun mandikan anak2 , bagi sarapan & lepak2 jap sampai la dalam pukul 1 , aku masak tengahari coz myluv hubby balik keje pukul  3.30 petang sampai umah . Lepas masak kadang aku tido balik disamping anak2 tercinta ... hehehehe ...

Petang pukul 6.30 mandikan anak2 pastu bagi diorang makan , sementara tu myluv hubby akan bersiap2 nak pegi keje . Biasanya petang aku x masak coz tengahari aku dah masak sekali untuk petang . Pukul 8 malam selepas myluv hubby pegi keje , start la mengajar anak sulung sampai la pukul 10 malam . Lepas tu tidokan diorang pulak then malam lepas anak2 tido, aku basuh baju pulak .... Hurrrmmmmmmmmmmm ... begitu la rutin aku hari ke hari ... Berpusing2 itu la rutin harian aku . Bosan ???!!! Tentu sekali tidak coz itu sudah memang tanggungjawap & aku gembira dengan kehidupan @ rutin yang telah tersedia untuk aku . Merungut ??? mengeluh ???!!! Bohong la kalau aku kata xde tapi kadang aku mengeluh tu sebagai tanda aku nak bagitau kat myluv hubby supaya membantu aku serba sedikit . Aku bukan isteri @ ibu yang sempurna tapi sebagai yang telah dipertanggungjawapkan aku cuba buat yang terbaik & termampu demi kebahagian myluv hubby & anak2 ... Jika ditanya penat @ tidak , hanya Allah sahaja la yang tahu tapi sometime kita akan rasa bertambah penat @ kecewa kalau apa yang kita buat tu pasangan kita tidak hargai . Hargai bukan dari segi kebendaan tapi cukup la dengan ucapan terima kasih  . Pasangan malu @ tidak tahu nak ucap macamana ??? cukup la dengan pelukan @ kucupan di dahi kerana itu la hadiah paling bermakna buat aku yang bergelar isteri , ibu & aku seorang wanita . Kebahagiaan tidak terletak pada kebendaan semata tapi menghargai tiap pengorbanan isteri adalah hadiah yang paling bermakna .... 

Salam dari seorang wanita 

- WASSALAM -

Wednesday, July 4, 2012

KeleBIHan NisFU SyaaBAN

ASSALAMUALAIKUM ... (",)


Hari ini merupakan 14 Syaaban
dan esok adalah 15 Syaaban
Rebutlah kelebihan di malam 15 Syaaban
sesungguhnya kita antara umat yang masih bernyawa
yang memerlukan amal ibadah berterusan
Insya Allah
Dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Empat malam yang istimewa dalam kalender islam sepanjang  setahun.
*Malam Awal Rejab
*Malam Nisfu Syaaban
*Malam Aidilfitri
*Malam Aidiladha
Membaca Yassin sebanyak 3 KALI pada malam Nisfu Syaaban dan tiap-tiap satu bacaan Yassin dibaca satu kali doa

Yassin pertama
--Meminta dipanjangkan umur--
Yassin kedua
--Niat menolak bala--
Yassin ketiga
--Niat terkaya daripada manusia--
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh-Nya
Insya Allah

Be mY 100 fOLLowER !!!!!!!

suprise2 !!! apa yg suprise tu ??
sape sini suka gift ???
amboi ramainyerrrrr ...... hihihihihi ... (",)
special gift untuk yang menjadi follower ke - 100  !!!
x caye ??? kita cakap betul nie ...
betul .... serius !!!!
ok ... kalau nak tau apa hadiahnye ...
sila la follow saya ....

Special gift sedang menunggu tuannyer ...
so apa lagi tunggu ????
cepat2 !!!!!!!
jom kita lihat sape yang bertuah tu ...
i'm waiting with love ... muaaahhhhhh ... (",)


Monday, July 2, 2012

JoM maSAk

    Penat keje pagi x abis lagi balik keje petang masak pulak untuk menu jualan malam iaitu Mee Kari  .  Balik tu dengan Kak aida terus pegi kedai cari lak bahan2 untuk masak Mee Kari . Tengah on the way nak sampai umah tu , myluv hubby sms suh belikan air cendol @ ABC coz cuaca panas dengan belikan goreng pisang kalau ada orang jual . perrggghhhhhhhhhhhhhh ... mana la aku nak cari kan ??? Nasib baik la ada orang jual cendol tapi goreng2 pisang xde orang jual kan so x dapek la den nak nolong . Lepas anta Kak Aida balik , sampai je rumah x sempat duduk aku terus tukar baju & cuci muka  . Lepak jap dalam 5 minit aku terus masuk dapur siap2kan bahan untuk buat Mee Kari . Thank you so much to myluv hubby coz dah tolong rebuskan daging & da siap dihiris2kan ... Haaaa nie yg buat sayang cikit nie ... huhuhu ... cikit je xleh banyak2 , kang pemalas balik ... huhuhu ...

   Sementara aku kat dapur tengah kelentang kelentung masak , myluv hubby kat depan sambil tengok tv sambil tengok anak . Yang sulung dengan yg tengah tu dah pandai bawak diri da xyah dijaga cuma perati je la apa yg diorang buat , apa yang diorang main . Paling penting pintu pagar tutup .... huhuhu ... Si kecik tu la sikit2 duk merengek2 minta aku dukung . Bila tengok kesian pulak coz korang bayangkanlah balik2 terus pegi dapur x sempat nak pegang anak2 tapi kan myluv hubby ada so dia la tolong jaga . Yang geramnya myluv hubby nie bila aku bising2 suh amik baby leh pulak dia  cakap " danial !!! sini2 " tu yg hangin 1 badan tu ... Budak tu da la x paham apa , leh pulak dia cakap je tapi x gerak2 bangun amik baby ... hissssshhhhhhhhhhhhhhh sakit ati tau  ... Bersepah ruang tamu xyah cakap la kan tapi aku malas nak bising2 , buat penat je baik aku fokuskan masak mee lagi bagus . Biar lantak la bersepah pun ... hahaha ...

   Dalam pkl 5 petang kot pas myluv hubby mandi , aku dengar la dia macam bercakap dengan orang tapi aku x keluar tengok la . Pastu dia datang ke dapur suh aku kemas ruang tamu . Aku jawap la nape ???? Rupa2nya kawan dia datang mengejut dengan isterinya . Aku mula la hangin , orang sibuk nak masak kat dapur leh pulak dia suh kita nie mengemas ... HAMBOI2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Start la aku bising kat dia " haaaa ... nie la maksudnya yg selalu ibu suh abang kemas2 umah , so bila orang datang mengejut xde la sibuk2 nak kemas " Aku nak kemas masa tu ???? MEMANG X LA ... KEMAS SENDIRI  !!! So myhubby pun jemput la kawan dia masuk & pandai la dia cover line cakap " biasa la rumah bersepah cikit maklum yg mengemasnya sorang tapi yg menyepahnya 3 orang " Nasib baik aku x jawap balik " yg kemas memang la sorang tapi yg menyepah tu pembetulan , bukan 3 orang tapi 4 orang " kehkehkehkeh !!!

   Masa kawan dia kat umah tu memang aku tengah busy kat dapur so aku just salam isteri dia sebagai tanda pelawa dia masuk & myluv hubby la yg buat air ..Tu pun suh cari jus blackarant kat atas peti ais x jumpa . Mana xnya , orang suh cari atas peti ais ... dia pegi cari dalam kabinet cawan ... hurmmmmm ... suami2 ... Sementara diorang borak2 kat depan aku sambung la masak pastu x lama myluv hubby datang ke dapur . " Agak2 boleh hidang cikit x kat kawan abang ???" Xkan aku nak jawap x boleh pulak kan , nanti nampak sangat la kedekut tahap taik idung masin ... so aku pun hidangkan untuk kawan myluv hubby . Orang kata bila ada orang datang umah tu tandanya rezeki ... Alhamdulillah kawan myluv hubyy puji sedap Mee Kari aku . Kalau x silap da dekat2 pukul 7 kot kawan myluv hubby balik . 

   Jam da menunjukkan pukul 7 petang tapi makanan lum siap packing lagi so pe lagi kena la tingkatan tenaga walaupun masa tu tenaga da abis guna da ... kuikuikui ... Nasib baik la myluv hubby menolong bungkus membungkus . Settle bungkus membungkus , jam dah pukul 7.40 malam . Alamak ... dah time mandi nie . Capai je tuala terus pegi bilik mandi pastu pakai baju  , solat & make up simple2 ... ingat nk terus pegi keje tapi time tu pulak danial terbangun dari tido . Si kecik tu duk menangis2 minta dukung , myluv hubby lak tengah solat so aku pun capai la susu baring sebelah dia & susukan dia tup2 aku tertido lak almaklum la badan penat giler nie ... huhuhuhu ... sib baik la myluv hubby kejutkan , kalau x mau la aku tido terus x pegi keje ... hahahaha ... Apapun aku seronok coz nie semua untuk rezeki anak2 aku . 

Ok la semua , aku chalooo dulu ... Story will be continue ye... 

- WASSALAM -

aKu & NAsI LemAK

Assalamualaikum ... (",)

   Hari nie memang hari penat aku coz pepagi seawal pukul 4 pagi aku da bangun & terus ke dapur MASAK !!!!!!  Untuk menu niaga pagi nie aku nak buat nasi lemak berlaukkan ayam goreng ataupun telur mata so mari2 sape nak order sila angkat tangan ... hihihihi ... Acah je ... hahaha ... Pagi bangun terus kuarkan santan dari peti ais pastu biarkan cair kejap pastu aku sambung tido jap ... hehehe ... X lama pastu aku bangun balik coz nak start masak nasi . Bahan lain macam ikan bilis , kacang tanah & sambal aku dah buat da malam sebelum aku masuk tido , so pagi nie tinggal masak nasi lemak , goreng ayam & goreng telur . Tupun malam tadi aku tido dalam pkl 1 pg . Kalau ikutkan mata yang ngantuk nie memang la pas siap2 bahan  nk terus tido tapi bila tgk kat TV3 ada citer best terus aku x jadi nak tido . Meleleh2 air mata menjejeh2 air hingus aku tengok citer nie , jap aku recall balik apa la tajuk citer nie ... Hurrmmmmmm .... Haaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! Aku ingat da tajuk dia ... Tajuk citer nie Maharku Untukmu . Citer nie memang best nak2 kalau pelakonnya Ady Putra  ... Da la citer nie best pastu lagu tema dia pun best gak ... huhuhu ... Bersungguh nie aku kat kaunter search 4shared nak download lagi nie tapi hampeh xde la pulak ... Xpe la kita try tengok kat Youtube je la ye .

   Lepas layan citer kat TV3 ingat nak terus tido tapi suddenly pulak aku leh teringatkan rancangan faveret aku . Pe lagi kalau bukan MCM ... so terpaksa la sengkang mata lagi ... huhuhu ... Untuk episod kali nie memang mendebarkan coz dia punya mistery box punya la besar , kira Angah rajalawak pun leh muat 4 orang kat dalam tu  ... hahahaha ... Aku yg just tengok nie dah berdebar2 , apa lagi celebrity yg join tu kan ???? Dup dap ... dup dap ... dup dap ... ingat kuar la pokok ke apa ke rupa2nya kuar la mamat body builder ... so temanya adalah makanan kesihatan . Aku tengok kebanyakkan celebrity buat ikut tema tapi si AA tu bukan buat ikut tema tapi ikut suka .... hahahaha ... Dia sendiri yg ngaku tau . Tapi ok la kan at least masakan dia top 4 . Kau hader ???? hihihihi ... & yg menang sekali lagi Dato Fazley . Bila menang leh la pilih bahan utama untuk ujian ciptarasa . Terkezut beruk terkedu terkemam seketika Dato Fazley bila tengok dalam pantry tu ada guest judge iaitu Dato Siti Nurhaliza . Memang serius nampak sangat yg dia betul2 terperanjat ... hahahaha ... ekau da terkeno yop !!!!!

  Antara bahan yg disediakan karipap pusing , kuih jala & kuah kari dengan apa ntah lagi 1 tu aku  xtau la . Kiranya tiga2 nie makanana kegemaran Dato Siti la .  So dari 3 pilihan nie Dato Fazley kena pilih salah 1 & yang dipilih adalah karipap pusing ... Dalam ujian ciptarasa kali nie lagi sekali Dato Fazley menang coz karipap pusing inti sardin  dia , Dato Siti suka coz rasanya sedap ...  Kan suatu ketika dulu diorang pernah ehem2 so mestilah Dato Fazley tau inti apa yg Dato Siti sukan kannnn ???? Tu yang cakap pun tersasul2 pastu cover2 ... hehehehe ...  Lupakan je la kisah lama tu coz memasing pun da bahagia kan ??? Anyway aku suka coz Dato Fazley menang lagi ... Yahooooooo !!!!!!!!! Lepas rancangan tu abis terus aku tutup tv & masuk bilik peluk si kecik & terus ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ !!!!!!!!!!!!!

    Bangun pagi siapkan segala apa yang patut untuk nasi lemak . Masak punya masak , goreng punya goreng , rebus punya rebus , bungkus punya bungkus ... berangan punya berangan ... berangan ???? Eh xde3 !!!! hihihihi ... Tengok2 jam dah pukul 6.30 pg , nasib baik la da siap bungkus & asing2kan ... kalau x memang masuk keje lambat la jawapnya aku ... huhuhu ... Pastu terus mandi , solat & make up sikit2 . Panaskan enjin kete dalam 4 minit gitu terus amik Kak Aida lak  & boleh tahan gak la aku bawak kete coz nak kejarkan isi minyak pastu nak pegi park kete lagi  .

 Sampai2 je ofis memasing da siap siaga nak attand briefing ... fuhhhhh lega .... dapat la 1 markah ... hahahahaha ... Alamak lupa lak nak citer 1 kejadian nie . Gigih kau mek nak bercerita ... kahkahkah !!!!!  Citernya macam nie pagi masa tengah duk goreng2 telur tu , boleh pulak minyak tu memercik masuk kat celah2 kelopak mata  . Menjerit jugak la coz sakit boleh tahan la . Aku matikan api gas terus basuh muka tapi still sakit x abis lagi . Dalam duk tahan2 sakit tu tangan aku terus capai telur sebiji yg masih dalam peti ais , legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!!!!!!! bila kelopak mata kena cengkerang telur tu terus sakit ilang cikit2 & boleh la continue mengoreng telur ... hehehehe ... tapi masa make up nak pegi keje tu mata still sakit cikit la tambah2 masa nak pakai eye liner ...  Nasib baik makcik kantin x amik MC kau , kalau x memjajau la memasing nak pegi cari sarapan ... hihihi

Ok bye2 semua ... Thanks sangat pada kawan2 yg support membeli nasi lemak aku tu  & tu semua rezeki untuk anak2 aku . Hopefully korang puas ati & kalau rasa x puas ati terus jumpa aku bagitau  . Aku terima & promise akan cuba perbaiki agar jadi lebih sedap & lebih mantoppppp ( bak kata shamsul ghau2 ) ... Love u all ketat2 ...muaahhhhhhhhhhhhhhhh (",)

- WASSALAM -