Monday, September 30, 2013

Ciri-ciRi IsTEri iDaMaN ...

 


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.



* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.



* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.



* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.



* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.



* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.



* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.



* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.



* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.



* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.



* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.




* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.




* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.




* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.




* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

NeW bARBie MoViE !!!


Yeaaaaaa !!!!!! Da dpt CD Barbie yang baru (",) Terima kasih ibu !!! Ha ... itu la ayat yang kuar dari mulut anak dara kesayangan myluv hubby . Seronok giler dia , manjang senyum dia . Aku pun happy jugak bila anak happy . Sometime layan anak2 tengok movie barbie nie best jugak tau . Lagi kalau edisi muzikal .... perrggghhhhhhh kadang aku yang layan tengok sampai abis !!! 

My daughter nie kalau tengok barbie movie bukan setakat tengok tau tapi siap berangan lagi dua beradik nie . Memasing suka berangan jadi princess ... hihihi !!! Kakak selalu nak jadi princess yang baik jer pastu adik la yang jadi mangsa jadi watak yang jahat ... huhuhu ... Adik pulak xtau pape , ikut je la ... 

Dalam banyak2 movie barbie nie ada sebahgian jer yang menjadi kesukaan anak2 aku . Maknanya movie tu la paling banyak kali diulang tengok . Paling farevet aku rasa Barbie And The Diamond Castle , Barbie The Princess And The Pauper , Barbie Fairy Secret .

 
Koleksi kesayangan my daughter . Siapa nak tengok boleh tapi x boleh pinjam . Maksud ???!!! Mai tengok kat umah kami la ... huhuhu ...

Movie yang paling latest . Akhirnya dapat jugak aku belikan ....
Jalan ceritanya not bad la & aku pun enjoy tengok sampai abis . 

- WASSALAM -
 

Friday, September 27, 2013

CiRi-ciRi SuAmi iDAmaN

 
 Dikalangan wanita pasti mengingin seorang lelaki yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup . Iye la ... bagi kebanyakkan wanita , dalam seumur hidup sekali jer kawin so kena la cari yang sempurna . iye dak ??? Orang putih kata apa Mr Right ???  Tapi xdela maksudnya kena cari yang sempurna serba serbi . Kata kuncinya " nobody is perfect" . Sebuah perkahwinan ada satu perkongsian & ianya adalah saling melengkapi antara satu dengan lain . Yang penting , pengemudi perkahwinan itu adalah suami . Insya-Allah bahagia .... 
Persoalannya , lelaki tahu x apa ciri2 suami idaman seorang isteri ???  Atau pernah x kaum lelaki belajar untuk jadi suami yang terbaik untuk isteri . 

1. Cantik dari segi agamanya.
~ Paling mudah , jaga solat 5 waktu dan pandai mengaji . Iye la , tugas suami membimbing isteri . Da kalau diri sendiri pun tonggang terbalik  macamana nak lahirkan keluarga yang sakinah . Paling penting , kalau ada anak ... sape nak tanggung kalau didikan agama anak x cukup ???

  2. seorang yang tegas tetapi penyayang.
~ Suami perlu tegas dalam sesebuah institusi rumahtangga kerana lelaki adalah ketua keluarga TAPI tegas yang bukan membabi buta . Maki hamun , sepak teranjang , ungkit mengungkit tidak ada dalam kamus lelaki penyayang . 

3. Jujur dan tak suka menipu.
~ Nie paling payah nak wat . Berterus terang adalah lebih baik walaupun kadang2 pahit tapi itu lagi baik dari menipu !!! Walaupun dengan alasan nak menjaga hati .

4. Tidak mementingkan diri
~ Bila da kawin , anda bukan hanya urus diri sendiri yek tapi anda da bersedia untuk berkongsi hidup dengan insan lain .

5. Tidak merokok
~ Rokok membahayakan diri sendiri , isteri , anak & orang sekeliling . Pembaziran yang membunuh tau !!! Kan elok duit rokok tu dikumpul2 boleh wat untuk sesuatu yang berfaedah . Cer kira bape korang bazir dalam setahun hanya untuk sekotak rokok ? Ntah2 duit tu leh wat banglo ...

5. Serasi & memahami
~ Dalam rumahtangga xde nie , hancus la jawapnya !!! Pagi petang siang malam perang jer kot .. Ntah2 tido pun x aman ... hihihi  ...

  6. Tidak cemburu buta.
~ Cemburu tanda sayang tapi kalau da cemburu buta tu tandanya suami x  yakin dengan diri sendiri la . Lagipun rimas la hidup dengan orang cemburu buta nie . 

  7.Rajin dengar ceramah .
~ X kisah rajin dengar kat masjid ke @ kat mana sekali pun . Boleh tambah ilmu & then leh syer kat isteri . 

8. Pembersih dan suka menolong.
~ Xdela isteri tu penat seorang diri kan ??? Nie paling diidam2kan ...

9. Jangan panas baran
~ Susah kalau dapat suami macam nie .. Merana !!! Xleh salah cikit ...

10. Ingat tarikh2 instimewa
~ Isteri paling sensitif bab nie . Xyah nak ingat semua tarikh tapi xkan la tarikh lahir isteri & anniversary perkahwinan pun x boleh nak ingat ???!!! Banyak makan semut ke ape !!!

11. Tahu menghargai 
~ Isteri biasanya x minta banyak dari si suami , cukup la sekadar tahu menghargai tiap kasih sayang & rasa cinta yang dicurahkan . Isteri dijadikan disisi suami untuk dijadikan teman dengan kasih & cinta , tidak diatas untuk dipuja2 & bukan dibawah untuk diperhambakan ...

Ini sekadar pendapat , mana tau jadi panduan bakal2 suami kan ??? Nak kawin memang seronok, memang heaven giler tapi nak pikul tanggungjawap dunia akhirat tu Ya Allah , kalau selidik betul2 boleh ngeri nak kawin tau .. Iye la , selepas  akad nikah sah jer jadi suami isteri , tiap dosa isteri adalah dibawah tanggungjawap suami . So berusaha la jadi suami yang bukan saja terbaik  dari segi duniawi tapi paling penting untuk akhirat .... Amin ....




- WASSALAM -

AkHiRNya BeRjaYA WaLAu KuciWA ...

 
 Hye semua , apa kabar ??? Ada baik ??? Hopefully sihat la , Insya-Allah ... Pagi tadi aku punya la excited nak update memacam cerita tapi sayang ke'busy'an tidak mengizinkan . So sekarang ada la masa sikit walaupun sebenarnya aku tengah keje ... hihihi ... Aku bukan curi tulang ye tapi sambil keje sambil tu meng'update' apa yang patut . Why not kan ??? Korang , nak tanya la ... Pada korang yang anak2 da boleh dihantar ke tadika tu , korang da daftarkan ker ??? Tadika mana pilihan korang ? Tadika swasta ataupun tadika kerajaan aka KEMAS ??? Apa kriteria yg menyebabkan korang pilih tadika tu ? Amboi pertanyaan x hengat kan ... huhuhu ... Aku kan sebenarnya sedey campur kuciwa pasal hasrat nak anta anak ke prasekolah tidak kesampaian . Tau pasal apa aku frust ??? Pasal by the time aku nak daftarkan tu rupa2nya hampir semua sekolah yang berdekatan umah aku da penuh . Senang citer pendaftaran sudah ditutup !!! Even pendaftaran tu da terlebih pun dari kuota yang dibenarkan so kalau aku nak daftarkan jugak , aku kena slow talk dengan pihak sekolah . Ahhhh malas aku , buang masa jer !!!

Walaupun frust tapi xdela sampai tertonggeng kan cuma frust je la . Aku da plan baik da dari awal tahun aritu , tahun nie anta tadika swasta then tahun depan nak anta prasekolah tapi hajat x kesampaian . Lagipun aku xtau bila start buka untuk daftar prasekolah coz xde info kan ??? So kengkonon aritu nak daftar la tup2  pendaftaran sudah ditutup ... hurrmmmmm ... keciwa tau !!! Kalau nak ikut boleh jer continue tahun depan anak aku belajar kat tadika yang sama cuma .... Tadika nie aku x kata x bagus , tadika nie memang bagus coz bab fardu ain memang bagus tadika nie ajar . It just ... pelajar dia over crowded !!! Aku selalu duk fikir macamana pihak tadika mengajar ramai2 tu kalau mengikut umur ??? Iyela kan coz diorang amik start dari umur 4 tahun then ramai lak tu ... hurmmmm .... 

Aku : Kakak , kat kelas kakak belajar duk atas kerusi ke lantai ?
Yana : Klu ada kerusi duduk kerusi , kadang2 duk lantai jer ...
Aku : Abih tulis2 xkan kat lantai ?
Yana : Kalau xde tempat , kakak tulis kat lantai  jer ...
Aku : Ooooo ....

Actually aku x kisah sangat la bab duk kat kerusi ker , duk lantai ker , duk atas bumbung ker tapi aku pentingkan keselesaaan . Macamana keadaan dalam kelas tu aku x tau la coz aku x pernah masuk time anak aku tengah belajar tapi entah la ... Kang komen lebih2 kang , orang kata apa pulak kan ??? Fikir punya fikir ,  at last aku decide for next year aku akan daftarkan anak aku belajar kat tadika KEMAS together with her younger sister . Cuma tu la bila nak masuk KEMAS nie macam2 pulak yang diminta termasuklah salinan slip gaji aku & myluv hubby & 2 keping gambar berukuran passport . Itu pun dapat daftar pasal ada lagi 1 kekosongan ... hahaha ... Nasib la sempat ... Untuk si adik xde masalah coz lum ramai yang daftar untuk 4 tahun . Memula xde terfikir langsung nak daftarkan untuk Mia coz dia baru 4 tahun kan tapi why not kalau dia pegi tadika . At least leh kawan2 ... So untuk tahun depan confirm Mia pun sekolah jugak !!! Pihak KEMAS kata untuk 6 tahun kelas sesi pagi tapi untuk 4 & 5 tahun kelas sesi tengahari start pukul 12 tengahari . Tapi kalau ada adik beradik , pihak KEMAS boleh arrange untuk 1 sesi so xdela parent nie kena ulang alik amik anak . Yuran untuk 2 orang pun x sampai RM400 & bulanan pun cuma RM25 seorang . 

Mia nampak gaya macam da seronok nak menempuh alam persekolahan . Da excited da ... Ari2 cakap nak sekolah . Aku bila tengok dia excited tu , rasa cam happy la pulak . Kejap je bebudak nie da besar kan ??? 

Mia : Kakak , adik nak tekolah ...
Yana : X boleh !!! Adik lum besar lagi 
Mia : X ... Ibu kasi adik tekolah !!! ( nada marah ni )
Yana : Adik kan baru 4 tahun , mana boleh sekolah ???!!! ( marah gak )
Mia : Adik bleh tekolah la !!!! ( start nangis da )
Yana : Eleh , cakap pun x betul nak sekolah .... 
Mia : Ibu , tengok kakak nie x kasi adik tekolah !!!!
Aku : Hah gado la gado ! kang dua2 ibu rotan kang !!! ( saje jer gertak )


- WASSALAM -

Tuesday, September 24, 2013

MeET mY PriNCe DaNiAL


 
 
 Anak bujang aku da besar da ... Encem x ??? Tambah2 encem lagi pasal pic nie aku snap ngam2 dia baru bangun tido ... hahahahaha !!! Dengan muka x cuci , air liur kering pun x basuh , sesaje jer pose depan aku macam tau aku nak snap pic dia ... hurmmmm .... Pejam celik pejam celik da besar da bujang sorang nie . Cian dia x dapat nak manja lama2 , da nak dapat adik tahun depan ... kehkehkeh !!! Nasib la nak , ibu ayah salah planning ... hukhukhuk !!! Sabo je la kan ???

Sejak 2 menjak 3 menjak nie , perangai mengada anak bujang aku nie makin melampau . Sikit2 nangis , sikit2 nangis .. kengkadang tension giler aku dibuatnya !!! Dan kengkadang dengan x sengajanya aku tercubit , terbabab & termarah ... Bukan x sayang , sayangggggggggggggg sangattttttt !!!! Mana ada ibu yang x sayang anak , even binatang pun sayang anak . Tapi mungkin aku kurang sabar kot . Penat mungkin salah satu sebabnya ....


 

Nie rambut baru danial , encem kan ???

-WASSALAM 

Monday, September 23, 2013

LiRik AkU YaNG DuLU BukAN YanG SeKAraNG

 
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua
 
 
 
Lagu nie menjadi kegilaan my daughter ... Petang2 kalau ayah dia ada kat umah memang x lepas dua beranak nie karaoke lagu nie . My daughter nyanyi , ayah 'goreng' gitar la !!! Enjoy jer tengok dua beranak nie . Pas puas dari satu lagu . goreng pulak lagu lain ....

My fiRSt pREgNancY CheCKup

 
Baru dapat peluang untuk mengupdate status blog aku yang x berapa nak glamor nie . Amboi ... ko gila glamor ke Senah ???!!! Huh xde maknanya glamor kalau  hati x senang !!! Biar  kita x glamor dikalangan manusia asalkan kita sentiasa dalam lindungan & kasih sayang Allah . Itu lagi bermakna & membahagiakan . Lately nie aku xde mood la nak update pape citer kat blog kalau duk umah .... hurrrmmmm ;( Nape ek ???

Okey guys aritu aku berjaya jugak membuat buku merah ...hihihi ... tanpa kena marah okeh !!!! Akhirnya kan ??? Berani nurse tu nak marah2 , kang aku balik kang baru tau ... hahahaha !!! Xde la ... diorang x marah x bebel pun pasal semua nurse kat klinik kesihatan tu da kenal aku . Mana xnya setahun sekali buat buku merah , mana x kenal kan ???? Lagipun jangan korang x percaya coz diorang suka kalau anak2 aku datang klinik tau . Diorang rajin melayan karenah anak2 aku lagi2 anak aku yang sulung tu dengan yang second  . X caye ???!!! X caye sudah !!! Aku xde kesah der !!!! Even masa check up aritu pun , diorang duk sibuk tanya mana Mia coz aku bawak Yana jer . Da alang2 amik Yana balik tadika kan so pegi klinik la terus .

Aku sampai klinik pun da dekat tengahari & terperanjat itik aku coz orang still ramai lagi !!! Ingat da x ramai orang da ... hihii ... Aku memang suka pegi dekat2 tengahari coz time tu x ramai orang tapi hampeh ramai orang lagi la pulak ... huhuhu ... Memula macam biasa la amik nombor dulu then gitau la nak wat buku merah ... hehehe ... then tunggu la nurse tu panggil . Biasa la memula nak buat buku merah mesti nak kena bawak buku merah yang lama pastu borak2 la macam borak dengan kengkawan tu ... Mesra sangat tau !!! Jangan jeles ye .... Borak aka soal siasat ... huhuhu ... Then timbang berat badan . Nak tau bape berat aku ???? Now berat aku 52kg ... huhuhu ... dari 47kg naik 52kg !!! Okey la kan ... Pastu pulak macam biasa check air kencing dengan check darah . Da aku jangka darah aku cair aka anemia ketika mengandung la  .... Darah aku 10.4 jer .... Huhuhu ... Nak kena makan makanan2 yang boleh memekatkan darah la kan ??? Anggukkan jer la bila disuruh tu ...

Abis kuar dari makmal tiba la saat2 yang mendebarkan iaitu AMIK DARAH !!!! Ado takut la !!! Nak buat camner ??? Serah diri je la . Nurse yang amik darah tu india , tengok cam baru jer tambah berdebar la aku . Please bole x kalau x amik2 darah nie ??? Kan da ada sampel yang dulu2 tu , x boleh guna ker ?? Nurse duk belek2 lengan aku , nak cari urat katenya . Tepuk punya tepuk x jumpa jugak ... hahaha ...  Apa ko ingat aku nie keje mencangkul nak nampak urat berketul2 !!!

Nurse : Puan , yang sebelum2 nie amik darah tangan mana ek ???
Aku : .............. ( x jawap pape terus bagi tangan kiri )
Nurse : Okey puan , saya amik darah ye ...
Aku : Aik , da jumpa urat ker ??? tadi kate x jumpa ???
Nurse : Nie da dapat da ....
Aku : Hurrmmm ... iye la ... ( terus tutup muka coz xnk tengok jarum )

Aku akan kurang cikit rasa takut bila aku x nampak jarum !!! So dapat la rasa sakit tu . Sakit camana ??? Ala sakit cam kena gigit dinosour tu .... kehkehkeh !!!  Yang kelakarnya kan , aku yang amik darah ... anak aku yang takut coz dia nampak kan proses amik darah tu . Dari mula sampai sudah , yana temankan aku . Thanks princess , next time teman ibu lagi ea ...

Nurse : Okey puan , sekarang kita nak buat hiv test pulak yek ...
Aku : Test hiv ? Sekarang ? Amik darah lagi ker ?
Nurse : Xdela ... kita guna darah yang da amik tadi 
Aku : Nape bentuk hiv test nie macam pregnancy test kit jer ??
Nurse : Sekarang memang pakai yang nie untuk dapat keputusan yang cepat 
Aku : ooooo ... dulu xde la pulak pakai nie ... hihihi 
Nurse : kalau 1 line negatif la , kalau 2 line positif ... kita tunggu jap 
Aku : Berdebar pulak saya . Kalau 2 line macamana pulak proses seterusnya ??? Tetiba takut pulak ..
Nurse : Kalau positif , kita akan terus rujuk ke hospital la ...( senyum2 dia )
Aku : ooooooooo gitu .......
Nurse : Ok puan , negatif ... Sekarang puan tunggu kat depan , tunggu doktor panggil pulak 

Tunggu giliran jumpa doktor adalah dalam 10 minit , jam lagi setengah jam nak pukul 1 ptg . Diorang semua pun da nak rehat da .  Masuk bilik doktor , aku senyum2 jer tapi doktor wat muka serius la pulak . Uweeeekkkkkkkkkk x takut pun !!! Tau la da penat kan ??? Pape pun kalau doktor nie bising2 , aku nak diam jer malas nak argue coz memang salah aku pun . Sape suruh wat buku lambat ??? Kan da kena marah !!! So tadah je la tinga tu ... huhuhu ... Membebel punya membebel satu patah apa pun aku x jawap , aku just angguk2 geleng2 ... hahaha ... Cian doktor tu cakap sensorang ... kehkehkeh !!! Setelah menanah tinga dengan mendengar nasihat aka kaunseling dari doktor nan pakar tu , tiba la masa untuk scan untuk nak check tumbesaran baby . My daughter yang excited overdose nak tengok ... kehkehkeh !!!

Doktor : Tadi nurse kira , puan da berapa minggu yek ?
Aku : 17 minggu , due date 23/2/2014 ... 
Doktor : Kiraan last period puan betul ker ?
Aku : Betul ... coz untuk yang kali nie setiap kali first & last period saya catit
Doktor : Kalau ikut scan nie , baby pun da 19 minggu ( sambil kerut2 dahi )
Aku : ooo iye ker ? macamana boleh jadi macam tu ?
Doktor : Susah nak detect tambah2 puan check up pun baby da hampir 5 bulan da ...
Aku : ... ( senyum je la )

Tetiba !!!

Yana : Doktor , adik kita tu lelaki ker pompuan ??
Doktor : Aik , dia pulak yang sibuk ... Nape ??? Nak baby boy ke girl ?
Yana : Kita nak baby girl ...
Doktor : Baby boy xnak ?
Yana : Xnak la ... baby boy kuat nangis ...

Back to aku la 

Doktor : Okey puan , lagi 2 minggu kita scan balik 
Aku : okey ...
Doktor : Kalau kata baby makin besar , kita tukar due date kepada 10/2/2014 ye ...
Aku : Emmmm ...

Kuar dari bilik doktor buat lak appointment untuk lagi 2 minggu tapi aku xleh datang dalam tengahari coz takut ramai orang . Biasa la klinik kesihatan kerajaan kan . Anggukkan je la .... 

-WASSALAM -


Thursday, September 19, 2013

PeRMaTA UnTUk IStERi by KOPRATASA

 
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


 

TEmaN SeJaTi by BROTHERS

 
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


IbU sEBenARNya TaKUt tAPi ExCitED !!!

 
Standby sensorang nie leh buat mata ngantuk kan ??? Walaupun da standby da nescafe kow2 punya !!! Tapi bila da termanggu sana termanggu sini makanya tertido la ... hihihihi ... Sepinya bangunan Satelite nie ... Sejuk pun iye jugak . Sape ada blazer bagi pinjam bole x ??? Jeng jeng jeng .... tetiba ada la geng atok2 datang menyerang aku ... Eh2 x jadi pulak nak tanya ???!!! Kacau daun aku nak menaip la atok2 nie ... Okey lek jap !!! Ada brader encem datang ke kaunter nie ... Ado encemnye dia ... Kahkahkahkah !!! Sempat ko cuci mata ... Apa ingat lelaki jer ke yang boleh main cuci2 mata , kita pun bole jugak la  ... hehehe ... Actually apa yang aku merapu nie ??? Mereng la tu !!! Korang tau x , Sedang aku rancak menaip nie kan ... brader2  polis nie kan pandang jer aku kat kaunter . Dalam ati ntah2 berkata " ntah apa la yang minah nie buat , menaip laju da macam buat popcorn " Diorang nie berkumpul reramai kat kaunter nie coz dalam pukul 1 pagi nanti ada buat NTL . Emmmm ... abang kalau nak amik gegula tu amik la , xyah la pandang2 kita macam tu ... scary tau !!! Atut adik tau , da la standby sensorang nie ...
 
Korang , aku nak minta pendapat la .... Aku kan da pregnant 4 bulan 2 minggu kan tapi buku merah x buat lagi . Agak2 kalau dalam esok pagi aku pegi klinik nak buat buku tu , kena bebel dengan nurse x ??? Kalau nurse membebel kan , apa alasan paling kukuh eh nak bagi ??? Aku bukan xnak buat awal2 tapi aku x berapa rajin la tiap2 bulan nak pegi check up . X rajin bukan pasal apa tapi pasal menunggu tu lama sangat !!! Da tu aku nie keje ikut syift then kalau nurse bagi appointment , kena pulak waktu aku keje ... da nak kena amik cuti pulak . Leceh la !!!! Nak amik cuti pun bukan senang , kadang nak kena cari pengganti . Da la aku sekarang nie susah cikit nak menggantikan orang .  Cuti pun tinggal ciput jer ...Tu pasal la aku malas nak buat awal2 buku merah tu tapi bila dari sehari ke sehari tiba2 da nak masuk 5 bulan jadi takut pulak nak pegi buat . Bukan takut apa tapi takut kena marah !!! Tapi takut jugak la coz nak kena amik darah la , minum air gula la .... Hurmmmmm ..... Kadang nurse nie poyo jer lebey dok marah2 kita ... puiii !!!


Adoiiii sakit bersalinkan Danial x ilang lagi da nak merasa sakit lagi !!! Lagi 5 bulan jer tinggal !!! Awal2 aku da request kat myluv hubby nak bersalin kat spital Putrajaya coz cukup la sekali kena kacau dengan momok pas bersalinkan Danial kat spital yang satu tu . Cukup la sekali weyyyy !!! X sanggup , aku x kuat semangat la !!! Da la sakit pas bersalin penat letih lapar semua ada , mata ngantuk nak tido tapi sampai ke subuh aku x dapat tido dek dikacau momok tu . Nasib baik la baby x kena kacau , kalau tidak lagi haru aku ... Maybe pasal bawah bantal baby aku letak rakaman yassin kot . Yang kesiannya pulak , baby depan katil aku pulak yang duk merengek jer x tido ... hihihi ...Kesian mak baby tu ... huhuhu ....
 
 
Aritu pas Danial besar cikit punya la aku excited simpan semua barang2 baby . Iyela Danial da besar kan ??? Kengkonon nak jarak la dalam 4 @ 5 tahun tapi hampeh !!! So awal minggu aritu terpaksa la aku bukak mana2 plastik2 baju lama tu untuk nak cari la balik segala stokin2 baby hok mana2 boleh pakai lagi , cari balik barut la itu la ini la tapi haram satu pun aku x jumpa !!! Ntah2 aku da terbuang semua tu Senah !!! Ado .... masak la kena beli semua yang baru ....uwaaaaaaaaaaa !!! Agak2 kalau cari sponsor , ada x yang nak sponsor ??? kehkehkeh !!! Potong kuku la kalau ada ....
 
Bila da cari semua tu x jumpa , aku cari balik baby stroller .Untung masih elok lagi tapi kena cuci la baru nampak baru !!! Stroller baby macamana nak cuci ??? Memula aku kena vakum dulu coz berdebu dengan habuk pastu cuci alas dia dulu tapi xleh masuk mesin basuh terus coz kena diberus !!! So memberus la aku dengan begitu gigih sekali untuk menghilangkan segala kesan2 degil then baru la spin dalam mesin basuh .... tadaaaa macam baru ko !!!! Tiada langsung kesan degil . Rasa berbaloi kejap .... Then esok paginya aku aku basuh pulak body stroller . Belek punya belek aku fikir macamana nak cuci stroller nie !!! Paling penting aku nak basuh tudung dia tu coz da kotor sangat . Maklum la beli warna biru kelabu kan ?? So nampak sangat la kotornya . Belek punya belek , fikir punya fikir .... laaaaaaaaa ... The whole body leh ditanggalkan coz ada botton !!! Hampeh tul la ... apsal la lembab sangat aku nie !!! Baru tau boleh dicerai2kan ... hihihi ... Gigih la aku makanya mencuci aka mendobi stroller  then nampak jiran aku tegur ...

Jiran : Buat apa tu ti ???
Aku : Ala kak , xde wat apa la just bersihkan stroller baby nie ...
Jiran : Beli je la yang baru ... ( sambil sengeh2 )
Aku : Yang nie elok lagi cuma tu la kena cuci sikit , maklum la lama da x pakai ... kotor ... Lagipun ada banyak lagi barang baby nak kena beli nie ... so bajet yang ada tu leh beli benda lain .
Jiran : Rajin ko nie ti ... Tapi nie la first time akak nampak orang cuci stroller ... Selalunya akak nampak orang cuci kete jer .... ( sambil gelak2 )
Aku : ????? ( Sengeh je la aku , no idea what to say )

Pas da basuh aku jemur tengah2 panas . Dalam hati x sabar tunggu kering coz nak tau sangat macamana la resultnya nanti . Petang da kering aku sambunglah semua & suprise coz it look like new !!!! Tepuk bahu sendiri tanda bangga .... hehehe ... Syabas mere betey ...  X cukup itu sahaja , tilam baby pun aku basuh ... Alhamdulillah (",) Tilam bantai peluk pun masih boleh pakai lagi ... Kalau ikut myluv hubby , dia suh cari yang baru jer ... Hurmmmm .... 

- WASSALAM-

Sunday, September 15, 2013

HaRGai BuKAn SiJiL PeNGharGAaN !!!

 


 Kalau korang perasan , beberapa bulan lepas langsung aku xde update pape kan ??? Ha ... tu la masa yang aku very2 MALAS ya amat .... huhuhu ... Aku rasa malas jer , yang aku suka time tu adalah tido !!! Yes betul time tu bulan puasa & pastu raya tapi bila hati x happy semuanya jadi x seronok . Puasa tetap puasa macam biasa walaupun morning evening  night sickness datang x kira masa . Sehari muntah 4 5 kali pun still gigih puasa ko !!! Memang sedaya upaya la puasa . Tapi time keje memang wajib standby tong sampah disisi coz aku x tau la kenapa aku x boleh nak telan air liur aku sendiri & aku rasa macam air liur aku nie lebih banyak  dari biasa . Bila aku scodeng2 google rupa2nya tu adalah salah satu simptom diawal2 pregnant . Pelik kan ??? Tapi alhamdulillah sekarang semuanya da ok back to normal . Korang ingat seronok keje keje tong sampah kat sebelah ??? Sekejap2 nak meludah ... sekejap2 nak meludah ... Aku sendiri pun seksa , apakan pulak member yang keje sama kaunter dengan aku kan ? Nasib baik la diorang nie semua jenis memahami .

 Pastu bila tiba raya , aku raya la coz da dapat giliran cuti raya kan . Happy tetap happy coz 4 tahun sekali merasa beraya dengan famili tapi sepanjang aku kat kampung xde satu orang pun famili aku termasuk keluarga belah myluv hubby yang tahu aku pregnant !!! Masa tu memang da boleh terima hakikat aku pregnant tapi xde langsung nafsu nak bercerita kat famili . Kenapa ? Aku pun xtau ... hihihi ... Lepas balik dari cuti pun aku still di'mood' yang sama iaitu malas . Kiranya setiap inci umah aku tu x berapa nak kemas la janji xde sampah . Baju pulak memang myluv hubby la yang kena basuh coz aku memang x rajin langsung . Sudah la nak membasuh tu malas , melipat lagi la malas maka bergunung2 la baju dalam bakul sampai  baju dalam almari pun hampir habis ... kehkehkeh !!! Ada yang kata diawal2 pregnant memang kita kuat tido , asik x larat malas semacam tapi entah la ... Ini bukan setakat pembawakan tapi maybe effect dari ketidakredhaan ... huhuhu .... Agak2 betul x ?

Then one day tu aku xtau la apa angin yang melanda diri aku tetiba aku menjadi diri aku kembali . Ceewwwwaaaahhhhhhhhhh poyooooo !!!!!!!!!!!!!!!! Bangun subuh selalunya aku tido balik tapi kali nie aku cuba gagahkan diri x tido then boleh pulak aku mengemas rumah x renti dari tengahari membawak ke malam !!! Aku sendiri pun pelik apatah lagi myluv hubby . Dari ruang tamu , bilik tido aku bilik tido anak , ruang tengok tv dapur bilik air semua aku kemas cuci vakum & mop !!! Tilam yang da berbulan x bercadar tu kembali bercadar . Niat ati nak asing2kan wardrobe aku & myluv hubby  yang da sekian lama teebengkalai pun aku buat aritu jugak . Penat memang penat tapi aku still x puas ati , siap belek2 apa lagi yang x kemas ... kehkehkeh !!!  Myluv hubby yang balik keje petang tu pun suprise !!! Dia hairan + pelik + ajaib + x caya = terkasima !!!

Hubby : Aik ??? Abang mimpi ker ?
Aku : Tu baju abang dengan ibu , ibu da asing2kan da ... So semua dalam almari ujung tu 
Hubby : Ha ... macam nie la bagus baru betul ada isteri ...
Aku : Alah ... kalau kemas pun bukan tau nak hargai ...
Hubby : Apa kalau kemas umah tu nak kena bagi sijil penghargaaan ??? Tu kan da memang tugas isteri ...
Aku : Bukan suh bagi sijil tapi hargai la orang da kemas . nie tidak , orang da kemas cantik2 bukan tau nak jaga ... tau2 je da semak balik 
Hubby : Biasa la anak2 kecik lagi ...
Aku : Alasan !!! Macam abang kan kalau da basuh baju pastu ibu x tlg jemur pastu kadang abang da jemur , ibu x angkat .. Apa abang selalu cakap ??? X tau nak hargai langsung orang da tolong ... Ha sama la tu maksudnya kan ???
Hubby : ......... ( diam seribu bahasa ) Da2 korang jangan main kat bilik ayah . Bilik ayah da cantik !!!  ( Tetiba tukar tajuk )


-WASSALAM-



DiORanG NiE SukA kE X eK ??? HuRrMmM ...


 
Senyap seketika bukan bermaksud tiada apa yang nak diupdate cuma tengah mencari masa & ruang yang sesuai untuk menaip . Kengkadang cerita tu ada tapi timing lak x kena nak menaip . Kadang cerita ada , timing kena tapi xde mood la pulak . Ala ... aku nie bukan blogger yang aktif pun nak mengupdate 5 6 cerita dalam sehari ... huhuhu ... Maklum la gejolak perasaan x berapa nak stabil sekarang nie , sekejap ok sekejap x ok ...kehkehkeh !!! So anybody care ???!!! X kisah pun !!!

Okey guys aritu aku da luahkan apa yang terpendam dalam lubuk hati aku . So what did u all think ??? Sometime kita x boleh tipu diri sendiri tentang sesuatu yang kita x suka walaupun begitu hebat kita berlakon kengkonon kita suka giler . But now , aku boleh terima hakikat yang x lama lagi aku bakal menimang cahaya mata yang ke-4 . Bersyukur aku tidak melakukan sesuatu yang BODOH !!! In fact anak2 aku pun da tau da bulan 2 tahun depan diorang nak dapat baby baru kecuali Danial la lum tau apa lagi . Cian dak bucuk nie , x cukup manja da nak dapat adik lagi . Xpe Danial , mana tau nie baby lelaki dapat la awak geng kan ??? Insya-Allah .... Amin .... (",)

Bercakap bab anak2 yang da x sabar nak dapat adik baru nie kengkadang buat aku tergelak jugak coz anak aku yang sulung tu boleh berfikir jauh lebih dari aku ... Maybe pasal dia kakak kan ? 

Yana : Ibu , ayah cakap tahun depan bulan 2 ibu nak beranak ea ?
Aku : A,ah ... Nape ???
Yana : Abih baby Danial tu macamana ?
Aku : Macamana ? Macamana apa ? ( Muka kerut , pelik jap )
Yana : Iye la ... kalau ibu da dapat baby baru nanti sape nak jaga baby Danial ? Da la Danial tu kecik lagi kuat nangis ...
Aku : La ... ibu la jaga . Yang kakak susah ati nie kenapa ???
Yana : Nanti ibu da dapat baby baru jaga baby baru , kakak yang kena jaga Danial pulak ... 
Aku : ???? Dont know what to say ... no word !!!



Okey la korang , berdasarkan perbualan diatas ... apakah maksud anak aku sebenarnya ? Tengok dari cara dia macam suka tapi dari soalan diatas macam x suka kan ??? Hurrmmmm entah la ... Yang sewajibnya aku lakukan sekarang adalah memperbanyakkan ibadah kepada Allah kerana Dia saje la yang maha mengetahui sirah hidup aku . Moga2 lahirnya zuriatku ini nanti memberi seribu satu keberkatan & kerahmatan dalam hidup aku & keluarga . 
 
-WASSALAM-

Saturday, September 7, 2013

DaLAm haTi TiaDA YaNG tAHU .... MaAfkAN iBu ...

Assalamualaikum .... (",)

 Setelah sekian lama aku menyepi baru arini aku tergerak untuk meluah sesuatu . Ceeewaaaahhhhh !!!! Ada orang kesah ker ???!!! Okey pasti ada yg tertanya2 nape secara tetiba aku menyepi ? Nape blog aku kembali sunyi tanpa sebarang update ?  Pasti ada yg tertanya2 , betul x ??? Hurrrmmmmmmmm ... Sebenarnya aku stress & dalam big dilema !!! Masalah ???!!! Emmm ... dah nama pun hidup kan , kalau xde masalah tu something wrong la kan ??? Pendek kata selagi lum tutup mata , selagi itu la kita diuji ... Yang penting kuat x iman kita untuk  tangani ujian & dugaan itu . Aku yakin & pasti , Allah xkan beri ujian yg x mampu aku lalui & tiap ujian yang Dia bagi pasti ada jalan penyelesaiannya cuma ... terpulang pada iman & taqwa ... Cakap da kalah ustazah kan ??? Kehkehkeh !!! 

Punca sebenar2nya aku murung , stress , moody , ilang semangat  & semua la negatif energy tu adalah kerana aku PREGNANT !!! Yes itu la punca sebenarnya !!! Kalau sebelum nie aku x mengaku then arini aku mengaku . Why mengaku ? X malu ker !! X takut orang mengata belakang ker !  Biarkan mereka nak cakap apa pun , malas la nak layan ... Dalam hati , kepala otak dok fikir WHY ? WHY ? WHY ? WHY ? WHY  & WHY !!!!  Ya Allah aku x bersedia lagi !!! Fizikal , mental , zahir batin ... sungguh2 aku x ready lagi .... Aku rasa bila Danial anak no 3 aku da setahun lebih , da pandai jalan , da senang nak handle ... Aku rasa MERDEKA sangat !!! Aku boleh la uruskan diri aku pulak coz aku sibuk dengan anak2 sampai aku kadang xde masa untuk belai diri aku sendiri . Lagi satu aku simpati dengan anak2 aku coz aku kadang terlalu penat untuk melayan karenah diorang . Tambah pulak anak bujang yg sorang tu manja sangat dengan aku . Itu la yang menambah aku menjadi stress . 



Macamana aku dapat tau aku mengandung ???  Hurmmmm ... aku bila mengandung , macam ada satu perasaan yg terdetik dalam ati " aku nie macam mengandung jerk " Padahal time tu period lum lewat lagi then berdebar2 la beli pregnant test punya strip tu & tambah2 berdebar2 lagi la bila test & tengok 2 line tu . What it means ??? Yes dear , congratulations ... anda hamil !!! Apa reaksi aku korang nak tau ??? Aku menangis ...  tapi bukan tanda gembira tapi aku kecewa coz why ??? I'm not ready yet !!! Aku senyap x bagitau sesiapa termasuk la myluv hubby . Tapi yang aku menyampah & sakit ati pulak kan , bila da tau mengandung tu mula la simptom2 mengandung tu datang . So rahsia x jadi rahsia la . Memula tu dua tiga kawan jer yang tau tapi bila da dok loya2 muntah2 mula la orang semua perasan & bertanya . Da bertanya tu satu hal pastu mula la dari satu syift ke satu syift tau . Tambah la aku stress & naik antu !!! Maklum la setengah tu depan aku ucap manis jer " tahniah u pregnant lagi " tapi belakang aku mulut cakap lain " Eleh , aritu kata pasni xnak baby lagi tup2 mengandung lagi " . Ada tu pulak cakap  mulut cam longkang x pernah cuci , main sedap cakap x fikir perasaan aku !!! 

Ada tu pulak tanya , " u x planning ker ? x makan pil ker ? " Macam2 soalan la !!! Rimas aku !!!  Aku memang plan xnak anak lagi buat masa terdekat nie , BETUL2 XNAK OKEY !!! & aku memang ada makan pil but aku xtau macamana leh pregnant lagi . Memula tu aku rasa kandungan nie satu beban yang berat . Berat sangat !!! Sekali lagi jawapannya kerana aku tidak bersedia lagi !!! Kengkawan tengok aku macam happy jer tapi korang xtau apa yg berkocak dalam ati aku ... Selalunya orang yg banyak gelak itulah orang yang paling sedih tapi terpaksa berpura2 gembira untuk menutupi kesedihannya kerana apa ??? Bukan ada yang peduli pun apsal ko sedih !!! 

Dua minggu lepas aku tau aku pregnant terus- terang aku cakap , aku xnak baby nie ! Aku nekad nak gugurkan . Dalam diam2 aku search kat google cara2 nak gugurkan baby baik cara tradisional maupun cara moden . Fikir punya fikir , jujur aku cakap ada setengah tu aku da buat  . Contoh macam makan nenas muda la , minum coke banyak2 la pastu tumbuk2 perut la & adalah lagi yang aku buat tapi macam xde tanda nak gugur jer . Aku cuba search cara pil pulak . Aku call & tanya ... untuk usia kandungan aku masa tu perlukan 34 biji & berharga RM350 . Peerrrggghhhhhhhhhh mahalnya !!! Then one day , aku bleeding & akibat dari bleeding tu la hati aku jadi takut . Aku pegi klinik buat check up then doktor sahkan aku pregnant & after two weeks doktor suh datang balik nak scan baby okey ker x ? 

Time tu aku diam kejap dalam bilik doktor then slow2 aku cakap ' kalau saya xnak baby nie boleh x coz saya x ready lagi . Banyak faktor yg menyebabkan saya x ready ' Doktor tu agak2 alim warak . Dia pandang muka aku then dia bagi kata2 semangat kepada aku antara katanya " sebelum awak mengandung mungkin saya boleh bagi cadangan tapi sekarang awak da mengandung . Apa yang bole saya cadangkan awak terimalah kandungan ini dengan hati yang redha & yakin la setiap anak yang dilahirkan itu pasti Allah iringkan dengan rezeki untuknya . Mungkin ada silap dari segi planning awak & suami tapi Allah x pernah silap dalam setiap aturan-NYA "  Aku dan2 tu jugak seolah2 terbangun dari bisikan jahat !!! Memang dalam Islam dalam situasi tertentu kita boleh gugurkan bayi yang masih di awal2 kandungan tapi atas alasan kukuh apa aku boleh gugurkan kandungan nie ???!!! Hanya kerana aku x bersedia ???!!! Itu alasan yang langsung x KUKUH dalam ISLAM !!!



Balik dari klinik aku masuk dalam toilet . Aku termenung lama then aku menangis semahu2nya . Aku bukak air kuat2 xmau bagi myluv hubby dengar . Aku menangis kerana aku menyesal dengan perbuatan bodoh & singkat aku . Aku pegang perut & bisikkan dalam hati ' ibu minta maaf kerana ada niat nak bunuh kamu tapi ibu da menyesal . Sekarang ibu redha dengan kehadiran kamu dalam rahim ibu . Ibu akan gagahkan diri untuk membawa kamu  sepertimana ibu gagahkan diri ibu untuk bawak kakak2 & abang kamu ' Dan ternyata sekarang aku terlalu menyayangi dia & aku sangat tidak sabar untuk melahirkannya , untuk aku menatap wajahnya . Aku ingin meminta maaf  padanya .... Tapi dalam masa yang sama aku takut jugak nak bersalin nie coz sakit bersalinkan Danial pun x ilang lagi . Semoga lahirmu kelak duhai permataku adalah kenangan paling indah dalam catatan hidup ibu sepertimana indahkan kelahiran kakak2 & abangmu . 





Sekian adanya luahkan hati aku . Tiada tujuan apa tapi sekadar ingin meluah apa yang terbuku dalam hati . Mohon jangan salahkan aku kerana aku hanya manusia biasa yang nyata tiada sempurna . Kepada kawan2 yang banyak bagi support & banyak bagi kata perangsang terima kasih banyak2 . Aku tau aku serba kekurangan x sesempurna kamu semua tapi aku bersyukur ternyata ALLAH amat menyayangi aku dan kerana izin Dia jugak la aku sedar akan kekhilafan aku  . Dia lebih tahu apa yang telah diaturkan untuk aku , sedangkan aku tidak tahu apa yang telah diaturkan untuk aku walaupun untuk hari esok . 

JANGAN SANGKA ORANG YG BANYAK GELAK & KETAWA ITU ORANG YANG SANGAT GEMBIRA TAPI RENUNGLAH KE DALAM MATANYA & KAMU AKU DAPAT MERASAI BAHAWA SEBENARNYA DIA SEDANG DALAM KESEDIHAN .  



- WASSALAM -