Monday, January 14, 2013

KeNaLi JeNis- jEniS sYAiTaN

Assalamualaikum ... (",)

Untuk update kali nie jom kita ambil tahu serba sedikit tentang jenis2 syaitan . Pelik x tetiba nak story the mory pasal syaitan pulak ??? scary kann ???  Xpe2 sekali sekala kita belajar ye ... hehehe ... Syaitan oh syaitan engkau dimana2 ... kahkahkah !!!Tapi berhati2 la dengan syaitan yang bertopengkan manusia .... warrggghhhhhhhhhhhhh !!! Mampos ko kena mamah dalam senyap coz diorang nie lagi bahaya , ntah2  syaitan pun takut dengan diorang !!! Eeeeeeeeeeeeee takut aku ... Minta jauh la dari berkawan dengan orang macam nie ....



Umar Al-Khattab r.a berkata , terdapat 9 jenis syaitan anak syaitan :-

1. Zalituun
 Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat . Menggoda manusia supaya berbelanja lebih & membeli barang2 yang tidak perlu . ( Alamak pada kaki shopping baik2 ye )

2. Wathiin
Pergi kepada mereka yang mendapat musibah supaya bersangka buruk kepada Allah .

3 . A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat . Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama .

4 . Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol . Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat . Sebagai contoh disco , kelab malam & tempat yang ada minuman keras . ( agak2 kat karaoke ada x  ? )

5 . Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah . Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan glamor . ( Ha ... nie memang da berleluasa sekarang nie  )

6 . Masuud
Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah , gosip , umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata2 mulut . ( pada yan suka bergosip memang da berderet kot syaitan jenis nie kat bibir kita ... warrgghhh ... jom kita berzikir halau syaitan nie !!! )

7 . Daasim ( BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH )
Duduk di pintu rumah kita . Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah , Syaitan jenis ini akan bertindak agar  berlaku keruntuhan rumahtangga .

8 . Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat  dan menjelaskan ibadat-ibadat kita yang lain .

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api / matahari .

ManFAat MaNdi sEBeLUm SuBUh

Sape sini selalu sebelum subuh dah bangun pastu mandi pastu solat ??? Sila angkat tangan & senyum semanis bidadari syurga !!!! hehehe ... Haaaa .... tengok tu tengok ramai yang senyum2 kan ??? Alhamdulilah ...(",) Mudah2an boleh jadi bidadari syurga okeyyyy ... Insya-Allah ...Amin ... Emmmm macamana dengan aku ek ? Rajin ker aku mandi sebelum subuh nie ??? Ala aku selalu bangun pagi solat pastu tido balik ... kehkehkeh !!! Kalau x kerana nak pegi keje pagi , xde maknanuya aku nak mandi subuh2 tu . Baru kena setitik air tu pun da rasa sejuk macam kat kutub utara  !!! TAPI menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita .So kalau kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan . 
 
Wah !!! banyak manfaat rupanya mandi sebelum subuh nie . Pasni boleh la aku amalkan , jadi xdela badan tu jadi lembek lemah je kan ??? Okey !!! Azam baru niat baru ...hehehe ... Actually dulu nenek aku selalu pesan kalau nak Allah sentiasa sayang kita & nak selalu murah rezeki , kita kena rajin berpagi2 . Maksudnya macam kalau pas solat tu jangan la kita tido balik . Kalau da tido balik tu for sure la tengahari baru bangun ... hahahaha ... Betulkan aku kalau aku silap tapi dulu nenek selalu cakap bagus bangun pagi nie coz time nie la Allah membahagi-bahagikan rezeki ... Emmmmm .... Berapa ramai diantara kita nie yang rajin berpagi2 ??? Nak2 yang kerja syift macam aku nie !!! Time tido pun x menentu . Bila malam orang tido , aku kerja ... Bila siang orang kerja , aku lak tido .... Jadi bila nak berpagi2 tu ???


 
Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
 
 
 
 
 
-WASSALAM-

Thursday, January 10, 2013

InDAhNya KejaDiAN aLaM


Jom kita cuci mata tengok gambar2 kejadian alam yang tersangatlah indah nie . Pernah x korang terfikir , dengan hanya melihat & menghayati kejadian alam nie boleh memberi ketenangan rohani kepada korang ??? Hurmmm ... macam x caye kan ??? Tapi  percayalah coz dari situ baru lah korang tau betapa sayangnya Allah kepada hamba2nya & secara perlahan2 akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri seseorang .  Macamana rasanya tu memang aku xleh nak gambarkan la tapi kan , kalau kadang aku tension dengan karenah dunia hidup sekarang nie aku akan belek2 gambar2 pemandangan yang indah ... 

Dalam hati terdetik cantiknya tempat nie pastu terasa macam aku berada dalam gambr tu . Tenang je rasa .... Aman damai serta- merta leh lupa seketika segala masalah yang datang . Dalam diam , nie macam terapi mendekatkan manusia kepada pencipta-Nya ..








 - hayatilah dengan mata hati -

K a W a N

aku tetap aku  ,
dan diri ini adalah aku ,
xkan jadi seperti yang lain ,
xkan sama seperti yang lain.

kau benci atau kau suka ,
tetap begini jua lah aku ,
aku x pernah peduli ,
pada yang x peduli tentang aku  ,
siapa engkau siapa aku ,
kita sama tahu ,
kita sama pasti tiada ragu .

kau x suka aku ,
mungkin juga kerana aku x suka kau  ,
tapi mungkin juga kita kawan . 
kau suka aku mungkin juga aku suka kau
tapi mungkin juga kita menjadi lawan .
kau benci aku tapi aku suka kau ,
mungkinkah kita berkawan ?
aku benci kau mungkin kau x benci aku ,
mungkinkah kita tidak akan berkawan ?

jangan kawan menjadi lawan ,
jangan lawan terus berlawan ,
kerna pasti tiada yang sudah ,
kerna pasti tiada yang indah ,


# P/s : Aku menulis apa yang terbuku di hati tercatat di minda. Pada yang faham pasti tahu apa yang ingin aku sampaikan . Kadang kala sesuatu terluah tanpa kita sedar . Kita insan yang terlahir sempurna dari kejadian tapi mungkin kita x sempurna dari sisi lainnya . Belajarlah menerima diri sendiri kerana jika masih tiada yang suka kita masih merasa bahagia .



DuHai ANak-anAKkU SaYAnG ...

Assalamualaikum ...(",)

Hallo2 semua !!! I'm back !!! Windunya kat blog nie .... muaaaahhhhhhhhhhhhh !!! Rindu giler nie ( sambil cium monitor pc ) eh2 ... xdela , acah2 jer !!! Xdenya aku gila macam tu sekali okeyyy !!! Adoiyai arini rasa penat sesangat badan . Sampai umah petang tadi pun , nasib la dapat tido kejap dalam sejam pastu kena cepat2 masak coz anak2 da start lapar da memasing maklum la myluv hubby nie rajin ikut mood . Kalau la ikutkan nafsu ngantuk & penat nie , memang membongkang la yang paling best .. hihihi ... Tapi kita nie ibu mithali so x sampai ati la pulak kan ??? Tambah2 bila tengok anak bongsu aku dak danial tu , alala .... lagi la x sampai ati . Aku pun bangun la gagahkan diri sambil mulut nie membebel2 bisingkan si kakak 2 orang tu ( yana & mia ) . Mana la ibu nie x bising , abis ruang tamu , ruang tengok tv dengan ruang makan penuh bersepah dengan mainan , tuala & segala macam sampah !!!! Geramnya rasa macam nak telan seorang demi seorang ... kahkahkah !!! Tapi anak aku yang sulung nie memang pandai , bila aku da start marah2 tu nie la ayat yang kuar dari mulut dia " xpe bu xpe ... ibu relax je nanti kakak tolong ibu kemas yeee ". Aku masa dengar tu rasa macam nak marah tapi x jadi tapi geramnya hati aku tuhan je la yang tahu !!!!



Dalam aku penat2 mengemas umah tu , aku rasa bertuah jugak la coz anak sulung aku nie kira boleh diharap . Tersenyum jugak la aku tengok si kakak nie gigih pungut segala mainan masukkan dalam bakul , pastu sidai tuala & punggah pinggan2 kotor atas meja makan letak kat singki .  So gedebak gedebuk aku mengemas sempat la aku masak tu pun lauk simple2 je .... Yang penting aku benda untuk dimakan !!!! Betul x ??? hahaha !!! Bila jam berdetik TING TING TING pukul 6 jer terus aku suh Yana & Mai mandi . Yana nie kalau disuruh apa2 memang senang walaupun dia nie manja sesangat maklum la anak sulung kan TAPI dak Mia nie kalau disuruh memang susah & lama baru nak dengar lagi2 kalau kat tangan dia ada tablet tab !!! Tambah pulak kalau time tu dia tengah main game... haisssshhhhhhhhhhhhh boleh meroyan aku dibuatnya !!! Suh mandi jer start la muncung dia tu ... Aku apa lagi ugut nak rotan je la baru la bergerak ke toilet ... huhuhu .... Dalam toilet kang bergaduh pulak dengan kakak , gaduh kadang menyakitkan telinga aku dengar . Kang berebut gayung la , berebut ubat gigi la , berebut sape dapat syampu rambut dulu la .... haissshhhhh macam2 hal !!! Kalau x bergaduh pulak , mula la memasing berangan macam princess  , berjam2 dalam toilet . Kang bila ditengok , rambut x syampu lagi tapi dalam bathtab mandi baby tu penuh la dengan2 buih2 sabun ... Hai .... nie la anak macam2 karenah tapi ibu tetap sayang kamu2 semua coz kamu2 semua buah hati pegarang jantung hati ibu ...



Lepas settlekan kakak2 kena lak uruskan bujang bucuk sorang nie pulak . Si bujang nie pulak baru pandai jalan so boleh tahan susah jugak la nak handle . Si bujang nie pun boleh tahan suka main air jugak macam kakak2 dia . Bila aku mandikan jer , mula la kaki tu nak masuk dalam besen ... x sabar2 nak main air !!! Pas da syampu badan , syampu rambut ... nah masuk la dalam besen !!! Nak sangat kan !!! Sementara tu aku akan siapkan susu coz Danial nie biasanya pas mandi mesti nak susu  & yang kelakarnya Danial akan keluar sendiri dari besen kalau dia da puas main air ... huhuhu ... Ala besen tu pun x besar mana , air pun x banyak mana coz aku pun tahu bahaya biarkan budak kecik mcm danial nie sensorang kat toilet . Lagipun toilet tu dekat dapur , kira pintu terbuka so aku leh nampak la dia main apa dalam toilet tu ... Merangkak2 la dia kat aku dengan telanjang bulat x bertuala ...hehehe ...Manja anak bujang bucuk sorang nie . Cikit2 nangis ... cikit2 nangis ... GERAM SANGAT !!!! Gigit pipi tembab tu kang baru tau ....

Sebenarnya sepenat mana pun seseorang ibu tu , dia xkan sesekali mengabaikan tanggungjawapnya sebagai ibu . Naluri keibuan xkan membiarkan seorang ibu megabaikan anak2nya tambah2 kalau anak2 tu berada di depan mata & anak2 tu kecik2 lagi !!!  Biarkan penat macamana sekali pun , senyuman & kemanjaan anak2 akan menghilangkan segala-galanya . Macam aku , aku akui aku memang garang dengan anak2 tapi xde la garang sampai diorang takut dengan aku tapi at least kalau aku suruh pape tu kira senang la diorang nak ikut . Berlainan pulak dengan myluv hubby , dia memang lembut dengan anak2 . That why kalau tiba turn myluv hubby jaga anak2 , umah jadi huru-hara macam tongkang pecah !!! Tapi bagi aku balance la tu , sorang garang sorang lembut so xde la berat sebelah . Penat membesarkan anak2 xkan ada kesudahannya selagi kita sedar akan tanggungjawap itu & kita xkan berasa penat sekiranya kita merasa kebahagiaan dalam membesarkan mereka . Semoga anak2 ibu membesar dalam kasih sayang yang melimpah ruah dari ibu & ayah , lebih2 lagi dengan kasih sayang Allah S.W.T. Semoga juga anak2 ibu nanti besarnya menjadi anak2 yang soleh & soleha ... AMIN .....



- WASSALAM -




Saturday, January 5, 2013

NeW ... nEW ... neW yEAr 2013

Assalamualaikum ... (",)



   Rasa macam lum terlambat lagi kan kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru  ... Maklum la blog nie da naik bersawang da , lama bebeno x jenguk ... hihihi ... Maklum la sejak kebelakangan nie busy sesangat la walaupun tu semua PROPA !!!! kehkehkeh !!! Ntah la aritu memang excited nak update memacam tapi spoil mood jerk coz gambar xleh nak diupload !!!  Geram sesangat ... Sebenarnya aritu da boleh upload gambar jap pastu xleh balik ... Tension la pulak ... Ok stop merungut pasal gambar2 yang xleh diupload tu , now kita move forward to the next story ... hahahaha ... ohhhh my english !!!! Spikong la sangat !!! First sebelum aku merepek meraban dengan segala story the mory , aku doakan semoga perjalanan kehidupan u alls bagi  sepanjang tahun 2013 nie berjalan dengan baik adanya . Kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan .. amin .... Ikrar aku tahun nie nak jadi muslimah yang lebih baik dari tahun yang sudah . Paling penting aku da xnak amik tahu pasal orang yang suka amik tahu hal aku !!! No more gosip2 ! kepoh2 ! kecoh2 ! gelak2 !



  Aritu tu malam countdown u alls sambut katner ??? Mesti memasing celebrate kan ??? Hurmmmm untung la korang , aku nie xde maknanya nak menyambut malam tahun baru coz da masa tu baru balik  keje petang then sampai umah pun da pukul bape da ... Sudahnya tengok tv je la kat umah sambil makan megi dengan myluv hubby ... huhuhu .. pastu buat apa lak ??? Emmmm... paham2 sendiri la , xkan nak inform kat cini kot kang kata aku melucah lak . Sebenarnya teringin la gak nak pegi Putrajaya ke mana ke janji leh tengok bunga api tapi tu la anak2 kecik lagi pastu time2 macam nie mesti susah nak cari parking jadi membongkang kat umah lagi baik , x stress !!! Tapi jeles !!! boleh gitu ???Ala ... tapi aku jeles la sebenarnya !!!!! huhuhu ...


  Permulaan tahun baru aku x berapa baik coz 1st januari tu da la aku keje pagi . Ingat semuanya ok2 je la kat umah rupa2nya aritu myluv hubby x sihat . Sepanjang aku keje pagi tu memang myluv hubby cuba kuatkan semangat la untuk jaga anak2 walaupun da muntah2 sakit perut . Yang aku nie pulak kalau balik umah pastu tengok umah macam kapal karam  mula la aku membebel2 . Maklum la kita da la penat baru balik keje pastu ingat balik umah boleh la rehat2 . Tambah sakit hati plus sakit mata bila kita tengah sibuk kemas2 umah , si dia lak elok duk melepek je kat sofa . Lagi tambah hot la aku !!! Then anak sulung aku la bagitau yang myluv hubby sakit perut dari pagi muntah2 . Wahhhhh anak kesayangan back up ayah dia la !!! Agaknya dia pun penat dengar aku membebel kot ... hahahaha .... So bila da anak sound aku tu , aku slow la membebel tu maklum la kita baru balik keje mana tau apa , myluv hubby pun xde gitau apa2 ...

  Petang tu dalam pukul 5 lebih kot , tetiba myluv hubby muntah2 balik ... Teruk jugak la aku dengar myluv hubby muntah . Kesian myluv hubby , risau la pulak tengok keadaan dia so petang tu aku bawa la dia pegi klinik . Dalam masa yang sama aku duk pikir macamana nak keje malam nie ??? Sape pulak nak jaga bebudak bertiga nie kalau aku pegi keje ??? Aduh 1st januari xkan aku nak amik EVL kot ??? Emmmm xpe2 cool , kita tunggu apa doktor cakap then baru decide amik EVL ke tidak . Menurut kata doktor maybe myluv hubby ada tersalah makan that why dia muntah2 & sakit perut . Then aku tanya la doktor , dalam condition myluv hubby yang x bermaya tu boleh x dia jaga anak2 malam nie aku aku kena pegi keje ??? Doktor kalau boleh nak myluv hubby rehat la tapi kalau da aku kena keje terpaksa la dia jaga gak anak2 . That mean ??? Aku kena amik EVL !!! Ohhhhh no!!! Sepanjang perjalanan nak balik ke rumah tu kepala otak aku berpusing2 nak buat keputusan samada nak keje ke amik EVL . 


  Balik dari klinik sampai umah da dekat2 pukul 7 ptg . Aku mandikan anak2 pastu siap2 masak air panas then terus bagi anak2 makan coz aku da decide nak keje je malam tu !!! Kejam x ??? Bukan aku x kesian myluv hubby sakit tapi dalam masa yang sama aku kena utamakan kerjaya jugak . Memang berat la ati masa tu nak pegi keje tapi da terpaksa . Aku pesan kat anak2 aku suh tido awal coz ayah x sihat , jangan nakal2 ... Paham ke budak2 tu dengan pesanan aku ???? hahahaha !!! Aku cakap kat myluv hubby kalau rasa x xleh handle , call aku nanti aku balik la ... So malam tu aku keje dengan hati yang risau tapi aku still kuatkan semangat . Pagi esoknya aku minta balik awal coz anak sulung aku da start sekolah tadika . Da la myluv hubby x sihat , baju sekolah anak x gosok lagi . Maklum la baju uniform baru semalam petang dapat ... Ingat pas dapat tu nak la basuh pastu gosok tapi x sempat coz kan hantar myluv hubby pegi klinik . Minta balik pukul 6.45 pg tapi pukul 7 pg baru dapat kuar . Dari kaunter nak pegi ke parking je da makan masa 10 minit pastu dari terminal ke rumah dalam masa 25 minit jadi agak2 pukul bape aku sampai umah ??? Itu pun aku bawak kete leh tahan laju la time tu ... hehehe ...  Sekolah start pukul 7.30pg !!! Sempat ke aku nak siapkan anak aku ??? Jawapannya x sempat !!! 1st day sekolah anak aku masuk lambat , nasib baik aku da inform awal ustazah dia ... 

  Ok cukup untuk upate kali nie .... Tunggu the next update !!! 

- WASSALAM -