Saturday, May 25, 2013

DoA BuaT SaHAbaT

Assalamualaikum ... (",)

Selamat pagi & salam 1 malaysia semua ... Amacam u all semua ada sihat ???  Aku sejak dua menjak nie fizikal jer nampak sihat tapi yang sebenarnya dalam hati tuhan jer la yang tahu . So that why la mood nak update blog pun x mari ...hihihi ... Betul la kan kata orang , hidup kita nie ibarat roda sekejap di atas sekejap di bawah . Bila kita berada diatas terasa semuanya indah belaka hingga kita lupa untuk mempersiapkan diri jikalau tiba2 kita jatuh ke bawah . Aku tidak bercerita pasal orang lain tapi aku bercerita tentang diri aku tapi xde la sampai aku buka pekung di dada kan . Walauapapun aku redha dengan dugaan nie kerana sebahagian dari dugaan ini datangnya kerana salah aku sendiri . Apa yang aku pohon biar la beribu dugaan yang datang menimpa , moga2 Allah bekalkan sekali aku hati & jiwa yang tenang , sabar , tabah , tawakal & taqwa dalam menghadapinya . Sekadar secebis luahan rasa jer ... eceh ... 


Alhamdulillah anak bucuk Danial da kembali sihat . Betul2 lega !!! Tapi sehari lepas tu aku pulak yang demam .Bukan setakat demam jer tapi sekali dengan sakit tekak . Nak bercakap pun susah coz xde suara yang keluar .... kehkehkeh !!! Bila bercakap pun pax x paham last2 kena tulis kat kertas la baru orang paham apa yang nak kita sampaikan .  Dah la aku nie keje  menggunakan suara . They all semua cakap nape x mc jer ??? Aku kengkonon tahun nie nak jadi pekerja cemerlang , gemilang & terbilang ...huwakakakaka !!! That why la sampai da xde suara pun keje lagi kan ... huhuhuu ... Cemerlang la sangattttt !!!! ( mata ke atas , tangan di bahu ) 



Tetiba terfikir sejenak ... Kalau la Allah tarik balik nikmat bersuara nie macamana kan ??? Hurrrmmmm .... Membuatkan aku insaf kerana kadang kala tanpa kita sedar bila kita bersuara jer  kita lebih banyak bercakap sesuatu yang sia2 . Xpayah nak tipu la korang semua lebih2 lagi perempuan . Betul x ??? Pasni nak kurangkan bergosip okeh !!! 

Baru2 nie aku sempat melawat seorang rakan sekerja yang sakit barah usus . Kalau x silap , dia da sakit dari remaja lagi tapi lately nie la kesihatannya semakin teruk . Kengkonon plan nak pergi 1syift la reramai tapi last minute memasing x dapat coz ada hal . Aku pulak memang nak sangat melawat  Kak Aya coz aku belum pernah tengok lagi keadaan dia , just dengar citer dari kengkawan yang da pergi & tengok gambar kat fesbuk jer  . Tapi at last dapat jugak aku berkumpul 5 orang untuk pergi ke NCI Hospital . Aku , Kak Tini , Kak Zue , Jibah & Izzatul . Alhamdulillah ... Kami gerak dari KLIA dalam pukul 8 lebih coz memasing baru balik keje malam kan ,  then sampai hospital setengah jam pastu . Kami memasing da ingatkan diri memasing supaya tidak menangis bila masuk wad nanti coz kami nak bagi kekuatan kepada Kak Aya dalam melawan penyakitnya . 

Masa kami sampai tu , nurse tengah bagi Kak Aya ubat so kami kena la menunggu sekejap . Aku menunggu dengan hati yang berdebar2 coz aku nie memang senang menangis so aku mesti cari kekuatan untuk tidak menangis !!! Lepas dalam 5 minit , nurse benarkan kami masuk & bila aku terpandang jer Kak Aya hati aku terasa sayu , sedih , simpati & rasa x sanggup nak tengok keadaan dia . Kami x banyak berborak coz kami just nak melawat tapi xnak mengganggu Kak Aya untuk berehat . Kak Aya nampak pucat , letih & seakan susah nak bernafas . Ya Allah , Kau berilah kekuatan kepada Kak Aya & Kau kembalikanlah kesihatannya . Kami x lama dalam wad tu , cukup la 15 minit kami kat dalam tu . Sebelum keluar , aku sempat salam cium tangannya & aku kucup dahinya , aku bisikkan kata2 semangat agar Kak Aya kuat dalam melawan penyakitnya . Terus aku keluar , aku x sanggup melihatnya lebih lama kerana air mata ini x tertanggung lagi  . Then bila tengok Kak Tini keluar  dari wad dengan linangan air mata , x semena2 air mata yang aku tahan2 jatuh jua . Begitu jua Kak zue , air mata yang ditahan2 gugur jua .

DOA BUATMU KAK SITI NORHAYATI

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami wahai Tuhan kami penawar kepada penawarMu, dan kesembuhan daripada kesembuhanMu, juga keberkatan daripada keberkatanMu, juga rahmat daripada rahmatMu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit juga mereka yang lemah, dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMu, ya arhamar rahimin.


No comments:

Post a Comment