Monday, March 14, 2011

Jepun ... Malaysia datang menbantu (",)

Pasukan SMART sedia membantu mangsa Tsunami Di JEPUN

PEKAN: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) termasuk lapan anjing pengesan dihantar bagi membantu operasi mengesan dan mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara Matahari Terbit itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seramai 15 anggota SMART serta beberapa doktor dan pembantu perubatan menyertai pasukan itu bersiap sedia untuk berlepas dengan menaiki dua pesawat Charlie C130.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menunggu kebenaran untuk mendarat di negara berkenaan yang mempunyai kaitan dengan kejadian letupan loji nuklear semalam.

“Ini sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, dekat sini, semalam.

Mengenai keadaan rakyat Malaysia di negara itu, Perdana Menteri berkata, laporan Wisma Putra yang diterimanya menunjukkan semua rakyat termasuk pelajar Malaysia terselamat daripada bencana berkenaan.

Ditanya jika kerajaan akan membawa pulang rakyat negara ini berikutan kebimbangan kebocoran reaktor nuklear, Najib berkata, ia bergantung kepada maklumat dan nasihat Kerajaan Jepun.
Sementara itu, Najib juga berkata, kerajaan akan memantau kesan bencana itu terutama dari segi kenaikan harga barangan, khususnya barangan import.

Katanya, ia dilakukan menerusi skim subsidi yang membolehkan harga barangan yang dijual paling rendah di rantau ini, menambah bekalan barangan, memantau peniaga dan menggalakkan persaingan yang kompetitif di kalangan industri yang dilihat mampu mengurangkan harga barangan.

“Kita tidak mahu inflasi terlalu tinggi, kalau dalam keadaan dua peratus atau dua setengah peratus itu boleh bertahan lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, berkata kebenaran Kerajaan Jepun itu penting kerana mereka tidak mahu dianggap tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini ke atas anggota SMART.

Beliau berkata, pasukan 47 anggota membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan selain lapan anjing K9 itu bersiap sedia untuk berlepas pada bila-bila masa.

Katanya lagi, pasukan ATM dan Bomba akan menjalankan kerja mencari dan menyelamat sebelum 15 anggota SMART mengeluarkan mangsa yang dikesan, manakala tujuh pegawai perubatan akan merawat mangsa .

sumber dari berita harian

Gempa Bumi & Tsunami di JEPUN

Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan

Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Info gempa bumi & tsunami :-
* Berlaku pada hari jumaat 11 mac 2011 jam 2.46 petang .
*Berlaku 2 hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakkan bulan yg boleh menyebabkan bencana alam di bumi .
*: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu .

*Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
*Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.
*Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.
*Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
*Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.
*Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik .

Tuesday, March 8, 2011

Tip CINTA suami isteri (",)

Mari kita hangatkan CINTA .....

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut

Wednesday, March 2, 2011

Pengalaman ngeri !!!

Semalam keje petang okey jelah xde best mana pun ... huhuhu lagipun tengah mood x berapa nak best kan ???? Yg kelakar petang tu aku rehat aku pegi lah beli air kegemaran aku iaitu neslo ais tiba2 lak aku leh terorder sekali mihun sup ..... Macamane tu ???? Mihun tu sebenarnya Is yg suh tengokkan ada ke tidak ...pastu aku tanya & terus order ... kahkahkah . Sengal2 .... Pastu makan la kat dalam bilik PABX pasal kt situ meriah ckit ada kawan2 so nak makan pun xdela boring . Tengah aku makan2 kak badar tanya " za , ko ada order mee kari dgn tauhu kan ?'' Aku macam terpinga2 sekejap pastu barulah aku ingat .... memang aku ada order ..... so nak buat macamane ???? Bayar jelah walaupun hakikatnya aku dah kenyang giler .... huhuhuhu . Sudahnya tauhu tu aku bagi kat Is .... hehehe

Balik keje malam tu myhubby aku lak ajak jalan2 ke giant Nilai ... aku on jelah pasal malas nak bersoal jawap ... Sampai Giant dalam pukul 9.40 mlm kot ... Ingat masuk tu xnak beli pape tapi last2 terbeli gak tapi buah jelah . Kitorang kuar dari Giant dalam pkl 10.30 mlm pastu aku tanya la kat myhubby , dia lapar @ tidak .... Myhubby diam jek tapi dia pusing2 lak cari tmpat makan . Punya la banyak tempat makan kat Nilai tu satu pun dia x kenan pastu diajaknya pulak makan kat cempaka ... Aku x cakap banyak cuma hhhmmmmmmmmmmmmm kan je la . Dah sampai kat cempaka cuma kedai mamak je buka & myhubby x suka makan kat restoran mamak , same as aku la .... Last2 kitorang give up tambah pulak anak2 dah nak tidur ..... Tengah on the way nak balik tu aku ternampak ada satu restoran nie .... memang nampak best jelah dari jauh then aku ajak myhubby singgah .

Masuk2 je dalam kedai myhubby yg order dulu . Myhubby order sup perut dgn nasi putih air oren jus . Bila time dia tanya aku aku dah blur so aku tanyalah kot2 kedai nie ada menu ???? salah ke aku tanya ????? aku rasa x salah pasal aku nak tahu menu apa yg ada .... Tiba2 lak pelayan kedai tu wat muka masa amik buku menu dia ... Muka xde senyum langsung masam je dah macam apa pun x dapat aku nak bayangkan ... Korang bayangkanlah sendiri yek ... hahaha . Aku order sotong tepung & udang tepung campur , mee sup dgn carrot juice .... Air macam biasa la sampai cepat tapi aku punya order nie adalah dekat setengah jam baru sampai , myhubby punya sup pun sampai da habis nasi putih x sampai2 .... Aku punya hangin masa tu tuhan je lah yg tahu , dah la anak aku mia nie dah start meragam je pasal dah mengantuk ..... nak kate orang ramai time tu xdela ramai mane pun . Bila sampai jek order aku .... lain yg aku order lain yg aku dapat tapi aku sabar jek lagi pasal malas nak tekak2 kang lain lak yg jadi .

Aku makan la cepat2 pasal mia duk menangis jek , tu pun makan x abis ..... x sedap langsung ..... BUWWWWWWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKSSSSSSS ..... Pas makan aku panggila la pelayan tu aku nak kira . Kali pertama aku panggil dia angguk , kali kedua aku panggil dia duk menyerigai senyum2 subing lak kat meja mamat yg makan depan aku ... Aku diam jek tahan marah .... Kali ketiga aku panggil lak pelayan yg lagi sorang . Kali nie nada aku da lain ...." DIK , SAYA NAK BAYAR NIEEEEE !!!" Budak tu pun datang tanya " order apa yek ???" Oleh kerana aku da marah aku diam jek suh dia tengok sendiri .... Terus budak tu cakap " rm18 ..." Aku bagi la duit .... Nie lagi satu tambah aku punya marah , korang tau pasal apa ??? Pasal aku bagi duit masa nak bayar kat orang lain & masa pulangkan balance orang lain pulak yg datang ...... Aku dah ilang sabar aku terus tanya " mana staff yg amik duit saya tadi ??? dia jawap " ada kat belakang " aku kata " awak suh dia yg pulangkan balance duit saya " .... Staff tu dah agak malu2 terus panggil kawan dia tu pulangkan balance aku .... Sebelum aku blah .... aku cakap " terima kasih di atas perkhidmatan yg sungguh memuaskan " .... ( masa nie myhubby dah dlm kete pasal mia & yana dh ngantuk )

Sepanjang pengalaman aku makan kat luar la ... ni lah pengalaman yg paling teruk aka worstttttt ... Aku x kisah kalau kedai makan tu x cantik ke , makanan x berapa nk sedap ke .... tapi staff tu jangan la layan aku nie macam aku nie makan free . Restoran tu dah memang cantik ... tapi sayang staffnya hampeh .... lebih gemar layan pelanggan2 yg jantan . Aku rasa nie la the first & the last time aku makan kat restoran nie .... Xkan aku cadangkan pada orang la kalau macam nie puny service .... Dah le service macam hampeh pastu masakn pun outtttt ...

Tesco ??? Erl ???

Semalam adalah hari yg paling x best dalam hidup aku bulan nie ... Dari pagi membawa ke malam ada jek yg x kena . Dah le pagi tu aku fail bangun pagi , sudahnya 2 bakul baju x berbasuh . Kalau nak basuh pun takut x sempat pasal nak kena hantar adik ipar aku ke ERL Nilai pastu aku lak keje petang ... huhuhu ... tension2 .... korang bayangkan la aku bangun pkl 9.30 pg pastu myhubby lak ajak aku hantar adik dia ... Bukan aku xnak tapi keje rumah x siap , anak2 lak x mandi lagi ... Aku nie lak jenis xleh nak tinggal rumah kalau rumah tengah bersepak .... Tapi tulah , aku malas nak gaduh2 dgn myhubby so aku ikut jela lagipun aku penat giler .....

Kitorang kuar rumah dalam pkl 11 pg & myhubby lak ajak pegi jalan2 ke Tesco yg baru jek buka di Nilai . Aku ikut jela pasal malas nk bergaduh2 ... penattttttttttttttt ... Sampai tesco adalah pusing2 tengok2 harga barang ... Dari mula dah cakap kita jalan2 jek tapi sudahnya lebur jugalah duit aku beli barang dapur cikit .... hehehe ... Bak kata myhubby .... pompuan punya cakap xleh caye ... hahaha . Barang2 basah kat tesco boleh tahan murah la , mungkin pasal masih baru buka kot . Pastu kitorang pegi makan lak kat tesco punya food court . Punya la ramai orang xleh nak cakap la ... semua kedai kat food court tu penuh .... Aku , myhubby & adik ipar last2 malas nak fikir2 terus que kat kedai nasi ayam . Actually aku yg pegi order pasal myhubby kena jaga anak2 dia , lagipun dia x pandai nk order ( malas nk beratur sebenarnya ) . Aku order semua nasi ayam tapi lain2 rasa la senang citer ...

Pas order makan , aku pegi la pulak order air ... Que pun panjang gak .... huhuhu . Tapi yg paling aku sakit hati ada sorang budak lelaki tu dia beratur belakang aku , boleh pulak dia minta kawan dia yg buat air tu buatkan order dia dulu .... EH HELLO AKU TAU LA TU KAWAN KAU TAPI IKUTKAN PERATURAN CIKIT !!!!! Tu dah satu hal pastu budak yg buat ABC tu pun satu hal lembap .... buat order terhegeh2 control cun ... sabar jelah aku nie menahan marah . Masa tunggu air , aku nampak adik ipar aku pegi ke bahagian sudu pasal nak amik sudu la kan , xkan g mancing lak .... Leh pulak sudu satu haram pun xde , yg ada pisau kecik2 tu nak watpe ???? Aku panggil staff yg jaga kat situ ... aku cakap " dik , sudu xde ker .... xkan saya & family saya nak makan nasi ayam guna kayu sepit dgn pisau ????" Korang tau dia jawap apa ???? Staff tu jawap " ohhhhh ..... xde sudu ker ???? xpe nanti saya panggil orang topup ye " . Tunggu sudu datang jek dah 10 minit .... Nasib baik la mood aku yg x baik nie diselamatkan oleh nasi ayam yg sedap , kalau tidak mau aku muncung jek .... hehehehe . Masalah sudu tu sebenarnya leh setel kalau staff kat situ collect pinggan2 yg orang dah makan ... ni tidak ... semuanya pakat tersadai jek atas meja xde orang collect ....

Pas makan terus bla dari tesco menuju ke ERL Nilai .... Balik sampai rumah dalam pukul 1.00 ptg kot . Lepak2 jap pastu terus siap2 pegi keje .... Dah la badan letih pasal baru jek wat majlis besday tu tapi nak buat macamane kan ... dah namanya pun keje so nak xnak kenalah buat .... huhuhu