Sunday, January 10, 2010

helah kawin lain yang kantoi

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

coretan hari ini ...

aduhai la mata time nie pulak baru nak ngantuk , tadi time rehat takleh tido lak . cam hampeh je .... adalah 1 jam lebih aku dok terpusing sana terpusing sini nak lelapkan mata tapi takleh gak . harap-haraplah pax tak ramai pagi nie . tau-tau jelah pax kat lcct nie , macam-macam karenah ...huhuhuhu.... dah le hari nie 1 hari aku dok kat airport nie , maklum le keje pagi sambung ke malam . airportku rumahku ... hahaha .....

untuk hari nie takde apa yang menarik berlaku dalam hidup aku , semuanya sama jek macam semalam dan kelmarin cuma bezanyer semalam dan kelmarin aku tido kat umah . hmmm... bosannyer pagi nie , napelah lambat sangat jam nie kul 8 , tak sabar nak balik umah . maklum le 1 hari tak jumpe anak dan hubby , tadi pun call kejap je . ntah apa yang anak aku buat 1 hari nie dalam jagaan hubby aku .

hari nie aku transit kat airport dengan lili , biasalah coz lili umah dia jauh nun di damansara nu . aku nie umah dekat je tapi transit coz malas nak balik . kalau balik pun brape jam jek kat umah , baik aku lepak je kat airport . dapat le aku tido dalam 2 jam setengah pastu dalam kul 6.45 ptg bangun jap solat asar then sambung tido balik . setengah jam kendian bangun balik solat magrib pastu mandi . pas mandi pergi makan jap dengan lili kat food garden . aku makan soto lili makan bubur nasi , kira sedap jugalah soto dia . pas makan terus masuk kaunter , mulalah keje balik sampai sok pagi kul 8 pg .


sekian majulah airport untuk semua ...kahakahkah ..........................

Friday, January 8, 2010

HARI YANG MEMENATKAN!

penatnyer keje ptg nie walaupun orang tak berapa nak ramai .
mungkin pagi tadi aku banyak wat keje kat umah kot . maybe ....
rasa macam lamanyer nak balik umah , bukannyer apa ... rindu kat anak dara aku yang sorang tu ... diam tak diam dah masuk 2 tahun umur dia .
bahagia tengok dia membesar sihat depan mata aku .
keletah dia jangan cakap la , penat melayan .
tapi itulah aku anak kesayangan aku .
macamane marah sekali pun aku kat dia , time tido mesti dia cari aku ... huhuhu...
kadang-kadang hubby aku pun jeles .
mana taknyer dah lah manja dengan hubby aku tapi ada time aku juga yang dicarinyer . hmmmmm ... nampaknyer tu jelah untuk hari ini ...

wassalam ....

Saturday, January 2, 2010

sepi by yuni shara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam


* inilah yang kurasakan semalam , hari ini dan mungkin selamanya kerana tiada yang mungkin tahu apa yang kurasa . biarlah segalanya menjadi rahsia dan rasa dihati aku asalkan aku bisa membahagiakan mereka semua . biarlah hati ini parah sendiri , biarlah jiwa ini luka pedih sendiri kerana aku telah terbiasa dilukai dan disakiti . duhai hati , sabarlah .........