Sunday, December 27, 2009

Kejadian sejadah berdiri dengan sendirinya telah mengemparkan seluruh negara. Sejadah itu berdiri seolah-olah sedang menunaikan solat. Ada siap dengan berjemaah sekali. Beberapa insiden ini telah dilaporkan berlaku dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.Berita terbaru kali ini berlaku di Melaka dikatakan sejadah bukan sahaja pandai berdiri malah dah pandai mengambil air sembahyang pulak (gambar). Insiden berlaku ketika waktu asar di sebuah surau apabila seorang kanak2 yang bermain berhampiran surau hendak membasuh kakinya terkejut melihat sehelai sejadah seperti sedang mengambil wudhu.Selepas terlihat sejadah itu, kanak2 tersebut terus berlari ke rumah dan menerangkan kejadian yang dilihatnya kepada ibunya. Apa lagi si Ibu pun lantas membuat kecoh dan mengajak beberapa jiran2nya terus ke surau tersebut untuk menyaksikan sejadah mengambil air sembahyang pula kali ini.

Alangkah terkejutnya mereka dan seperti tidak percaya apa yang lihatnya memang benar2 berlaku sejadah tersebut berada dalam salah satu kolah kecil di surau tersebut seolah-olah seperti sedang mengambil air sembahyang.Setelah suasana menjadi riuh rendah, tiba-tiba muncul bilal keluar dari dalam tandas surau dalam keadaan terpinga2 dan menanyakan kepada mereka apa yang sedang berlaku. Setelah mendengar penjelasan dari ibu kanak2 tadi, bilal tersebut lantas menerangkan hal sebenarnya seraya tersenyum menyatakan bahawa beliau yang meletakan sejadah tersebut disitu kerana hendak membasuhnya setelah terkena taik cicak.KUANG KUANG KUANG....................

Saturday, December 26, 2009

luahan hati ini

petang nie aku tak tau le kenapa aku tiba-tiba bad mood ... adakah kerana aku memikirkan terlalu banyak masalah . memang tengah banyak masalah pun ... actually hari nie aku keje pagi sampai pukul 3 ptg , pastu sambung keje malam pukul 9 mlm . selalunyer aku transit jek kat airport coz malas nk balik umah . tapi hari nie hubby ajak balik coz dia nak anta adik dia balik nilai . aku nie malas nak cakap banyak jadi ikut jelah . lagipun anak aku ada kat umah , adik ipar aku tolong jaga .
hubby aku anta adik dia dalam pkl 4.30 ptg so dapat le aku tido jap , tu pun pas siap kemas-kemas umah . tido time-time ujan ni memang syok . sedar je dah pukul 6.30 ptg , tu pun bila hubby aku sampai umah ... huhuhu ... bangun terus mandikan anak dara aku yang sorang nie coz jap lagi aku lak nak siap pergi keje . yang aku geram sangat kat hubby aku nie , dia cakap kat aku pkl 7.30 ptg mesti dah kuar umah tapi bila aku suh dia siap-siap dia buat dek jek .. then bila jam dah pkl 7.15 ptg , sibuk pulak nak suh aku gosok seluar keje dia . angin betul aku .. aku malas nak layan last-last dia gosok sendiri .
dah le kuar umah lambat , sibuk pulak nak berhenti kat petronas cari jajan (snek ) untuk anak . hai .. tambah geram la aku tapi aku sabo jek lagi . lagipun malas nak cakap banyak takut gaduh pulak . dari umah pengasuh sampai le ke klia , aku senyap je malas nak bercakap coz aku nie kalau dah bersuara kang lain jadinyer . pas anta anak kat pengasuh , aku sampai klia dalam pkl 8.15 mlm . memang dah sah-sah aku lambat coz bas ke lcct dah gerak pun .... sabar jelah hati .
akhirnyer aku naik bas ke lcct pkl 8.40 mlm dan tiba di lcct pkl 9.03 mlm . tension-tension .... oh tuhan , tolong le hati hambaMU yang tengah marah nie.

sesuai tak kawan-kawan ....


aksi ini sesuai untuk kawan-kawan aku yang keje kat operator klia ...huhuhu...
coz aku tau betapa tensionnyer keje kat operator tu . mane taknyer dah le yg keje kat situ cuma 2 orang pastu call datang bertalu-talu , nak-nak time peak hour . mau giler time tu , nak makan pun tak sempat ...kehkehkeh ... sabo jelah cik bedah oiii ... dah namenyer pun kerja .
cuba bayangkan kalau korang tgh keje pakai benda nie ... huhuhuhu .... bak kata dalam cerita P.Ramlee .... mukak ada senyum . tapi tgk le muka diorang yang sebenarnyer , muka naik antu layan kerenah caller-caller yang bengong tanya soalan yang kadang-kadang tak masuk akal . soalan yang sama tapi tanya dua tiga kali , manelah tak angin ... tapi inilah hakikat keje sebagai pembantu penerangan .
walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan situasi , kitorang tetap hadapinyer dengan sabar dan tenang .. we all profesional ok ... and aku suka keje nie ;-p

Friday, December 25, 2009

ho...ho...ho... merry x-mas ;-p

selamat menyambut hari natal kepada yg beragama kristian . sambutlah secara sederhana ok ... TAPI kepada yg beragama islam haram menyambutnyer walaupun suka-suka .... huhuhu ...

Thursday, December 24, 2009

Hari yang penat ....

hari nie pepagi dah bangun pasal nak pergi check up kat hospital putrajaya . pastu petang kena ot lak . harap-harap la aku larat . ramai gak orang yg wat check up ari nie . siap check up pukul 12.30 so aku cakap kat hubby hantar terus ke airport coz aku malas nak balik rumah ... sebelum tu kena pergi makan dulu . maklum le dah time isi perut ...huhuhu ...

sampai airport dalam pukul 1.15 tghari . tido jap sementara tunggu pukul 3 ptg . kerja ari ni dengan lili dan kak ain . ok la tu ... pas habis briefing terus masuk kaunter . hari nie tak ramai orang tapi still orang yg bertanya ni banyak yang menyakitkan hati dan jiwa aku . lama-lama boleh jadi sewel takpun boleh jadi tak betul . mintak jauh la selisih malaikat 44 . maklum le aku nie mengandung .

tadi aku pergi check up bulanan orang mengandung . alhamdullillah kandungan aku ok , sekarang nie dah berusia 31 minggu . doktor scan coz aku nak tahu baby apa and again baby girl...... melepas hasrat aku nak baby boy .... huhuhu . tapi takpelah yng penting baby tu nanti sihat sempurna dan comel macam kakak dia . hubby aku pun tak kisah coz niekan anak dia . lelaki ke perempuan ke yang penting inilah dia tanda kasih sayang antara kami berdua . hmmmm ............... agak-agak nak letak nama apa ek ???? nanti la pikir coz sekarang ni pikiran tengah kat tempat kerja .

ok lah setakat nie saje aku berceloteh sok sambung lagi .... insya-Allah . actually aku tak tau dah nak tulis apa , maklum le tengah kerja kan .....




Wednesday, December 23, 2009

pagi nan indah ..... :p

selamat pagi wahai alam semesta ...
alangkah bestnyer kalau kat umah leh tido puas-puas
huhuhu .....
tapi apalah nasibku ...aku masih lagi di tempat kerja
pukul 8 pagi barulah aku boleh balik ke rumah ...
dah le ngantuk ... rindu kat anak pulak


duhai puteriku yg comel ...
tunggulah ibu balik ok ...

Tuesday, December 22, 2009

Dimulakan dengan bismillah ....

*Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
*Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
*Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
*Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
*Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
*Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
*Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
*Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
*Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
*Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
*Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ........