Thursday, October 3, 2013

PenJagAaN DiRi sEpaNjanG kEhaMiLaN

 
 
Ibu2 mengandung perlu penjagaan rapi semasa mengandung terutama di awal2 kehamilan . So korang macamana ???  
 
 
 Rehat dan tidurlah dengan cukup
~anda mungkin mudah letih
~dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
~minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah
 
Pakai pakaian yang longgar dan selesa 
~pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang semakin membesar
~Pakai kasut yang bertumit rendah untuk keselamatan dan untuk mengelakkan sakit belakang
 
Elakkan daripada memakai: 
~tali pinggang
~pakaian yang mencerut di pinggang
 
 Elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini 
 
Elakkan daripada mengubati diri sendiri 
~ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
~hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan
 
Makanlah berbagai-bagai jenis makanan 
~pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari: 
karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin membesar
protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan anak
vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk pertumbuhan anak .

~pemakanan yang seimbang semasa hamil membantu anda sihat sentiasa
~menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi ~menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
~rancang setiap hidangan dengan teliti
~makanlah secara teratur

Selalulah melawat doktor gigi
~beritahu doktor gigi anda sedang hamil
~sewaktu hamil, gigi cepat rosak
~berus gigi dengan teliti

- WASSALAM -

No comments:

Post a Comment