Friday, April 26, 2013

VacAtiON PorT DicKsON part 2

Assalamualaikum ... (",)

Okey ... arini aku nak sambung citer berkenaan percutian aku & family aku ... hehehe ... Kalau citer bab family vacation , aku lebih suka pergi tempat2 yang tenang & nyaman . The most important is tempat tu mestilah tempat2 yang anak2 aku suka . For me , kegembiraan anak2 adalah keutamaan buat aku & myluv hubby . So , pada hemat aku ... anak2 aku paling suka mandi manda . Even aku & myluv hubby pun suka main air ... Sometime nak jugak pegi tempat2 yang tiada berkaitan air tapi terasa macam x syok jer ...

Untuk update yang lepas aku da citer sedikit sebanyak pasal tempat penginapan kitorang . Macamana korang , best x ??? Ala ... kata best jer suda la kan ???!!! huhuhuhu ... Okey ... Lepas jer dapat kunci bilik yang sebeno2nya terus je buka pintu then tempat pertama yang aku akan usha is tempat nak tido la . Mesti la jenguk bilik dulu coz kalau bilik x okey maknanya tido malam aku pun xkan okey . Untuk anak2 punya bilik tido pun hotel da standbykan da extra bed . Wahhhhhhhhhhhh seronoknya !!!! Lepas da usha2 seluruh ceruk bilik , kitorang lepak2 dulu la menghilangkan lelah . Tapi anak2 da x sabar da nak main air kat pantai . Puas tu memujuk kata , kita pegi pantai pas ibu dgn ayah solat nanti ye ...Yang myluv hubby pulak perut da lapar . Kengkonon nak oder jer makanan then makan je dalam bilik tapi sayang x boleh aka xde service tu . Kalau nak makan kena pegi ke restoran yang disediakan ... huhuhu ... Rasa malas nak pegi bila mengenangkan karenah anak2 yang da x sabar nak terjun dalam air nie !!! Tapi bila mengenangkan perut myluv hubby yang da tahap dewa lapar tu , puas la pujuk anak2 . Nasib baik memasing dengar cakap , tu pun pas aku ugut kalau xnak dengar cakap kita x jadi mandi pantai !!!

Restoran yang ada kat dalam hotel is Desa Laguna Cafe . Oleh kerana da xde pilihan lain & perut pun da lapar so kitorang pun pegi je la . Untuk nak sampai kat cafe nie xde la jauh mana tapi oleh kerana sesaje nak mennyesatkan diri makanya kitorang pun jalan la sampai ke belakang . Jalan punya jalan x jumpa2 ... Eh mana tempat makan nie ??? Then ada la nampak sorang pekerja tu tengah duk lepak2 , tanya la mana tempat makan ??? Dia pun cakap la jalan depan cikit kanan kiri kanan naik atas . Jalan la kami anak beranak ikut direction yang dibagi . Tengok2 rupanya cafe tu dalam bangunan yang sama dengan reception desk !!!! Da baik2 jalan dekat ada , kitorang leh pulak terpusing2 ... huhuhu ... Padan muka sape suruh x tanya kan ??? Okey bila sampai cafe myluv hubby bole pulak malu2 nak oder . X biasa katanya .... Adoi .... Nak aku jugak yang oder . Aku pulak mood da ilang pasal penat so aku oder je la set nasi . Senang citer !!! Service kat cafe nie aku bagi poor pasal minuman sampai cepat tapi makanan sampai LAMBAT !!!!!!!!!!!!! Bukan ada ramai customer pun time tu , just aku & family jer . Rasa makanan bagi aku kira okey je la , nothing special ... Nak makan pun potong mood pasal anak2 masing2 da buat perangai so terpaksa la makan laju2 then terus balik bilik . 

Nie ruang dalam Laguna Cafe 
Dekorasi dalam cafe nie boleh tahan cantik la .
Meja depan sekali yang kerusi warna oren tu la tempat kitorang duduk 
memula nak duk kat luar yang meja ala2 kat pantai tu tapi oleh kerana panas x jadi la !!!



Seperti yang dijanjikan , lepas je aku & myluv hubby siap solat memasing terus tukar baju .  Jarak antara bilik kitorang ke pantai tu memang x jauh , maybe dalam lebih kurang 5 minit . On the way nak turun ke pantai tu  ada tangga & kat situ la Damia leh pulak jatuh . Nasib baik la luka cikit jer . Hurmmmm ... nasib baik la x melalak nangis , kang x pasal2 aku pulak yang naik angin coz mood aku da tinggal berapa persen je nie !!! Damia maybe x nangis pasal da nampak pantai kot ... hahaha !!! 

Berjimba2 la memasing seronok main air . Anak2 pulak seronok main pasir ... Lantak korang la janji memasing happy !!! Masa kitorang turun pantai tu air masih surut so  memang x syok la tapi lelama tu baru la syok coz air da pasang da . Yang bestnya aku & myluv hubby pun enjoy main air pasal kitorang x risau nak jaga anak . X risau pasal time tu hanya aku & family aku jer yang mandi so aku boleh mandi sepuas2nya sambil perhatikan anak2 dari jauh . Yeeehhhaaaaaaaaaaaaa !!!! Jom berendam !!! 

Seingat aku lepas da dekat 2 jam berendam main air kat pantai & badan pun da sejuk giler , aku pun pujuk la anak2 balik bilik . Kengkonon esok pagi main lagi la ... Yang kelakarnya on the way nak balik ke bilik tu , kitorang lalu la depan swimming pool . Iyela ... da bilik berhadapan dengan swimming pool kan ??? Ingatkan nak lalu jer tapi atas desakkan Yana & Mia , kitorang sambung mandi pulak kat pool ... hahahaha !!!!!!! Wahhhhhhhhh seronoknya tengok anak2 happy !!! Aku rasa aku ada la berendam dalam setengah jam tapi pastu xleh tahan terus balik bilik . Myluv hubby la yang melayan anak2 mandi . Aku balik bilik bawak dak Danial sekali coz Danial mata da kuyu da mengantuk . Masuk bilik terus mandi then x sampai berapa minit pastu tengok2 Danial da tertido da . Nasib baik la aku da mandikan dia , kalau tidak tertido la dia dalam basah2 tu .

To be continue coz aku da penat la menaip ...hihihi ... kang citer pepanjang kang korang bosan pulak . Teruskan  mengikuti hari2 gembira kami sekeluarga .



tu dia mia seronok main pasir 
Damia nie dia takut air cikit so dia main tepi2 pantai jer


tengok tu aku !!!
seronok seyY main air , jom la join !!!


Nie pulak gelagat anak sulung aku 
join lak dengan adik2 memang happening la 
ini pantai kami yang punya !!!


X kurang gelagat dak danial 
danial bukan setakat main pasir tapi  makan pasir !!!
nie kaki gaduh dengan mia coz penat2 mia buat istana pasir , sesenang jer dia runtuhkan ...


pemandangan pantai di waktu petang ...
so nyaman so tenang 
kalau la umah aku tepi pantai kan ke best !!!!


Da puas main air kat pantai , kitorang sambung pulak main air kat swimming pool !!!
best giler tau ...


Serba sedikit gelagat anak2 aku ...


Danial da x tahan sejuk so aku letak dia kat kerusi 
xnak bagi dia nangis aku bagi la tab ... senang !!! budak sekarang kan kecik2 da tau gajet ...




Da penat da memasing main air x ingat dunia ...
time to sleep !!!
sambung happy2 day esok hari !!!

-WASSALAM-  









posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment