Monday, January 24, 2011

mutiara kata ...

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian .

No comments:

Post a Comment