Friday, July 6, 2012

AkU & rUtIN ...

Assalamualaikum semua ... (",)

Pernah x korang rasa hidup yang korang lalui sekarang nie agak membosankan ??? Hari2 tu jerk yang korang buat , hari2 tu je yang korang lalui ... Pernah ??? Haaa .... x pernah !!! Hurmmmmm ... korang x paham bosan macamane ????!!! Okey .... aku bagi contoh rutin harian korang sebagai seorang isteri , ibu dan dalam masa yang sama korang bekerja . Apa !!! korang x paham !!! Senang contohnya aku la yerk .... Macam aku sebelum masuk kerja petang pukul 2 , pagi tu aku bangun macam biasa la sebagai mukmin bangun awal untuk solat subuh & aku kadang tido balik kejap  ... hihihihi ... Then pkl 8 @ 9 pagi aku bangun balik  buat sarapan untuk suami & anak2 , x kisah la kan sarapan apa pagi tu tapi still kena wat gak coz time tu myluv hubby baru balik dari keje syift malam . Kalau x buat kang merajuk pulak . Biasanya kalau xde pape dalam pkl 8.30 pg dia sampai la rumah . Lepas buat sarapan aku kena mandikan anak2 pulak . Lepas anak2 mandi , aku bagi diorang sarapan . Sementara diorang tengah sarapan , aku kena pegi kedai untuk beli bahan2 untuk meniaga ( meniaga kecik2 jerk .... hihihihi ) . Then balik terus siapkan bahan2 nak masak pulak ( bergantung pada menu aritu la ... ) . Bila tengok jam dah start pukul 10 pg terus anta anak sulung aku pegi mengaji ( isnin - khamis ) pulak .  Kadang2 kalau nasib baik myluv hubby x penat , dia anta la anak pegi mengaji , kalau x ... aku la yang kena hantar ... huhuhuhu ...

Balik dari hantar anak mengaji terus la masak untuk meniaga petang . Sementara tu anak2 myluv hubby jaga coz dia da ada kat umah da masa tu kan . Masak2 ...goreng2 ... & kalau tengok jam dah pukul 11 pagi kena stop kejap coz nak kena jemput anak balik ngaji pulak . So balik amik anak sambung balik masak2 ... bungkus2 ... asing2 ... Bila semua keje tu dah siap kena bagi anak2 makan pulak . Masa nie myluv hubby da tido da coz bila petang aku keje , turn dia pulak jaga anak ... hahahaha ... Lepas bagi anak2 makan & tengok la kalau baby aku nak tido ... kena la tido kan ... Jenguk jam dah pukul 1.20 petang terus bersiap pulak pegi keje . Masa nie anak2 aku Yana & Mia memasing akan main sendiri , x pun tenggok tv coz diorang dah kenyang kan ... Pukul 2 petang myluv hubby akan bangun coz aku dah nak gerak pegi keje . 

Penat kat tempat keje as usual la kan x payah citer penat @ tidak . Walaupun keje aku nie x memerlukan aku membanting tulang tapi still penat . Penat dari segi otak & mulut ... kuikuikuikui .... Penat mulut coz kena bercakap je manjang , penat otak coz kena perah otak maklum la banyak yg perlu diingat & perlu dihafal .... Balik kerja pukul 9 malam terus singgah kedai untuk beli bahan nak masak nasi lemak pulak . Then sampai umah dalam pukul 10 tengok anak2 kejap . Lepas tu terus siapkan untuk masak sambal nasi lemak , goreng ikan bilis dengan kacang . Gedebak gedebuk gedebak gedebuk aku masak siap la dalam pukul 12.30 pagi . Masa tu myluv hubby & anak2 da selamat berlayar daaaa .... Pas siap kemas2 sapu2 so tido la aku dalam pukul 12.45 pagi  . Then tik tok tik tok tik tok alarm pun bunyi pada jam 4.45 pagi .Krrrriiiiiiiiiigggggggggggg !!!!  Maka bangun la untuk masa nasi lemak , goreng ayam & goreng telur . Siap masak , bungkus lak pastu asing2 tengok2 jam dah pukul 6.30 pg . Mandi & bersiap pergi keje ....

Keje la aku dari 8 pg sampai la pukul 3 petang . Balik keje petang singgah kedai lagi untuk beli bahan2 untuk meniaga malam . Balik sampai umah dalam pukul 4 petang macam biasa la rehat kejap dalam 10 minit untuk tanya activiti anak2 coz masa aku keje , myluv hubby lak jaga anak . Kadang kalau myluv hubby tu rajin , dia masak la tengahari untuk dia & anak2 makan . Kalau x kena la tunggu aku masak ... hehehehehe ... Selepas menghilangkan penat tu terus siapkan bahan & masak ...Sometimes mylubby hubby menolong but mostly dia tolong jaga anak2 la .... huhuhuhu .... Lepas siap masak untuk bungkus membungkus biasanya myluv hubby akan tolong sebab sementara aku tengah masak tu , dalam pukul 6 petang myluv hubby akan mandikan anak2 pastu dia akan sediakan anak2 makan . Bila dah siap bungkus membungkus , pukul 7.30 petang mandi2 siap2 lak nak pegi keje malam . Malam tu keje la aku dari pukul 9 malam sampai la 8 pagi esoknya .... Hurrrmmmmmmmmmmmmmmm penattttttttttttttttttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Esoknya balik keje kadang x sempat rehat aku terus masak coz myluv hubby keje petang . Biasanya aku sampai umah dalam pukul 9 pagi . Sebelum nie memang kalau balik keje tu aku terus beli sarapan untuk myluv hubby & anak2 tapi bila da tiap kali sarapan beli kat luar , myluv hubby jemu pulak . Kadang dia x makan pun coz dia kata dia nak makan makanan yang isteri dia masak ... aku la tu !!! hahahaha ... Myluv hubby kata , x kisah la sesimple mana pun aku masak ... yang penting ISTERI dia yang masak ... Biasanya aku siap masak dalam pukul 11 pg & lepas dah hidang atas meja & bungkuskan bekal untuk myluv hubby , aku terus masuk bilik & tido coz dalam pukul 2 petang  turn aku pulak jaga anak . 

Pukul 2 petang aku bangun coz myluv hubby nak pegi keje & kadang kalau xde apa nk buat aku sambung tido balik dengan anak2 sampai tu kadang pukul 6 petang baru kitorang bangun . Bangun mandikan anak & then bagi makan pastu pukul 8 mlm sampai la 10 malam , ajar anak pulak . Just ajar basic ABC , basic math & ajar mewarna . Anak sulung aku da 4 tahun & tahun depan da start tadika so aku ajar la cikit2 dari sekarang . Daripada dia abiskan masa tengok kartun & main je , baik aku suh dia belajar .... Yang penting aku tengok setakat nie dia suka belajar . Pukul 9.30 malam biasanya myluv hubby da sampai rumah da , balik dari keje petang . Kalau xde apa2 , pas tidokan anak2 ... aku pun tido ... Esoknya bangun dalam 6.50 pagi untuk solat subuh & tengok myluv hubby nak keje pagi . Lepas myluv hubby pegi keje ... aku pun sambung la tido & bangun balik dalam pukul 9 pg . Bangun mandikan anak2 , bagi sarapan & lepak2 jap sampai la dalam pukul 1 , aku masak tengahari coz myluv hubby balik keje pukul  3.30 petang sampai umah . Lepas masak kadang aku tido balik disamping anak2 tercinta ... hehehehe ...

Petang pukul 6.30 mandikan anak2 pastu bagi diorang makan , sementara tu myluv hubby akan bersiap2 nak pegi keje . Biasanya petang aku x masak coz tengahari aku dah masak sekali untuk petang . Pukul 8 malam selepas myluv hubby pegi keje , start la mengajar anak sulung sampai la pukul 10 malam . Lepas tu tidokan diorang pulak then malam lepas anak2 tido, aku basuh baju pulak .... Hurrrmmmmmmmmmmm ... begitu la rutin aku hari ke hari ... Berpusing2 itu la rutin harian aku . Bosan ???!!! Tentu sekali tidak coz itu sudah memang tanggungjawap & aku gembira dengan kehidupan @ rutin yang telah tersedia untuk aku . Merungut ??? mengeluh ???!!! Bohong la kalau aku kata xde tapi kadang aku mengeluh tu sebagai tanda aku nak bagitau kat myluv hubby supaya membantu aku serba sedikit . Aku bukan isteri @ ibu yang sempurna tapi sebagai yang telah dipertanggungjawapkan aku cuba buat yang terbaik & termampu demi kebahagian myluv hubby & anak2 ... Jika ditanya penat @ tidak , hanya Allah sahaja la yang tahu tapi sometime kita akan rasa bertambah penat @ kecewa kalau apa yang kita buat tu pasangan kita tidak hargai . Hargai bukan dari segi kebendaan tapi cukup la dengan ucapan terima kasih  . Pasangan malu @ tidak tahu nak ucap macamana ??? cukup la dengan pelukan @ kucupan di dahi kerana itu la hadiah paling bermakna buat aku yang bergelar isteri , ibu & aku seorang wanita . Kebahagiaan tidak terletak pada kebendaan semata tapi menghargai tiap pengorbanan isteri adalah hadiah yang paling bermakna .... 

Salam dari seorang wanita 

- WASSALAM -

No comments:

Post a Comment