Sunday, July 4, 2010

Nafas pagi ini

Alhamdulillah aku bersyukur kerana di pagi yang penuh tenang ini aku masih lagi bernafas untuk kuharungi satu lagi lembaran dalam hidup aku . Pagi ini ternyata emosiku lebih tenang mungkin kerana aku berada di tempat kerja . Apa yang terjadi sebelum ini biarlah ia hilang dari ingatan walupun perit untuk aku melupakan . Walau apa yang terjadi hidup ini perlu jua diteruskan kerana aku hamba-Nya di bumi nyata .

Sejenak aku terfikir mengapa dahulu aku gagah menghadapi apa jua dugaan tapi mengapa kini aku seolah-olah tiada daya ... kemana hilangnya kekuatan dan ketabahan aku itu ? Ya Allah kembalikanlah kekuatanku agar aku aku mampu berdiri walau apa yang terjadi . Senyum yang terukir dibibir hanya suatu helah menyembunyi perasaan gundah gulana dihati , tawa yang dipamer hanyalah satu muslihat menyembunyi kekecewaan dan kepedihan hati yang tidak terluah dek kata-kata .

Aku tiada teman untuk kumeluah segala rasa hati ini . Aku tiada sahabat untuk kupercaya bahawa dia boleh menyimpan apa yang kupendam . Tapi aku perlu luahkan agar tenang damai jiwa dan ragaku . Teman tiada , sahabat tiada tapi aku ada Dia yang maha esa . Padanyalah kumengadu padanya jualah aku berserah kerana Dia lah Maha penyimpan rahsia .

1 comment: