Monday, January 14, 2013

KeNaLi JeNis- jEniS sYAiTaN

Assalamualaikum ... (",)

Untuk update kali nie jom kita ambil tahu serba sedikit tentang jenis2 syaitan . Pelik x tetiba nak story the mory pasal syaitan pulak ??? scary kann ???  Xpe2 sekali sekala kita belajar ye ... hehehe ... Syaitan oh syaitan engkau dimana2 ... kahkahkah !!!Tapi berhati2 la dengan syaitan yang bertopengkan manusia .... warrggghhhhhhhhhhhhh !!! Mampos ko kena mamah dalam senyap coz diorang nie lagi bahaya , ntah2  syaitan pun takut dengan diorang !!! Eeeeeeeeeeeeee takut aku ... Minta jauh la dari berkawan dengan orang macam nie ....



Umar Al-Khattab r.a berkata , terdapat 9 jenis syaitan anak syaitan :-

1. Zalituun
 Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat . Menggoda manusia supaya berbelanja lebih & membeli barang2 yang tidak perlu . ( Alamak pada kaki shopping baik2 ye )

2. Wathiin
Pergi kepada mereka yang mendapat musibah supaya bersangka buruk kepada Allah .

3 . A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat . Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama .

4 . Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol . Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat . Sebagai contoh disco , kelab malam & tempat yang ada minuman keras . ( agak2 kat karaoke ada x  ? )

5 . Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah . Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan glamor . ( Ha ... nie memang da berleluasa sekarang nie  )

6 . Masuud
Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah , gosip , umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata2 mulut . ( pada yan suka bergosip memang da berderet kot syaitan jenis nie kat bibir kita ... warrgghhh ... jom kita berzikir halau syaitan nie !!! )

7 . Daasim ( BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH )
Duduk di pintu rumah kita . Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah , Syaitan jenis ini akan bertindak agar  berlaku keruntuhan rumahtangga .

8 . Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat  dan menjelaskan ibadat-ibadat kita yang lain .

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api / matahari .

No comments:

Post a Comment