Friday, June 11, 2010

bebelan hari ini ....

mata dah ngantuk tapi still leh pose ... nurdamia amani

sweetnyer mia dalam buaian

nurliyana batrisyia

Lama dah aku x update blog aku nie , mana xnye dari sarat mengandung sampailah aku dah bersalin nie ... Anak aku pun dah masuk 3 bulan umur dia . My baby nie secomel dan secute kakak dia , Nurliyana Batrisyia . Alhamdulliah .... Allah anugerahkan aku anak yang sihat walafiat dan sempurna . Nama dia Nurdamia Amani ... .Nama dia ada maksud tapi aku dah lupa maksudnya maklumlah panjang sangat maksudnya . Aku pun tak tau kenapa aku berkenan sangat dengan nama nie . Actually nama nie aku yang pilih sebab masa anak first dulu suami aku yang pilih nama . Setakat ini aku amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana kedua-dua anak aku senang nk dilahirkan . Mungkin Allah kesiankan aku , maklumlah dulu hidup aku penuh onak duri dugaan . Anak aku yang sulung pulak dah nak masuk 3 tahun umur dia , petah bercakap mengalahkan orang tua . Tapi itu tandanya anak aku nie cerdik dan cepat belajar , Lagi-lagi kalau bab menghafal lagu kat radio . Dia dengar 2 @ 3 kali je , dia dah boleh hafal . Kalau kat rumah tu suara dia jelah ynag bising tapi itu pun yang aku rindu bila aku kat tempat kerja . Mudah-mudahan tercapailah hajat aku untuk menjadikan hidup anak-anak aku nie lebih baik dari hidup aku dulu . Kalau boleh aku taknak anak-anak aku rasa semua kesusahan yang pernah aku rasa .
Bagi aku sekarang nie , apa-apa yang aku buat aku mesti utamakan anak-anak aku . Kiranya aku nie jadi lebih matang lah . Pastu kalau aku bertekak dengan suami pun , aku banyak mengalah sebab aku tak nak jadi apa-apa kan anak aku .Tapi ramai orang kata aku nie garang termasuklah suami aku . Sebenarnya aku nie tak garang tapi pembawaan aku kot . Aku tak nak anak aku hidup susah tapi dalam masa yang sama , aku tak naklah manjakan sangat . Lagipun aku nie paling pantang kalau orang tak dengar cakap aku mulalah aku naik angin . Apa-apa pun sekarang nie aku amat bahagia disamping suami dan anak-anak aku . Aku selalu berdoa agar kebahagiaan aku nie berkekalan .
Setakat ini sajalah celoteh aku , kalau aku rajin dan tak penat nak menaip , aku akan update lagi .

No comments:

Post a Comment