Monday, October 29, 2012

AkU & SaFi raNiA GoLd



Assalamualaikum ... (",)

Selamat pagi semua .... Wahhhh bestnya cuaca pagi nie !!! Sesuai untuk para ibu2 nak menjemur baju ... hehehe ... Aku tuju kat diri sendiri sebenarnya pasal semalam basuh baju tapi x sempat nak jemur ... hahahaa ... Macam2 alasan kan ??? Okey untuk update hari nie aku nak cerita pasal produk kecantikan yang sedang hangat di pasaran . Hangat iklan kat tv jugak , tau produk apa ??? Emmmm .... produknya adalah SAFI RANIA GOLD . Pelik x kalau tetiba aku nak update pasal produk kecantikan ??? Hurmmmmm .... pelik kan ??? Sebenarnya aku da sebulan da guna produk nie & ianya amat la berkesan bagi muka aku la tapi dengan syarat kena pakai satu set & kena la membelai muka tu pagi petang & malam setiap hari . Kalau takat rajin seminggu dua memang x jalan la . Pucuk pangkalnya kalau nak cantik kena RAJIN & cantik tu untuk sape ??? Selain untuk diri sendiri , aku cantik untuk tatapan myluv hubby aku ....hehehe ...

Apa yang boleh aku simpulkan after 1 month guna produk nie kulit muka aku lebih lembut & cerah sedikit berbanding sebelum nie kulit muka kelam , kering & berminyak . Tu baru sebulan pakai , kalau setahun mau jadi cam rozita che wan kan ???? hehehehe !!! Salah satunya mungkin produk nie serasi & sesuai dengan kulit muka aku . Myluv hubby pun perasan perubahan kulit muka aku pas guna produk nie . Yang paling penting aku x perlu risau kalau nak kuar rumah tanpa mekap coz i get my natural beauty after using this produk ..(",) Thanks SAFI RANIA GOLD ....

Nie la produk paling first aku beli . 
Dalam set nie ada penyegar muka , krim siang & krim pencerah 
X silap masa tu harga Rm38.90
*Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.
* Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!
*Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.
 
Nie dia pencuci muka yang aku guna sekarang ... 
Pada aku pencuci muka nie memang bagus coz pas kita cuci muka x terasa kering sangat @ berminyak sangat ..
tapi pas cuci muka tu kulit muka kita akan rasa cam tegang cikit
*Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.
Nie dia krim malam . 
krim nie  warnanya light gold & teksturnya sangat lembut & senang menyerap ke kulit
as kita apply jer kulit akan rasa sejuk & nyaman 
paling penting tidak berminyak
*Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!
 Sekian untuk darling2 semua ... See u all next update ... hahaha !!! Tonggang terbalik english aku ... 

- WASSALAM -

3 comments:

  1. saya baru seminggu menggunakan safi rania, sebelum tu saya guna jenama loccitane, kenapa bertukar sebab bila mengandung kulit muka jadi sensitif terutama bahagian mulut, punya la risau... baca review produk safi ni, alhamdulilah dah masuk 2 minggu menggunakan pencuci, toner dan krim kecantikan, kulit kusam bertambah sihat, terima kasih safi rania.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan awk dum bone ;p
    yang pasti dengan pemakaian yang teratur & rajin , kulit muka akan bertambah cerah & berseri . Buktinya sekarang kalau saya nak keluar sekejap ke kedai x risau kalau muka nampak kering @ kusam & paling penting saya xyah susah2 touch up bedak . iyela kang malu pulak kalau orang tengok kita nie pucat jer . Paling best bila my hubby pun perasan perubahan kulit muka saya . My hubby kata kulit saya makin cantik & seketul jerawat pun xde

    ReplyDelete
  3. Apakah aman untuk ibu hamil kak?

    ReplyDelete