Wednesday, June 20, 2012

TiP mURaH reZeKi daLAm IsLaM

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira samada masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu (",)

Berdasarkan Hadith Nabi :

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:-
 
1) Jangan sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada meninggal dunia )

Yang bermaksud  : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil .
 
2) Allah akan sentiasa memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

3) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

4) Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2 ... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita .

5) Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SW.T .

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris… Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari .

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( cth : makan , kesihatan , kasih sayang , zuriat , ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha berdoa dan bertawakal , insyallah  rezeki akan sentiasa murah ...selamat mencuba(",)

No comments:

Post a Comment