Saturday, April 27, 2013

TiP mENgGaLakKAn AnAK TiDuR Di BiLiK SeNdiRi

Assalamualaikum & selamat pagi ...(",)

First sekali aku nak wish selamat pagi Malaysia !!! Hamboi happy semacam jer kan ??? Hihihhi ... xde la happy sangat tapi bak kata orang bijak2 pandai , mulakan hari kamu dengan senyuman insya-Allah kamu akan awet muda !!! Eh2 apsal macam lain jer bunyinya ???!!! Arrrgghhhhh lantak la janji aku happy ... huhuhu ... Anyway ramai gak yang puji aku nampak muda x sepadan dengan usia ... Wakakakaka !!!! Yang baca nie sila jangan muntah yek ... kuikuikui ...

Okey , sebenarnya aku nak update citer lain tapi oleh kerana  nak upload gambar punya la siksa lama giler so aku terdetik untuk citer sesuatu yang lain pulak . Tapi citer apa ek ???  Okey kengkawan ready ye .... Tajuk entry aku kali ini adalah 'Tip pengasingan tempat tidur anak '. Alaihai cik kak , pandai ke nak bagi tip segala nie ??? Pandai sangat tu xdela tapi sekadar berkongsi apa yang aku pratikkan kalau nak asingkan anak tidur bilik sendiri . Setakat nie alhamdulillah apa yang aku pratikkan berjaya & xde la malam2 anak aku  sorang demi sorang merangkak naik atas katil aku . Salah satu faktor maybe sebab aku garang & tegas dalam keputusan yang aku buat . Kalau itam kata aku itam la , kalau putih kata aku putih la . Xde talian hayat & berakhir dengan TITIK  . Tapi ada jugak perkara2 yang aku boleh flexibel & tolak ansur dalam mendidik anak2 .

Untuk matlumat kengkawan semua , ketiga2 anak aku da tidur di bilik sendiri . Anak yang sulung start tidur bilik sendiri masa umur 2 tahun setengah . X silap masa tu aku baru bersalin anak yg ke-2 . Maklum la katil size queen kan ... kehkehkeh !!! Then anak ke2 aku mula awal cikit , masa tu umur dia dalam setahun setengah . Then baru seminggu lepas anak aku yang ke3 pun da tidur bilik sendiri . Ramai gak kawan2 yang tanya nape awal sangat bagi anak tidur sendiri ??? X nangis ke malam2 ??? Abih kalau malam nak susu , macamana ??? Diorang x takut ke ??? X kesian ker ??? Ini adalah serba sedikit senarai pertanyaan kawan2 ... Jawapan aku kalau nak ikut 3 hari 3 malam x abis nak citer tapi pucuk pangkalnya dalam diri ibu bapa itu sendiri . Nak seribu daya xnak seribu dalih .

Kadang2 ada diantara kita ibu bapa nie x kisah kalau anak da besar tidur sekali dengan kita . Ada tu pulak bila malam jer pakat ramai2 angkut toto @ tilam tidur depan tv . Ada tu pulak segala kelengkapan kat bilik anak2 da disediakan tapi bila anak merengek nak tidur sekali , x tegas ...  xpela ... ala kecik lagi ... PERINGATAN !!! yang aku tulis tidak menuju kepada sesiapa cuma berdasarkan pemerhatian aku sahaja . Kang x pasal2 ada yang marah aku pulak . Aku dengan anak2 memang tegas tapi xdela sampai garang x bertempat . Aku pulak ada 1 kepantangan !!! Ruang tamu bukan tempat TIDUR !!! Kalau da memasing sibuk nak tidur kat depan tv , ada baiknya bilik tu dirobohkan so besar la cikit ruang kan ???  Aku seboleh mungkin akan elakkan tidur dekat ruang tamu @ pun depan tv . Even aku cukup x berkenan kalau orang tidur terbongkang kat sofa . Kaki nie rasa nak sepak jer ... hehehe !!!

TIP MENGGALAKKAN ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

1. Sediakan ruang bilik yang selesa
- Bukan makna bilik yang selesa tu kena lengkap segalanya . Tidak ye !!! Xde la pulak kata kena sediakan perabot yang mahal2, bilik yang besar macam istana . Sekadar ikut kemampuan kita . Kalau ada kemampuan xde masalah kan ??? Warna bilik jugak memainkan peranan yang penting . Tanya pendapat anak , apa warna yang dia suka untuk bilik dia . Kalau bole masa buat dekorasi bilik tu minta pendapat anak & ajak dia join sekali . Aku pasti anak2 mesti teruja . Paling penting mak ayah sila jangan syok sendiri yek time deco bilik anak !!! ingat itu bilik anak bukan bilik anda !!!



2. Mulakan dari peringkat usia kecil
- Pada pendapat aku , umur lingkungan setahun setengah @ 2 tahun adalah  umur yang sesuai . Sebab dalam peringkat umur ini , kanak2 senang diurus , senang dipujuk & x banyak ragam . Untuk permulaan ( tempoh 2 minggu ) masa nak tidurkan anak tu , ibu @ bapa boleh la temankan sampai anak tido. X pun masa nak tidokan anak tu , baca la buku cerita ke @ ceritakan sesuatu yang boleh membuatkan dia gembira tidur di bilik sendiri . Bagi yang beragama islam , amalkan la zikir semasa nak tidurkan anak , Insya-Allah ... anak2 akan rasa tenang masa nak tidur .

3. Sediakan lampu tidur yang comel & mengikut kesukaan anak
- Jangan biarkan anak tidur dalam bilik yang gelap sebab kanak2 takut pada gelap . Ala ... x payah cakap budak , kita yang tua nie pun takut gelap ... hihihi ... Paling senang sediakan lampu tidur , so keadaan dalam bilik xdela terang & xde la gelap. Kalau anak masih kecil & menyusu x payah la tutup pintu masa tido . Even bilik mak ayah pun jangan tutup . Tapi kalau time korang nak ehem2 tu tutup la kan ??? hihihi !!! Bukan apa , bila malam anak menangis korang dengar la . Jangan pulak bila anak da tidur sendiri , korang sedap tidur mati !!! Mata pejam telinga dengar okey ... itu key word dia (",)




4. Parents jangan mudah lembut hati !!!
-Okey dalam kita nak galakkan anak tido bilik berasingan , kita sometime kena tegas dengan keputusan yang da kita buat . Jangan mudah lembut hati , pastikan anak mendengar apa yang kita suruh bukan kita dengar apa yang anak2 minta !!! Sudah tentu anak akan bertanya nape kena tido bilik sendiri ?? So , kita sebagai ibu bapa kena terangkan dengan nada suara yang lembut & kata2 yang mudah anak paham .


5. Seisi rumah kena ada displin
- Displin perlu dipupuk dari anak kecil lagi . Paling penting , ibu bapa dalam sebuah keluarga itu perlu ikut displin yang mereka sendiri tetapkan . Displin macamana yang perlu dipupuk ??? X payah displin ketat sangat macam kat markas askar tu la ... kang anak lari rumah pulak ... cukup la sekadar displinkan perkara2 yagn senang & mudah anak2 paham . Kalau mak ayah kat dalam umah pun xde displin , macamana nak displinkan anak2 , betul x ???

6. Parents jangan suka momokkan anak2 dengan cerita hantu
-Sesetengahkan parent suka momokkan anak2 dengan citer2 hantu . Pernah x dengar kata2 macam nie " xmo2 main kat situ... aiyukkkk ada momok !!!" @ paling senang nak suh anak masuk rumah bila da petang " da2 masuk cepat , kang ada hantu kang " . So bila da selalu sangat dengar for sure la anak takut aka xnak tido sendiri .

Okey la u all , hopefully serba sedikit info nie berguna la untuk korang ye .  Aku hanya berkongsi la ye macamana cara nak bagi anak seronok tido bilik sendiri  , xde maksud lain pun . Seperti yang aku bagitau tadi , aku xde la terror sangat but aku sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman yang aku ada . Sharing is caring kan ???!!! 

- WASSALAM -


No comments:

Post a Comment