Sape sini selalu sebelum subuh dah bangun pastu mandi pastu solat ??? Sila angkat tangan & senyum semanis bidadari syurga !!!! hehehe ... Haaaa .... tengok tu tengok ramai yang senyum2 kan ??? Alhamdulilah ...(",) Mudah2an boleh jadi bidadari syurga okeyyyy ... Insya-Allah ...Amin ... Emmmm macamana dengan aku ek ? Rajin ker aku mandi sebelum subuh nie ??? Ala aku selalu bangun pagi solat pastu tido balik ... kehkehkeh !!! Kalau x kerana nak pegi keje pagi , xde maknanuya aku nak mandi subuh2 tu . Baru kena setitik air tu pun da rasa sejuk macam kat kutub utara !!! TAPI menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada
waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga
amat penting untuk tubuh badan kita .So kalau kita mandi sebelum waktu
subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan
manfaat untuk tubuh badan .
Wah !!! banyak manfaat rupanya mandi sebelum subuh nie . Pasni boleh la aku amalkan , jadi xdela badan tu jadi lembek lemah je kan ??? Okey !!! Azam baru niat baru ...hehehe ... Actually dulu nenek aku selalu pesan kalau nak Allah sentiasa sayang kita & nak selalu murah rezeki , kita kena rajin berpagi2 . Maksudnya macam kalau pas solat tu jangan la kita tido balik . Kalau da tido balik tu for sure la tengahari baru bangun ... hahahaha ... Betulkan aku kalau aku silap tapi dulu nenek selalu cakap bagus bangun pagi nie coz time nie la Allah membahagi-bahagikan rezeki ... Emmmmm .... Berapa ramai diantara kita nie yang rajin berpagi2 ??? Nak2 yang kerja syift macam aku nie !!! Time tido pun x menentu . Bila malam orang tido , aku kerja ... Bila siang orang kerja , aku lak tido .... Jadi bila nak berpagi2 tu ???
Antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan
sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah
putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya
tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak
mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
-WASSALAM-
No comments:
Post a Comment