JANGAN Dalam Islam :-
1 – JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.2 – JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
3 – JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
4 – JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
5 – JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
6 – JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
7 – JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. katanya: “Allah ‘Azza wa Jalla
membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang
yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk
menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit
di Barat.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368.
8 – JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
9 – JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdullah
menceritakan kepada kami, dari Abu Bakar An Nahsyali, dari Marzuq Abu
Bakar, At Taimi, dari Ummi Darda’ dari Abid Darda’ dari Rasulullah SAW
bersabda:
“Barang siapa mencegah (mengumpat) kehormatan saudaranya
sesama muslim, maka Allah mencegah mukanya dari api neraka di hari
kiamat.” Dalam bab ini terdapat hadis dari Asma’ binti Yazid. Hadis ini
adalah hasan.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1996.
10 – JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
11 – JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Sedekah yang paling utama atau yang baik, ialah sedekah ketika mampu.
Dan tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di
bawah (meminta). Dan dahulukan pemberian itu kepada orang yang menjadi
tanggungan anda.”
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0992.
13 – JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
14 – JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang
Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula
membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah
akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan
orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa
yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari
kiamat nanti.”
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1168.
15 – JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Waki’ memberitahukan
kepada kami dari Ar Rabi’ bin Shabih dari Yazid bin Aban iaitu Ar
Raqasyi dari Anas bin Malik berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Barang
siapa yang akhirat menjadi cita-citanya, maka Allah menjadikan ia kaya
hatinya dan mengumpulkan baginya segala urusannya yang bermacam-macam
dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk kepadanya. Dan barang
siapa yang dunia menjadi cita-citanya maka Allah menjadikan kefakiran di
antara kedua matanya dan memisahkan urusan-urusannya dan dunia tidak
datang kepadanya melainkan apa yang telah ditentukan baginya”.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2583.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a., katanya seorang lelaki
bertanya kepada Rasulullah saw., “Orang Islam yang bagaimanakah yang
paling baik?” Jawab Rasulullah saw., “Ialah orang-orang yang menjaga
orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya:’
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0033.
credit to : wanitahariini.com (",)
No comments:
Post a Comment