Wednesday, July 4, 2012

KeleBIHan NisFU SyaaBAN

ASSALAMUALAIKUM ... (",)


Hari ini merupakan 14 Syaaban
dan esok adalah 15 Syaaban
Rebutlah kelebihan di malam 15 Syaaban
sesungguhnya kita antara umat yang masih bernyawa
yang memerlukan amal ibadah berterusan
Insya Allah
Dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Empat malam yang istimewa dalam kalender islam sepanjang  setahun.
*Malam Awal Rejab
*Malam Nisfu Syaaban
*Malam Aidilfitri
*Malam Aidiladha
Membaca Yassin sebanyak 3 KALI pada malam Nisfu Syaaban dan tiap-tiap satu bacaan Yassin dibaca satu kali doa

Yassin pertama
--Meminta dipanjangkan umur--
Yassin kedua
--Niat menolak bala--
Yassin ketiga
--Niat terkaya daripada manusia--
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh-Nya
Insya Allah

No comments:

Post a Comment