Dalam hidup ini tidak semua perkara yg kita rancang akan menjadi
tidak semua benda yg kita ingin , kita akan dapat ....
tidak semua dugaan itu menyusahkan
tapi kita manusia biasa yg tiada sempurna yg tiada daya
lumrah selalu mengeluh kesah menyalahkan takdir
walaupun hakikat kita tahu itu semua
qada & qadar sebuah kehidupan yg nyata bukan milik kita
dan kita ada pemiliknya ....
kadang nyata fikiran menjadi waras
maka aku redha dengan ketentuan
tapi kadang nyata hati menjadi tunjangnya
maka mula jiwa memarahi segala
seakan aku hilang arah hilang pedoman
hilang pegangan ....
Doa kadang telus kadang putus bagai tiada paksi
kadang aku yakin kadang menjadi bimbang kadang sangsi
kerana sendiri tiada yakin tiada keikhlasan
tiada kesetiaan ....
pinta berakhir kelam hadirlah cahaya agar tenang hati
tenang jiwa kerana ku bagai tiada mampu menempuh lagi
walaupun kutahu selagi nafas ini ada ....
ujian pasti datang menduga ...
No comments:
Post a Comment