Sekadar untuk renungan kita sebagai wanita : -
1) Seorang wanita soleha adalah lebih baik daripada 70 orang wali .
2) Seorang wanita soleha adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh .
3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat .
4) 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil .
5) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya( susu badan ) akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang diberikan .
6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad .
7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba .
8) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang & suaminya yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat .
9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar & berjuang ke jalan Allah & kemudiannya menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari & wanita itu akan dimandikan didalam syurga & menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut .
10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat .
11) Wanita yang memerah susu binatang dengan ' Bismillah ' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan .
12) Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah ' , Allah akan berkati rezekinya .
13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah .
14) Wanita yang menjaga solat , puasa & taat pada suaminya , Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka .
15) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa disiang hari .
16) Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat dimalam hari .
17) Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat & puasa & kesakitan pada setiap satu uratnya , Allah mengurniakan satu pahala haji .
18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan dikira mati syahid .
19) Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat .
20) Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh ( 2 tahun ) maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya .
21) Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang sedang menangis , Allah akan memberi pahala 1 tahun solat & puasa .
22) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 1 tolak emas & jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat 1 tolak perak .
23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga .
24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat .
25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat , tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya dengan memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah .
sumber daripada : Humanities Religion Islam - buyah ( scribd.com )
No comments:
Post a Comment