Dah lama rasanya blog aku nie x diupdate ... almaklum le sejak dua menjak nie tuan tanah ada busy sikit . busy aka malas pun ada gak . Banyak cerita yg nak aku tulis sampai aku sendiri x tau nak tulis yg mana satu dulu ... hehehe . Dalam minggu lepas aku & seluruh keluarga belah hubby aku telah menerima dua ujian yg cukup hebat iaitu kembalinya ke rahmatullah arwah ayahanda tercinta dan juga pak long kami . Aku sendiri sebagai menantu terasa sedih yg teramat sangat coz arwah amat baik dgn aku . Dia tidak pernah marah2 jauh sekali bermasam muka dgn aku . Dia sentiasa tersenyum hinggakan sampai sekarang aku masih lg boleh bayangan setiap senyumnya pada aku . Arwah juga banyak menasihati aku ... menasihati aku agar aku boleh menjadi menantu , isteri & ibu yg soleha . Terima kasih yg tidak terhingga ayah , aku akan laksanakan tiap pesanmu itu ... Tapi paling aku tidak boleh lupa arwah ayah suka cubit pipi aku tiap kali aku bersalam dgn dia & pastu pasti akan cakap akulah menantu dia yg comel . Itulah kata-kata ayah yg buat aku terasa kehilangan .....
Kepergian arwah ayah tiada siapa duga ... dan kepergian dia memberi kenangan yg paling indah buat aku , keluarga dan seluruh penduduk kampung . Kenangan yg akan kekal selama-lamanya . Yang aku ingat ... malam tu aku baru nk tertido atas sofa sambil tgk tv . Tiba2 myhubby kejut & cakap "kita kena balik kampung coz ayah tengah sakit tenat " . Aku nie dah terpinga2 .. pebenda yg hubby aku cakapkan nie ??? then myhubby tunjukkan mesej yg abg ipar aku aku hantar . Aku rasa baru 10 minit aku baca mesej tu tiba2 adik ipar aku call "kak , abah dah takde ...." . Masa tu jugalah air mata aku mengalir deras & aku bagitau kat hubby aku yg ayah dia dah meninggal . Masa tu aku tgk myhubby cuba kuatkan semangat utk x mau nangis tapi last2 aku tgk dia keluar rumah ... Ayah mentua aku meninggal pada 5hb disember 2010 dalam pkl 10.55 malam .
Malam tu jugak aku , hubby & anak2 balik kampung . Kami gerak dalam pkl 12.30 pg ... dan sepanjang jalan dari umah di seri ehsan sampailah ke umah pt hj ali hujan turun tanpa henti . Paling lebat masa kitorang lalu highway area melaka . Tapi alhamdulillah kami anak-beranak sampai dgn selamat pada jam 3.40 pg ... aku sampai2 tgk ramai saudara rapat dah ada ... aku peluk erat mak mentua aku tapi air mata aku nie xleh nk kata la ... Menurut mak mentua aku , arwah mula tu sihat macam biasa siap ari tu dia ada pergi kenduri kawin naik motor dgn pak long aku . Malam tu macam biasa gak arwah pergi surau pastu balik makan & tgk tv . Cuma masa arwah nak tido tiba2 dia sesak nafas terus mak mentua aku panggil kawan arwah utk bawak arwah mentua aku pergi hospital tapi arwah xnak terus pergi hospital , dia suh singgah klinik pasal dia nk naik ambulan . Tapi sayang kat klinik kerajaan tu 1 hamba Allah pun xde padahal utk kecemasan patut ada doktor yg standby & last mak mentua bawa arwah pergi klinik swasta . Klinik swasta nie pun satu hal juga bila mak aku suh doktor ke kereta tgk2kan arwah ada ke patut dibaginya mentua aku nie wheelchair . Sampai mentua aku merayu masuk bilik doktor minta doktor tgk sendiri baru doktor gerak ke kereta & disahkan arwah telah pun meninggal dunia . lepas rehat dalam setengah jam aku terus pergi toilet basuh muka & ambil wuduk untuk bacakan yassin buat mentua aku . Masa myhubby baca yassin , terbit rasa yg tidak boleh aku luahkan dgn kata2 tatkala aku lihat wajah hubby aku ... wajah dia ada tergambar macam2 perasaan sampai ada ketika dia tertunduk nangis seketika ....
Pagi tu dalam pkl 7.30 pg rumah mentua aku dah penuh dgn saudara mara , sahabat handai & juga penduduk kampung . Lagipun jenazah akan dimandikan di rumah jek . Dalam pkl 9 lebih jenazah arwah ayah selamat dimandikan & akan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan seterusnya untuk disemadikan ke liang lahad . Apa yg paling buat aku rasa arwah ayah aku nie dah didik anak2 dia dgn sempurna adalah keempat2 anak lelaki dia semuanya turun padang untuk proses mandikan jenazah , bawa jenazah ke masjid dan anak2 jugalah yg turut serta ke kubur untuk proses pengkebumian . Anak2 juga bergilir membaca yassin dan juga al-quran .... memang arwah ayah dah berjaya ....
Nie sebahagian kenangan yg tidak mungkin dilupakan sampai bila2 oleh seluruh keluarga & juga penduduk kampung . Arwah mentua nie pak iman so tiap kali waktu solat dia pasti akan ke surau . Pada malam sebelum dia meninggal tu dia pergi ke surau macam biasa cuma yg pelik dan syahdu bg orang kampung ... biasanya pada waktu subuh jek arwah akan baca surah yg panjang2 tapi mlm tu ramai org kampung yg dah biasa dgr suara dia rasa pelik kenapalah arwah baca surah2 yg panjang2 masa solat isya .... suaranya sayu & syahdu .... cuba korang bayangkan ...
Apa2 pun aku dan keluarga redha dgn pemergian arwah kerana memang sudah tertulis di azali ... dari Dia kita Datang kepada Dia juga kita akan kembali . Suatu hari nanti bila sudah tiba masa kita ... kita juga akan pergi menghadap-Nya . Kepada semua saudara mara & sahabat handai yg hadir majlis tahlil selama 7 malam berturut2 kami sekeluarga ucapkan terima kasih yg tidak terhingga . Kita sama2lah doakan semoga roh arwah aman & tenang disana ... dan semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman ... Alfatiha ....
takziah ea kak.....
ReplyDelete