1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. 6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 9) Kurang melahirkan kasih sayang. 10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak . 11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah. 12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak. 14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. 16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal. 18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. 19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. 21) Tidak menggunakan bahasa yang betul. 22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat. 25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak. 29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
|
No comments:
Post a Comment