- maksudnye anda okey dengan semua orang & boleh bekerjasama tanpa sebarang masalah tapi oleh kerana sikap anda tu ada orang samada pijak kepala @ memperbodohkan anda tanpa anda sedari . kalau anda sedar pun anda wat x kisah jek ( samada takut nk cakap @ takut dicop kuat mengadu )
* kalau niat @ kelakuan anda disalahanggap ?
- maksudnya kalau anda ramah & baik dengan semua orang tapi yang orang nampak anda macam mengedik . kalau anda rapat dengan seseorang dalam kerja yang orang akan katakan contohnya kakak kesayangan la itula inila .... kalau anda tegur sesuatu kesalahan anda akan dikatakan nak tunjuk pandai @ macam bagus ...
* kalau orang taknak kawan dengan anda gara-gara mulut seseorang yang tidak berapa suka dengan anda ?
- maksudnya orang dah pandang negatif tentang anda walaupun sebenarnya diorang tidak kenal lagi hati budi anda . semuanya gara-gara mulut orang yang tidak suka dengan anda yang sudah cakap yang negatif tentang anda . please dont jugde book by cover ....
* kalau sikap tolak ansur anda diperkotak-katikkan ?
- maksudnya anda sedia untuk bertolak ansur tapi bila time anda pulak semuanya jadi tak betul @ SALAH ... kalau orang cakap lepas anda boleh terima tapi bila anda pulak terlepas cakap orang start tarik muka @ anda terus dicop kurang ajar . kalau anda buat salah orang tegur anda boleh terima seadanya walaupun kadang-kadang teguran itu bukan dengan cara yang betul tapi bila orang buat salah & anda cuba tegur orang marah balik ...
* kalau orang yang dianggap kawan baik , berkawan dengan anda macam lalang ?
- maksudnya bila anda ada duit andalah kawan dia . anda sedia jadi pendengar yang setia kalau rakan anda nak luah masalah @ apa sahaja tapi bila anda nk luah masalah anda kat rakan anda rakan anda wat dek aje @ masalah anda dia pegi cerita kat orang lain .
kalau saya jadi anda semua , apa yang diatas tadi saya anggap lumrah dalam sebuah kehidupan kerana kita semua manusia tidak pernah puas tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan pada kita . Allah jadikan kita semua dengan kelebihan dan kekurangan tapi dimata @ diminda kita , kita hanya nampak kelebihan dalam diri kita sendiri dan kekurangan itu kita nampak hanya pada orang lain . Bohonglah kalau saya katakan kita tidak pernah mengata sesama kita tapi mengapa antara kita seakan ada garis halus yang memisahkan ? Kadang-kadang saya merasa pelik dan hairan mengapa kita tidak boleh berkawan seperti biasa tanpa ada sedikit pun perasaan wasangka . Semakin kita matang semakin kita berusia mengapa kita semakin jauh dari haluan diri kita ? Kalaulah anda rasa anda tidak suka dengan seseorang adakah anda rasa semua orang akan suka anda ? Bagi saya itu tidak penting kerana kalau anda tidak suka dengan saya belum tentu saya suka dengan anda & saya tidak kisah kerana tanpa anda pun saya still ada rakan yang lain . Pada saya , semua terpulang pada nawaitu dan diri kita sendiri . Setiap perbuatan kita diperhatikan sentiasa , buat baik berpada-pada buat jahat pasti ada balasannya cuma terpulang pada maha esa bila ....
No comments:
Post a Comment