Saturday, July 3, 2010

aku kecewa ...

Kusangka panas sampai ke petang tetapi hujan ditengahari .. Itulah yang kualami sekarang ini . Bukannya aku tak bahagia dengan kehidupanku tapi aku kecewa ... kecewa dengan apa yg kuterima setelah sepenuh kasih sayang kuserahkan padanya . Kecewa setelah pengorbanan ku bagai sia-sia . Kekecewaan ini tak tertanggung rasanya Ya Allah ... terlalu pedih hingga aku rasa nak menangis tapi mengapa air mata bagai tidak mahu mengalir . Segalanya telah kukorbankan untuknya tapi mengapa dia bagai tidak mahu memahami dan menghargai aku . Aku seorang wanita yang bergelar isteri yang telah melahirkan dua cahaya mata untuk dia . Tidakkah dia rasa betapa besarnya pengorbanan aku ini ??? Aku tidak minta kekayaan cukuplah sekadar yang dia mampu , aku tidak minta terlalu dimanja cukuplah sekadar dia menyayangi dan aku tidak minta disanjung dan dipuja tapi cukuplah sekadar aku dihargai dan dihormati sebagai seorang wanita , isteri dan ibu . Mungkinkah dia telah lupa segala janji yang dimetrai sebelum kami berkahwin dulu atau mungkinkah tiada lagi sayang dan cinta untuk aku ??? Kadang-kadang aku rasa hidup ini bagai tidak adil ... Aku mengimpikan sebuah hidup yang bahagia tetapi mengapa bahagia itu hanya seketika ??? Bukankah aku juga layak bahagia ??? Aku tidak menyalahkan takdir yang telah ditetapkan untuk aku cuma aku bagai sudah tiada daya untuk mengharunginya lagi .

Apa yang terjadi semalam tidakkan mudah hilang dari ingatan . Aku akan cuba memaafkan tapi untuk melupakan biarlah tuhan yang menentukan . Hanya kerana aku tidak memenuhi kehendaknya yang satu itu , aku dihukum bagai pesalah dirumah sendiri . Tidak kusangka insan yang kuharap boleh menyayangi dan melindungi aku memperlakukan aku sebegitu rupa . Aku malu ... malu dengan diriku sendiri . Aku menangis ... menangis kecewa hancur luluh perasan ini apabila aku dilayan bagai orang gaji . Sepatutnya aku harus menghadiri meeting dan pergi kursus tapi apakan daya segalanya terpaksa kulupakan . Mengapa dia tidak cuba memahami aku ??? Jauh disudut hati , aku kecewa kerana dia tidak seperti yang kubayangkan . Dia tidak seperti yang aku impikan .

Aku telah mengubah diriku untuk dia , malah aku telah korbankan ego aku serendahnya untuk dia tapi ternyata semuanya sia-sia . Mungkin telah tertulis dalam suratan takdirku bahawa aku tidak akan bahagia sampai bila-bila . Jika sebelum ini dia kata aku bercakap tinggi suara dengan dia kini aku telah ubah , jika sebelum ini aku suka marah-marah dia kini aku telah ubah tapi hasilnya apa yang aku dapat ??? aku dapat kecewa .... Pada riak wajah dia jelas menunjukkan tahap keegoaan yang tinggi seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan . Realiti kehidupan tidak mungkin boleh berubah . Bila difikir-fikir aku bagai menyesal dengan apa yang kupilih dalam hidupku . Tapi semuanya telah terlambat ... Namun aku akur , realiti sebuah kehidupan memang penuh dengan ujian dan cabaran . Tuhan tidak akan bagi ujian yang tidak mungkin mampu ditanggung umat-Nya .

Aku akan cuba tabahkan hati ini segalanya demi insan-insan kecil dalam hidup aku . Demi yana dan mia , ibu rela tanggung apa saja asalkan anak-anak ibu bahagia . Yana dan mia lah sumber kekuatan ibu , yana dan mia jugalah sumber ketabahan ibu .



1 comment:

  1. akak,ida xtahu ape yang akak alami....tapi sabarla..setiap dugaan,ade jalan penyelesaian...dalam hadis ade termaktub,Allah xkan beri ujian pade makhluknye lebih dari tahap kesabaran makhluknyer....selagi terdaya,teruskan k kak....akak bukan seorang dalam dunia nie...nasib akak macman nie,tp akak xtahu..yg di luar sane macamner....mungkin lagi teruk dari ape yang akak kena....so,bersabar dan bertaweakal pade Allah k...cuma Die yang boleh membantu....

    ReplyDelete