Thursday, October 3, 2013

MinUMaN BeRKhaSiaT UnTUk iBu - IbU mENgANdunG

 
 
 Untuk kesihatan ibu & janin yang baik , korang bukan saje perlu jaga pemakanan tapi seelok2nya ambillah juga minuman2 yang berkhasiat . Korang kalau boleh elakkan minuman yang mengandungi kafein contoh macam kopi , teh & nescafe . X pasti la betul @ tidak , pengambilan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan boleh menyebabkan bayi menjadi hyper . Adoihai !!! Kalau da suka minum camner pulak ek ??? Minuman berkarbonat pun kalau boleh jangan ambil . Lagi satu , korang xmo la minum teh tarik coz teh tarik boleh menyebabkan pedih ulu hati & sakit perut .
 
 
1. AIR MASAK

Air masak ia baik untuk membantu pengaliran darah. Seelok2nya minum 2 Liter air masak sehari. Minum banyak pun xpe ... Air masak adalah bersih dan bebas kuman . Yang penting masak dulu air tu sebelum diminum ...hihihi ...

2. SUSU
 

Susu merupakan minuman terbaik untuk membekalkan sumber kalsium dan vitamin D terutama untuk keperluan janin kamu orang  bagi pembentukan dan pertumbuhan tulangnya. Minumlah dua gelas susu sehari dan pilih susu yang sesuai untuk ibu hamil ...

3. JUS BUAH-BUAHAN
Segelas jus buah-buahan sehari amat baik untuk ibu hamil kerana ia membekalkan vitamin & pasti korang akan merasa segar ...

4.MINUMAN TENAGA
Contohnya minuman sari kurma, vitamin D tapi mengikut kesesuaian pilihan korang. Minuman seperti ini berfungsi menggantikan zat elektrolit yang hilang sewaktu tubuh berpeluh terutamanya kalau korang seorang yang aktif walaupun hamil. Tetapi kalau korang bukan jenis yang banyak gerak, tidak perlulah mengambil minuman ini kerana ia turut mengandungi zat pengawet yang tidak baik untuk kesihatan. 
 
 
 
Tetapi korang tau x , during pregnant aku suka minum .....
 
 
 
Minuman yogurt  paling faveret ... x kisah brand apa yang penting sodap !!!
 
 
Dan !!!
 
 
 
Jus oren paling digemari .. Minum sensorang sebotol boleh abis !!!
 
 
- WASSALAM -

2 comments:

  1. Penting untuk jaga pemakanan ketika hamil ni. pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir kecik.

    Air isotonik tanpa gas dan rendah gula

    ReplyDelete
  2. Penting untuk jaga pemakanan ketika hamil ni. pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir kecik.

    Air isotonik tanpa gas dan rendah gula

    ReplyDelete