BROKOLI
Sayur paling faveret anak aku . Kebaikkan
brokoli adalah kaya dengan vitamin A, vitamin C dan sangat kaya dengan
kalsium. Pengambilan brokoli yang kerap dapat membantu sistem imun badan
dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan . Buat sup sedap sangat !!!
AVOKADO
Buah
avokado nie sangat kaya dengan pelbagai vitamin . Antaranya seperti B6,
Vitamin C dan kalsium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem
saraf bayi. Ia juga sangat baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu
hamil dan ini boleh membantu mengelakkan sembelit. Ia sangat sedap
dijadikan jus minuman utk sarapan pagi. Lum pernah makn la buah nie , macamana ek ???
KEKACANG
Kekacang sangat baik kerana mengandungi banyak kandungan mineral yang
penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Ia jugak baik untuk
mengelakkan ibu hamil daripada kekejangan anggota badan . Ha ... sape yang selalu kena simpul biawak elok makan nie ...
KURMA DAN MADU
Kurma ini adalah makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW. Ia sangat
kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi dan memberikan tenaga yang
optimum kepada ibu hamil .Ia melancarkan perjalanan darah kebaikkan
kepada tumbesaran minda bayi .
LOBAK MERAH
Lobak merah atau carrot ini sangat kaya dengan vitamin A yang mana ianya
sangat sangat baik untuk pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat
kepada bayi. Ia boleh dimakan mentah dan juga sangat lazat untuk
dijadikan jus atau sup.
TELUR
Telur
sangat kaya dengan khasiat seperti vitamin, mineral dan choline.
Sebutir telur besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah
salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukkan otak
janin sehingga terbentuk menjadi bayi.
IKAN SALMON
Ikan salmon sangat berprotein tinggi. Ia juga mempunyai sumber omega-3
yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk
pertumbuhan sel otak dan kecerdasan bayi.
- WASSALAM -
No comments:
Post a Comment