Friday, September 27, 2013

CiRi-ciRi SuAmi iDAmaN

 
 Dikalangan wanita pasti mengingin seorang lelaki yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup . Iye la ... bagi kebanyakkan wanita , dalam seumur hidup sekali jer kawin so kena la cari yang sempurna . iye dak ??? Orang putih kata apa Mr Right ???  Tapi xdela maksudnya kena cari yang sempurna serba serbi . Kata kuncinya " nobody is perfect" . Sebuah perkahwinan ada satu perkongsian & ianya adalah saling melengkapi antara satu dengan lain . Yang penting , pengemudi perkahwinan itu adalah suami . Insya-Allah bahagia .... 
Persoalannya , lelaki tahu x apa ciri2 suami idaman seorang isteri ???  Atau pernah x kaum lelaki belajar untuk jadi suami yang terbaik untuk isteri . 

1. Cantik dari segi agamanya.
~ Paling mudah , jaga solat 5 waktu dan pandai mengaji . Iye la , tugas suami membimbing isteri . Da kalau diri sendiri pun tonggang terbalik  macamana nak lahirkan keluarga yang sakinah . Paling penting , kalau ada anak ... sape nak tanggung kalau didikan agama anak x cukup ???

  2. seorang yang tegas tetapi penyayang.
~ Suami perlu tegas dalam sesebuah institusi rumahtangga kerana lelaki adalah ketua keluarga TAPI tegas yang bukan membabi buta . Maki hamun , sepak teranjang , ungkit mengungkit tidak ada dalam kamus lelaki penyayang . 

3. Jujur dan tak suka menipu.
~ Nie paling payah nak wat . Berterus terang adalah lebih baik walaupun kadang2 pahit tapi itu lagi baik dari menipu !!! Walaupun dengan alasan nak menjaga hati .

4. Tidak mementingkan diri
~ Bila da kawin , anda bukan hanya urus diri sendiri yek tapi anda da bersedia untuk berkongsi hidup dengan insan lain .

5. Tidak merokok
~ Rokok membahayakan diri sendiri , isteri , anak & orang sekeliling . Pembaziran yang membunuh tau !!! Kan elok duit rokok tu dikumpul2 boleh wat untuk sesuatu yang berfaedah . Cer kira bape korang bazir dalam setahun hanya untuk sekotak rokok ? Ntah2 duit tu leh wat banglo ...

5. Serasi & memahami
~ Dalam rumahtangga xde nie , hancus la jawapnya !!! Pagi petang siang malam perang jer kot .. Ntah2 tido pun x aman ... hihihi  ...

  6. Tidak cemburu buta.
~ Cemburu tanda sayang tapi kalau da cemburu buta tu tandanya suami x  yakin dengan diri sendiri la . Lagipun rimas la hidup dengan orang cemburu buta nie . 

  7.Rajin dengar ceramah .
~ X kisah rajin dengar kat masjid ke @ kat mana sekali pun . Boleh tambah ilmu & then leh syer kat isteri . 

8. Pembersih dan suka menolong.
~ Xdela isteri tu penat seorang diri kan ??? Nie paling diidam2kan ...

9. Jangan panas baran
~ Susah kalau dapat suami macam nie .. Merana !!! Xleh salah cikit ...

10. Ingat tarikh2 instimewa
~ Isteri paling sensitif bab nie . Xyah nak ingat semua tarikh tapi xkan la tarikh lahir isteri & anniversary perkahwinan pun x boleh nak ingat ???!!! Banyak makan semut ke ape !!!

11. Tahu menghargai 
~ Isteri biasanya x minta banyak dari si suami , cukup la sekadar tahu menghargai tiap kasih sayang & rasa cinta yang dicurahkan . Isteri dijadikan disisi suami untuk dijadikan teman dengan kasih & cinta , tidak diatas untuk dipuja2 & bukan dibawah untuk diperhambakan ...

Ini sekadar pendapat , mana tau jadi panduan bakal2 suami kan ??? Nak kawin memang seronok, memang heaven giler tapi nak pikul tanggungjawap dunia akhirat tu Ya Allah , kalau selidik betul2 boleh ngeri nak kawin tau .. Iye la , selepas  akad nikah sah jer jadi suami isteri , tiap dosa isteri adalah dibawah tanggungjawap suami . So berusaha la jadi suami yang bukan saja terbaik  dari segi duniawi tapi paling penting untuk akhirat .... Amin ....




- WASSALAM -

No comments:

Post a Comment